Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, December 24, 2012

RYLAcamp2012

Salam

Balik dari RYLA camp di Benum Hill Resort, badan terus "terkejut". Boleh tahan la penat nye. Tapi penat yang memuaskan. Betul! This is was really amazing camp that we has ever join. Kalau ikutkan pada mulanya memang aku dan kawan-kawan tak ada hati pon nak pergi, but we really thanks to our bos Datin Sandra and RCBS coz willing to sponsored us for go to this camp. Every participant must pay RM 350 to join this camp. RYLA stand for Rotary Youth Leaderships Awards. This camp have a theme that call as "Peace begins with us"
~RYLA2012~

In this camp, the first thing that we need to adopt is speaking! Ha tu sebab dok speaking walaupon tunggang langgang. But at least we try. Seriously cakap, speaking in english make me feel really akward. haaaha... Tambah lagi aku ni jadi leader untuk bilik. majoriti budak bilik memang chinese, so agak memberikan cabaran lah untuk aku kan. Kena la biasakan cakap english. Sesusah mana aku cuba untuk cakap english,still bahasa ibunda aku tak tinggal. hahah..

 ~last day for RYLA~

 ~with only malay guys in this camp~

 ~with "mak" on community service session~

 ~jungle trekking~

 ~jaguar team~

Schedule for activities untuk camp ni sangatlah ketat. Seriously, we need to rushing for all activities. The best thing is about food. Imagine, everyday have 6 times for eating. Woaaa... memang habislah segala diet yang dah ade. Ada bagusnya jugak bila banyak sesi makanan yang disediakan, at least di situ kami ada masa untuk bersembang dan berkenalan dengan kawan baru. Lagipon jadual yang agak pack, akan meletihkan otak dan badan,so dengan adanya makanan dapatlah cover balik tenaga yang dah digunakan. Paling best kat sini, kapada peserta yang memang suka durian, diberi peluang untuk makan durian local dari pahang. pergh! Aku yang tak minat ni? tengok ajelah.. hahahah

~me with misda~

Dalam camp ini ada 8 session yang disediakan kepada kami. Kebanyakannya adalah talk session. That 8 session is Ice Breaking Session, Discovering, Young Leaders, Market Place, Discovering the Leader within Me, Disaster Management, and Community Work. All this session have their own message and knowledge. The all speaker is really great and awesome people.

 ~Durian for tea break and supper~

~Durian time~

Others than involved in talk session, we also has an opportunity to make an outdoor session. This camp at Kem PLKN Benum, so we got an opportunity to trying to do obstacle challenge, jungle trekking and flying fox on day 3. For all activities, i can say that flying fox jungle trekking and obstacle challenge.. Why? from this activities, we do this togther as teamwork and  have to fight our fear. We trying to support each other without care about differences. We trying to encourage each other and really enjoy the game.

The best moment ever is "Talent Night". Is really awesome. Our group just prepared for last minute. We prepared for drama musical. We together practice to act, dance and singing. Only for 1 day. Such an amazing work hard. Me act as a mommy and wife. Its really crazy thing for me, but that I call as challenge. I challenged myself to do it. Walaupon agak sukar untuk aku berdiri di pentas dan dilihat oleh beratus pasang mata. Our group must be proud with what we have done on talent night, wlaupon tak menang apa-apa.

RYL2012 give a great memories and wonderful experience to me and friends. Hope I can get another opportunity to join RYLA for the next time. :) Will miss all the rylatians and facilitators. Thanks to RCBU for organise this camp.


Thursday, November 1, 2012

Skyfall Charity Movie Premiere

Hari ini, bermula tayangan Skyfall. Kepada peminat siries James Bond pasti tak lepaskan peluang untuk tengok movie aksi ini yang sudah berpuluh tahun siriesnya di tayangkan. Disebabkan mempunyai pengikut yang ramai, ROTARY CLUB,telah mengadakan tayangan amal filem Skyfall ini sebagai inisiatif untuk mengumpulkan dana untuk program "Leg for Legless" yang telah berlangsung pada awal bulan 10 yang lalu.
 
~Seat dalam Beaniplex~

Rotary dan Rotaract club telah menjual tiket tayangan filem Skyfall ini sebAgai dana yang akan dikumpulkan. Apa yang menarik, tayangan ini berlangsung sehari awal dari tayangan pada 1 november 2012. Alhamdulillah, sambutan yang Diterima amat memberangsangkan. Ini pertama kali, aku join event seperti ini,tapi masih lagi dalam konsep majlis amal. Bertuahnya, aku juga turut berpeluang menonton movie ini,dan yang paling menarik dapat panggung beaniplex. So, berbaring umpama tengok tv dirumah. Event kali ini agak isimewa sebab event pertAma aku dan kawan-kawan sebagai ahli kelab rotaract dan ade baju untuk event ni. Smart!!!
~attire for this event~  

~with Uncle Natarajan~
*uncle ni mmg suke bergambar dengan kami, nape ntah!*

Hope ini bukan event terakhir kepada kami,moga ada lagi event next time yang dapat kami kongsikan dan pelajari. Semakin lama,semakin besar cinta terhadap event. :)







Monday, October 29, 2012

BIGBANG STILL ALIVE TOUR CONCERT IN MALAYSIA.

Masih terkenang bait kata leader FTISLAND, "kalau sewaktu menjejakkan kaki kemane-mane negara untuk membuat konsert dan ketika itu waktu hujan,ia umpama satu tuah kepada kami" *translate mengikut bahasa sendiri*. Adakah kepercayaan ini sama dengan group ternama korea BIGBANG?? Jika benar mereka juga sampai di Malaysia,ketika hujan renyai.


Bagi kami,peminat yang akan menyaksikan konsert BIGBANG (ALIVE TOUR CONCERT 2012) mungkin sedikit risau jika pada hari tersebut hujan. Bukan takut berhujan atau kebasahan,tapi takut kalau-kalau konsert dibatalkan kerana hujan. Kami jadi terlalu teruja bila Taeyang sendiri keluar statement "are you ready to wet??" Sebelum hari konsert. Pergh.. kalau macamtu bermakna die sendiri ready untuk perform dalam hujan.


Dan seperti yang dijangka,pada hari Konsert, seawal pukul 4 petang bumi kuala lumpur sudah dibasahi oleh hujan sehinggalah ke malam. Mungkin kebanyakkan akan berfikir bahawa peminat BIGBANG akan merasa itu sebagai kekangan untuk turun ke konsert. Tapi silap sama sekali,seawal jam 11 pagi peminat BIGBANG (VIP) sudah memenuhi membanjiri stadium *pergh macam laporan berita ayatnya*..

~VIP dalam hujan seawal 8 malam~

Aku and the geng sampai di stadium sekitar jam 8 malam.HUJAN masih renyai. Jejak je stadium,tak dijangaka padang masih dipenuhi dengan peminat walaupon hujan. Why??? Sebab kesetiaan VIP. Daebak!!! Kesemua lagu yang dinyanyikan oleh bigbang adalah terbaik... Percaya atau tidak,mereka menyampaikan 30 buah lagu dengan baik dalam masa 3 jam. Itulah yg digelar "real performer". Daebak! Sebelum berakhir konsert kami sempat meraikan birthday T.O.P yang jatuh pada 4 november ini. Mereka benarlah bukan sekadar pandai bernyanyi,malahan turut pandai mencuba berbahasa melayu. Agak terasa kagum dan lucu bila mendengar BIGBANG cakap melayu,tapi slang Inggeris mereka memang aku tabik ah!! Terutama GD dan Taeyang. Superb!.

Sebelum meminta untuk menamatkan konsert, Sebagai tanda menghargai BIGBANG menyampaikan 4 buah lagu lagi untuk "ENCORE". Namapak mereka sangat teruja dan menghargai VIP Malaysia. Paling penting, BIGBANG mengakui bahawa crowd di Malaysia merupakan crowd paling terbaik dan hebat sepanjang konsert jelajah mereka. #Proud!!!

Hope they will come back soon!



Saturday, October 27, 2012

I'm still ALIVE for eiduladha

Suasana hujan di kota raya ini, seolah seperti mengikuti rentak jiwa ku yang terasa sayu. Hari ini sudah berlalu Aidiladha, walaupon suasana nya masih terasa. Hati jadi rindu dengan keluarga. Inj kali kedua aku tidak beraya bersama keluarga pada hari raya Aidiladha. Aku bekerja sehingga khamis, mana mungkin ada tiket bas yg masih available untuk aku kalau mahu pulang lepas kerja. Kalau ikut hati mahu saja pulang dengan qiera. Tapi,aku punye cuti tak same. Bila dah praktikal ni, agak susah la nak amik cuti... haila!!! Tapi mujur aku masih punya saudara mara terdekat disini,jadi aku tak terlalu sunyi. Alhamdulillah,di awal pagi aku sudah boleh dengar suara mak dan ayah. Itulah untungnya ada teknologi.

Mungkin aku tak perlu merasa terlalu sayu, aku hanya menunggu rombongan keluarga dari kampung dan rombongan pengantin lelaki ke mari. Owh cop! Bukan aku yang kawen eyh. *jangan nak suspen sangat*. Hehehhe..So aku akan bertemu dengan keluarga besar aku ahad ni. Itu mungkin jadi salah satu faktor kenapa aku tak perlu balik. Ini sebab aku tahu parents aku akan datang juga kemari. Tapi,automatically aku kantoi... family aku yang bercadang nak datang hari ni langsung tahu mengenai aku nk ke concert bigbang malam ni. Yelah aku terpkasa berterus terang. Mujur dapat family yang sangat memahami. :)

Hope malam ni tak hujan. Kalau tidak kekuyupan la aku. Tiket pon dah terlanjur beli. *-*. Hope dapat la jumpe BIGBANG. Owh ingat nk wat research mengenai konsert ni.tapi belum tahu. Sebab agak mustahil untuk aku mengedarkan questionnaire pada mereka yang sedang teruja untuk melihat konsert dari mengahdap paper questionnaire aku. Isk!
#Ingat saat basah kuyup redah hujan.



~GD n TOP during KMW in Malaysia 2011



Wednesday, October 24, 2012

Jangan "gantung" rasa benci


"andainya di antara kita nanti berubah hala serta memungkiri janji jangan ada benci, suka dan duka dilalui jadi kan kenangan disudut hati"

Siapa pernah dengar bait-bait lagu ini? saya percaya siapa yang dilahirkan di era 90 an, pasti pernah mendengar lagu ini, walaupon hanya sekali seumur hidup. Bait lagu ni sebenarnya sangat positif kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya. Perpisahan itu tidak bermakna akan berakhir dengan suatu keadaan yang negetif, sedangkan kita boleh memelihara ia menjadi sesuatu yang positif.
'
'
'
'
'
'
Tetapi boleh dikatakan cukup sedikit diantara kita mengambil perpisahan itu dengan cara yang positif. Kebelakangan ni, saya sendiri sering melihat status keanak-anakan di laman sosial apabila si polan-si polan tersebut mengalami putus cinta dan perpisahan. Kebanyakan lebih kepada merungut, menyesali dan tidak kurang yang melepaskan amarah kerana tidak redha dengan perpisahan. Sangat sayang, jika perhubungan yang dahulunya baik berakhir dengan permusuhan gara-gara tidak redha dan lebih mengambil kejadian itu sebagai satu yang negetif

"Andainya cita-cita tidak kesampaian, ikatan murni terputus di tengah jalan. Jangan dikesalkan. Jangan lantaran kegagalan, kita berdendam saling bermusuhan"

Walhal sebenarnya segala yang negetif dan positif itu terletak pada diri kita. Jika kita memilih untuk negetif, kita tidak akan berganjak dari kesakitan yang kita rasa malahan akan memusnahkan diri sendiri dan orang lain. Sedangkan jika kita membenarkan diri kita untuk berganjak kepada sesuatu yang lebih baik apabila kita diduga dengan perpisahan, sebenarnya kita melepaskan diri kita dari kebergantungan dengan insan lain dan bergantung cuma pada Dia yang sebaik-baik pergantungan
'
'
'
'
'
'
"ungkit mengungkiti, sakit menyakiti, memusnahkan diri"

Perpisahan itu bukan bermakna tiada lagi pertemuan, apa yang kita pernah gengam tidak selamanya akan menjadi milik kita. Jika suatu hari ia diambil kembali, redhalah, Kerna pasti dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dia lebih mengetahui apa yang lebih baik, kerana Dia satu-satunya tempat kebergantungan setiap insan di dunia ini. Wallahualam. 


"Kita harus tabah dan bersedia,cekal  hadapi kemungkinan yang tiba, kadangkala yang berlaku di luar kemahuan kau dan aku."

Apa yang sebaik baiknya, jangan terlalu bergantung dengan orang lain terutama tentang hati dan perasaan mu, kerna apabila kebergantungan mu itu hilang, kamu kan merasa payah untuk berdiri tanpa bantuan. tetapi bergantunglah dengan DIA yang sentiasa ada.  

credit to: lirik lagu : jangan ada banci


Sunday, October 14, 2012

Kaki

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan aku menjalani latihan industri untuk memenuhi syarat kursus pelajaran ku di Universiti. Event pertama "Leg For Legless Project". Event ni sangat memberikan pengalaman baru. Kali pertama terlibat dengan event yang bertempat di Klinik Perubatan Rehabilitasi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Kali ni agak berbeza, bukan semata-mata jadi staff dan melayani pesakit, tapi aku sendiri dan rakan-rakan berpeluang merasai pengalaman membuat kaki palsu! Hebat kan. Tak semua orang tahu cara membuat kaki palsu. Dan kami merasainey sendiri dengan belajar dari Mr. Goutam dan Prabhir yang dibawa dri Kalkatta, India.


with Nicky, leader for our duty. 

Dalam masa seminggu, kami seperti satu keluarga. Apa yang paling bagus, event ini memberi kesedaran tentang pentingnye menjaga kesihatan dan mensyukuri nikmat yang ada. hampir 31 pesakit mendapat kaki percuma, dan setiap kaki tersebut berharga RM1050 setiap satu. Setiap kaki diberikan percuma oleh ROTARY CLUB BANDAR SUNWAY. Keratan akhbar untuk "leg for Legless Project : http://www.thesundaily.my/news/509320


~staff untuk Leg for Legless Project~


staff Klinik Perubatan Rehabilitasi, HTAR, Klang

Hampir 7 hari bersama,kami dijemput menyertai majlis makan malam. Ade kisah yg tak boleh dilupakan. Mungkin kerna sudah terlalu lama bersama, jadi kami dianggap seperti keluarga sendiri. Boleh dikatakan semua orang datang untuk bergambar dengan staff yang bekerja untuk project ini. *macamartispulerasenye*
Walaupon berbeza fahaman, bahasa dan bangsa, tapi masih bisa duduk semeja. Masih menghormati satu sama lain. Teringat pesan seorang kawan india  berpesan supaya jangan "minum", dan kene faham majlis seperti ini ada "minuman" tersebut. Dan aku berseloroh, mana mungkin berpakaian seperti ini, akan "minum", malangnya dia berfikiran, hijab dikepala ku ini sekadar fesyen. Makanya, aku tersedar bahawa kita kene tegas dan buktikan pada mereka bahawa hijab ini kerana Allah bukan fesyen seperti yang sedang berlaku sekarang. *ok,lari topik sedikit*


~thanksgiving fellowship dinner~


with Prabhir, technician for making prosthetic limb and he also use prosthetic limb~

Alhamdulillah, 8 hari di "Leg for Legless Project" banyak memberikan impak yang baik kepada semua orang. Dimana dapat memberikan kehidupan baru kepada mereka yang kehilangan kaki. Dan memberi kesedaran kepada aku dan semua staff tentang perikemanusiaan dan menghargai kehidupan.

Next event: Preview Skyfall Movie. oyeah!!


Wednesday, August 29, 2012

Reunion F6 Batch 07-08.

Raya tahun ni mungkin berbeza dari tahun sebelumnya, sebab tahun ni aku dan Azlan cuba adakan reunion untuk tingkatan 6 batch 2007-2008 Smk Clifford. Walaupon perancangan dibuat cuma dalam masa sebulan, disebabkan oleh kekangan masa yang ada. Sepatutnya untuk melaksanakan sesuatu majlis yang memerlukan komitmen ramai orang, memerlukan masa yang lama untuk merancang. Tetapi mungkin idea Reunion ini terhasil secara spontan(last minit), jadi majlis ini umpama cubaan pertama.




Bukanlah kejayaan dan "gah" yang diimpikan untuk reunion ini. Cuma reunion kali ini bertujuan untuk mengumpulkan semula pelajar tingkatan 6 batch 2007-2008 sebanyak mana yang boleh. Mungkin perancangan ini terlalu mengejut, jadi terlalu ramai yang tidak memberi respon, atau mungkin kelemahan dari segi promosi tentang majlis tersebut. Yang tahu belum tentu berminat untuk join. Yang tidak tahu, mungkin terus tidak tahu.  

Alhamdulillah, sepanjang sebulan perancangan, hanya 15 orang yang berminat. Walaupon pada mulanya respon kurang memberangsangkan. Mungkin 15 itu lebih baik dari tiada langsung respon. aku berterima kasih kepada partner yang sentiasa membantu. tersangat menghargai dengan sokongan dan respon yang diberikan oleh mereka yang betul-betul memberi komitmen sebelum,semasa dan selepas majlis. Walaupon terlalu banyak kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya.

 ~majalah sekolah yang penuh memori~

 ~antara yang hadir~

 ~orang kuat~

~menu yang tersedia~

Mungkin semakin kita dewasa, banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Atau mungkin semakin dewasa, semakin kita tidak terbiasa dengan dunia kita pada masa yang lalu. Masing-masing sudah punya kehidupan dan haluan yang berbeza. Jadi terlalu sukar untuk mengumpulakan kesemua dalam masa yang terlalu singkat. Lebih-lebih lagi bagi majoriti yang masih belajar.So need to prepare early for next reunion.
Bak kata Ara, "perlu ada tabung awal-awal, supaya senang!"

 ~amir dah bawak bakal orang rumah~
 ~orang kuat~
~mereka dah punya kerjaya tetap~

Apa yang paling menarik bila buat reunion ni adalah, semasa sesi bercerita tentang satu sama lain. masing-masing berkongsi kisah sendiri dan kawan-kawan yang lain walaupon kawan-kawan tidak dapat menyertai reunion ini. Lebih kurang bergossiplah, tetapi bukan bergossip yang bukan-bukan. Jangan fikir lain! Sekurang-kurangya bila join reunion ni, dapat tahu berita dan perkembangan tentang sahabat, kawan yang dah lama tidak berjumpa. Kan kebaikan tu? Taklah ketinggalan zaman kan? huhuhu.. Setakat apa yang dah didengar, ada kawan yang sudah punya anak dan berumahtangga, ada juga yang sudah berjaya menamatkan degree, ada juga yang sudah punya kerjaya tetap, yang mahu berkahwin, dan ada sudah bergelar pelakon. *dejavu di Kinabalu lagi!*. hebat bekas-bekas pelajar clifford ni!

Walaubagaimanapon, aku sebagai salah seorang penganjur, memohon maaf andai ada antara semua kawan-kawan tingkatan 6 yang berkecil hati tentang kelemahan dari segi sebaran maklumat mengenai reunion. Mungkin tidak semua mengetahui info mengenai reunion menerusi penganjur sendiri. Sejujurnya, maklumat reunion hanya diberitahu melalui laman sosial fb dan sebaran sms berantai. So, aku faham kalau ada kawan-kawan yang enggan turut serta kerna tidak dapat sms daripada pihak penganjur sendiri. Mohon maaf.

Semoga, jika ada reunion atau apa sahaja majlis yang bakal melibatkan kawan-kawan tingkatan 6 yang dianjurkan oleh sesiapa pon, diharap semua dapat join pada masa akan datang. Baru bondig!. InsyaAllah.


:tidak salah terus menjaga dan memelihara tali silaturahim yang sudah ada. :)
kepingan gamabr terlalu banyak, upload cuma yang dipilih oleh jemari. huhuh..

Tuesday, August 28, 2012

Raya tak lengkap tanpa MEREKA

Ini bukan pantun, sajak, prosa traditional mahupon seloka. Apatah lagi syair pujangga. heheh. Ini cuma kata-kata yang menggambarkan siapa mereka dalam hidup saya. *just saying katenye*


Bagi aku MEREKA... 
sudah dewasa
sudah berbeza
tidak ditempat yang sama
ada kehidupan mereka
dan aku punya haluan berbeza

Kini MEREKA sudah punya kerjaya
aku pula sedang berusaha.
MEREKA sudah punya teman istimewa
Tinggal aku yang "lone ranger"
Ehem! dah boleh baca
Siapa dulu yang berumahtangga.

Walau terlalu payah untuk berjumpa
Setiap tahun MEREKA sentiasa ada!
Biarpon hanya waktu Syawal menjelma
Alhamdulillah MEREKA tak lupa
itu tanda MEREKA setia

Terima kasih sahabat setia
Raya tak lengkap tanpa MEREKA
moga terpelihara hubungan kita
sampai waktu menjemput kita

 ~tambah meriah bila jeni join!~

~gaya tak nak kalah~

 ~ghotok~

~peace yo!~

~aierus izman: YB wanna be~

 ~ruzainie: ex partner aku~

~naim: paling muda.~

Hopefully, our friendship will be forever. 
Actually, sebenarnye aku dah jauh hati bile kome datang lambat rumah aku walaupon aku dah ajak kan. Ingat dah lupa. Dah la frust dengan kawan sekolah dulu, nasib kome muncul saat akhir. Kalau tak majuk setahun. hahahahah...
aku dah tahu majuk sekarang. :P

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Lahir Adik

Alhamdulillah, tahun ni masih diberi kesempatan untuk meraikan ramadhan dan juga raya aidilfitri bersama dengan keluarga besar. Masih dipanjangkan umur. Masih diberi peluang untuk bermaaf-maafan dengan orang-orang tersayang, walaupon sedia tahu untuk bermaafan bukan perlu tunggu hari raya sahaja. Raya tahun ni, alhamdulillah masih ada kelapangan untuk berkumpul dengan keluarga besar, bila hampir semua pulang ke rumah tok. Dari awal pagi sehingga kemalam tidak putus kunjungan dari sanak- saudara. Ya! suasana ini hanya dapat dirasai apabila hari raya menjelma. Kalau ambil gambar, beribu snap.So upload mane yang mampu je lah.


~hero-hero hj Alang~




~siblings~


~suku keluarga besar~


~part paling best~

Tahun ni juga, tarikh raya jatuh sama dengan tarikh lahir adik! So, adik aku paling meriah sebab setiap rumah pon nak sambut hari lahir dia. Macam masa aku beraya 2 tahun yang lalu. Tarikh lahir sama dengan tarikh hari raya.

~sweet 15~

Tapi tahun ni, mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun sebelum-sebelum ni , konvoi raya ke rumah kawan macam aktiviti wajib masa raya, tapi takde tahun ni. So kurang meriahlah disitu. Why? Sebabnya, takde sape nak plan untuk tahun ni. Lagipon, masa berubah. Ramai kawan-kawan yang cuti raya sekejap je. So, agak susah nak plan konvoi raya. Maybe next 5 year? hahah.. Walaupon takde konvoi raya, hope ramai yang join untuk Reunion f6 nanti. Masa ni lah nak kumpul balik, harap semua berkumpul dengan melupakan apa-apa sahaja perkara yang lepas. Datang sebagai kawan-kawan yang pernah dikenali satu masa dahulu. Barulah namanya Reunion kan? Baru kite kenal siapa kawan-kawan kita. Makanya jom reunion!

Monday, August 13, 2012

Rabun Warna is not Blind Colour?

"Orang sering mempersoalkan kenapa saya tidak mampu melihat seperti mereka. Bagaimana harus saya jawab sesuatu yang telah Allah berikan kepada saya dan tidak pada mereka sejak saya diciptakan olehNya."
~Ananymous~

"Itu warna ape?" 
"Baju yang orang tu pakai warna apa?" 
"Kalau kamu tahu, apa warna langsir tu?"

Soalan-soalan diatas, atau mungkin lebih banyak soalan lain lagi sering diajukan kepada seseorang yang rabun warna mahupun buta warna. Soalan ini kadang-kadang umpama satu ujian kepada si rabun warna, dan terkadang menjadi bahan gurauan untuk mereka. Kalau si rabun warna berjaya menjawab dengan tepat tanpa ragu, mereka akan dipuji dan diuji berkali kali lagi dengan soalan yang lain sehingga jawapan itu salah. Tetapi kalau 3 soalan yang ditanya, dijawab dengan salah berturut-turut, mereka akan ditertawa dan dipersoal dengan soalan:

"teruk betul, takkan la tak kenal warna apa tu?" 
"macam mana sebenarnye warna yang kamu nampak?"

Apa sebenarnya rabun warna itu? Seseorang yang rabun warna itu, bukanlah bermaksud mereka tidak mengenal langsung warna ataupon pandangan mereka hanya dapat melihat warna hitam dan putih!. Itu sesekali tidak benar. Kebanyakan orang berfikir, orang yang mempunyai masalah rabun warna adalah orang yang lnagsung tidak mengenal warna dan hanya tahu warna hitam dan putih. Dan terlalu ramai juga yang mentertawakan insan-insan yang mengalami masalah rabun warna ini.

Rabun warna ialah diamana seseorang yang hanya mempunyai pandangan warna yang berbeza dari orang normal. Orang sering menyangka rabun warna membuatkan penghidapnya nampak hitam dan putih sahaja dan itu adalah salah. Maka, tidak hairan lah kalau ramai orang yang mentertawakan individu yang gagal mengenal warna, kerana pada fikiran mereka individu yang rabun warna hanya mengenal warna hitan dan putih sahaja.

Ya, rabun warna bukanlah sejenis penyakit yang boleh diubati, mahupon dijangkiti. Tiada ubat yang mampu merawat masalah rabun warna ini. Rabun warna juga mempunyai kategori tersendiri. kategori rabun warna terbahagi kepada tiga, dimana rabun warna mungkin berbeza mengikut persepsi warnanya. Rabun warna terjadi apabila sel kon pada retina mengalami kecacatan genetik. Disebabkan itu, ia menyebabkan sesetengah individu berbeza tahap penglihatannya. Ada orang yang tidak kenal apa-apa warna langsung. Ada yang kenal warna merah dan hijau, dan ada yang tidak mengenal warna biru dan kuning. *so, kamu kategori yang mana?*

~apa yang anda lihat~

Jangan terlalu gembira mentertawakan orang yang mengalami masalah rabun warna, kerana biarpun penyakit ini tidak berjangkit, tetapi ia adalah kejadian semula jadi dan boleh diwarisi (macam lagu nasyid dah ). Mungkin pada masa kini,kamu mentertawakan orang lain, tanpa berfikir yang kamu mungkin akan berkongsi genetik rabun warna pada kromosom dengan orang yang mempunyai masalah ini, lalu bakal mempunyai pembawa genetik rabun warna. Genetik rabun warna ada pada kromosom X, jadi jangan terlalu pelik jika lelaki lebih banyak mempunyai masalah ini. Hidup ini tidaklah terlalu kejam dan terlalu adil. Tetapi jangan terlalu takut dengan pembawa genetik ini, ia tidak memudaratkan pon. Kadang-kadang kekurangan itu sebenarnya kelebihan yang boleh dikongsi. Allah jadikan setiap manusia berbeza, untuk kita menlengkapi setiap kekurangan.

Jangan terlalu takut atau risau jika mempunyai insan-insan yang menghadapi masalah ini. Kerna rabun warna bukan satu masalah yang merumitkan, kerana mereka mampu menjalani kehidupan seperti orang lain. Malah mungkin ada yang lebih berjaya dari orang normal. Mungkin cuma akan mempunyai masalah untuk mengambil lesen memandu dan memiliki bidang yang memerlukan warna dalam kerjaya seperti juruterbang,polis dan sebagainya.

Si rabun warna hanyalah rabun warna. Masih diberi peluang untuk melihat warna-warna dalam kehidupan seharian. Sedangkan ada insan lain yang mungkin hilang nikmat melihat. So, jangan terasa terlalu lemah dengan kekurangan diri. Syukur dengan apa yang Allah beri.:)

Oh lupe! selain dari pembawakan genetik rabun warna pada kromosom, rabun warna juga boleh terjadi jika mempunyai masalah urat saraf. But no worries! ia masalh terpencil, jarang-jarang terjadi. :)





Tuesday, August 7, 2012

Puasa Zaman Kanak-Kanak.

Masih ingat ketika kecil, sering kali disuruh untuk menghantar makanan seperti kuih dan kuah ke rumah jiran tetangga. Bertukar-tukar makanan untuk berbuka puasa dengan jiran. Masa tu, selalu rasa macam waktu permainan diganggu. Disuruh menghantar makanan yang ditutup dengan surat khabar ataupon ditutup dengan pinggan ke rumah jiran. Tapi bila sudah saban hari disuruh menghantar makanan, sudah terbiasa pula. Sampai satu tahap sudah bersiap sedia untuk menghantar makanan dan akan sentiasa bertanya "Hari ni nak hantar makanan?" kepada mak cik.

Tapi tu semua kenangan zaman kanak-kanak. Zaman yang telah bertahun sudah berlalu. Hari ni, keadaan telah berubah. Terlalu susah rasanya untuk melihat atau merasai keadaan seperti itu. Budak-budak zaman sekarang rasanya susah atau jarang untuk dapat merasai peluang seperti itu. Peluang untuk merasai menghantar makanan ke rumah jiran, dan kemudian pulang dengan mangkuk berlainan yang diberi oleh jiran. Alhamdulillah. Rezeki.

Tak tahu lah samada cuma aku sahaja yang merasai amalan itu semakin berkurang atau orang lain juga merasai seperti itu. Mungkin semangat kejiranan di kawasan perumahan dengan kampung berbeza. Sebab itu, keadaan itu atau situasi itu jarang-jarang sekali dilihat. Even, sekarang pon, aku hanya merasai suasana itu apabila aku berada dikampung. Sebenarnya berkongsi makanan untuk berbuka puasa itu banyak kebaikan dan sangat digalakkan seperti dalam sebuah hadis panjang Rasulullah yang diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan ynag mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin. Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya di ampun."

Banyak keberkatan dan kebaikan memberi makanan kepada orang semasa bulan puasa. Semoga amalan ini sentiasa dikekalkan. Tapi sekarang ni,semakin banyak pemberian bubur lambuk. kira itu sesuatu kebaikan juga, sama seperti bertukar makanan dengan jiran . Alhamdulillah rezeki.
Sharing is Caring! :)

Saturday, July 28, 2012

Kesedihan dan Kegembiraan itu 2 perkara berbeza

Pandangan lelaki itu berbeza. Jika kita meluahkan kepada kawan perempuan, mungkin mereka akan cuba memahami apa yang kita rasa, tetapi bagi seorang lelaki, sebolehnye tidak mahu memahami tetapi cuba memberi gambaran supaya perempuan lebih mengerti. Aku setuju dengan kata-kata bulat terhadap dia.
Aku sebagai antara pendengar, mengakui ada benarnya. Walaupon pada mulanya aku cuba memahami isi hati si perempuan yang meluahkan. Seperti kata bulat:

"lawak jenaka itu mengembirakan. Tetapi jika lawak jenaka yang sama diulang berkali-kali ia akan jadi bosan atau tiada apa-apa kesan kepada si pendengar. Begitu jugalah dengan kesedihan. Jika diulang cerita, dikenang segala, ia akan tidak menjadi lebih melegakan malahan menjadi sesuatu yang boleh dikatakan annoying kepada si pendengar" 


Benar kata bulat, tetapi kesedihan tidak boleh disamakan dengan kegembiraan. Kenapa? Sebenarnya, kesedihan dan kegembiraan itu adalah 2 perkara yang berbeza. Sangat berbeza sebenarnya. Bak kata teman yang meluahkan perasaan, Kesedihan tidak akan datang berkali-kali di dalam hidup kita. paling tidak pon ia jarang-jarang berlaku. Kesedihan itu akan membekas dihati atau pada diri. Sebab itu kesedihan itu sentiasa memberi rasa yang hebat walaupon jarang berlaku. Umpama kehilangan sesuatu yang disayangi,dan tidak boleh diganti. Mahupon terluka dijari,hingga meninggalkan parut. Ia juga kesedihan. Dan kalau paling menyedihkan apabila ia sangat terkesan dihati.  


Tidak seperti kegembiraan, ia akan hadir selalu dalam hidup. Walaupon dengan cara orang memuji kamu, ia tetap dikira kegembiraan,sedangkan ia hanya pujian kecil. Sama juga, apabila kita dapat bersama dengan kawan atau keluarga, ia juga dikira kegembiraan dalam hidup. Melihat sesuatu yang melucukan juga dikira kegembiraan apabila ia bisa membuatkan kita tertawa. 


Kenapa, manusia itu lebih mengingat kesedihan berbanding kegembiraan? Kerana kesedihan itu jarang berlaku dan selalunya ia terkesan dilubuk hati. Bukanlah kegembiraan itu tidak terkesan sehingga ke lubuk hati, tetapi kerana terlalu banyak kegembiraan yang kita anggap dan kita cipta, kita sentiasa mengimbas kegembiraan itu dengan terlalu kejap. Walhal sepatutnye kegembiraan itu yang perlu kite ingat selalu. Kita selalu memilih untuk mengingat kesedihan, walaupon kita tahu, kesedihan hanya akan lebih melukakan. Tapi, adatlah. Mana mungkin sentiasa mengingat kegembiraan tanpa mengimbas kesedihan? Tak thrill la hidup kan? Tapi sebenarnya dari mengimbas kesedihan, kita berjaga dan beringat untuk tidak mengulanginya dan berusaha untuk mencipta kegembiraan.

Betul atau tidak? Jawapan ada pada diri sendiri. Teman sekepala, ingat hidup ini pilihan. Pilihan untuk merasa lebih baik atau teruk, pilihan untuk bergerak dari satu titik usang dan memandang ke hadapan, atau masih tidak berganjak dari titik usang dan menoleh kebelakang, pilihan untuk menjadi insan berjiwa kental, atau insan yang rapuh jiwanya.

Jangan sesekali membiarkan kesedihan menghalang untuk merasai kegembiraan. Hidup dalam kesedihan umpama bernafas di dalam air, LEMAS!


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan untuk merasai dan meraikan kedatangan Ramadhan al-mubarak. Cuma kali ini merasai ramadhan jauh sedikit dari keluarga. Kalau tahun yang lalu, awal ramadhan aku dah pon berada di kampung halaman. Itu bukan persoalan sangat, dimana pon berada, asal ramadhan itu dihayati dan dirasai dengan sepenuhnya kesedihan tu tidak terasa sangat.

Bila tibe sahaja ramadhan, masa bersahur dan berbuka puasa itu menjadi perkara yang menyeronokkan, sebab waktu ni lah semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama di meja makan. Tak ketinggalan juga, masa inilah masa untuk berbuka bersama dengan sahabat-sahabat. Hari pertama ramadhan sahaja, aku sudah dapat panggilan untuk berbuka bersama dan set up majlis berbuka. Dan ini perkara yang harus untuk setiap tahun. Hope tahun ni dapat kumpul dengan Qiera dan Naim

Lebih paling dirindui ialah solat terawih dengan mak dan ayah. Kali ini belum berkesempatan. InsyaAllah, harap dapat buat perkara ni sesampai je di kampung halaman nanti. Walaupon mungkin lama lagi nak pulang ke kampung. 

Rasanya masih belum terlambat atau terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan al Mubarak untuk keluarga dan kawan-kawan. Mengharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Mengharapkan diri ini menjadi lebih baik. Mengharapkan hati ini menjadi lebih lembut. Mungkin bulan ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk aku memperbaiki diri ini. 

InsyaAllah, ramadhan itu penghulu kepada semua bulan. Jadi itu adalah masa terbaik untuk kite merebut apa yang Allah bagi. Semoga semua amalan diterima olehNya.  

Monday, July 9, 2012

Kelaut

Hari ni nak buat segmen jalan-jalan cari makan. Perasan-perasan macam dalam rancangan kat tv3 tu la kan. Konon. Sepatutnya dari 3 minggu yang lalu boleh buat segmen makan ni. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap hari bermula dari 3 minggu yang lalu, aku dan bebudak rumah juwita ni asyik makan sedap-sedap dan makan besar je. Bukanlah nak kata kaya, sebab asyik makan luar je, tapi Alhamdulillah, rezeki tu Allah yang bagi. Semakin hampir tamat exam, dan semakin sedikit masa yang tinggal untuk dimanfaatkan bersama sebelum cuti semester bermula, kami mula menggila. Bukan menggila yang bukan-bukan , hanya mengisi masa yang ade dengan aktiviti makan dan makan!

Segmen makan kali ni lebih kepada makanan laut. Pergh! student makan makanan laut. Bajet besar tu. Tapi jangan fikir macam tu, kalau dah berkongsi , apa pon boleh kan? "Sharing is caring". Memang betullah ayat tu. Bermula dengan aktiviti makan yang tidak sengaja di Tanjung Harapan 2 minggu yang lalu, buat aku dan Danie plan untuk ke sana lagi. Sebenarnya kami tak tahu sangat tentang tempat makan tu. Aku pon pernah dengar satu masa dahulu je . Semunya sebab bulat yang bawak. Yelah, selalunya lelaki lebih arif bab tempat makan yang best-best ni. Betul??? 

So rancangan kilat untuk sekali lagi menjejakkan kaki di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan bersama budak rumah tercapai. Nasib aku dan Danie hafal jalan. Hhehehh.. So, makan lah sampai lebam. Tengok je lah apa yang kami makan.

~Rezeki!~ 

~Akhirnya Nas sampai tanjung harapan~

 ~lepak tepi laut, tunggu Liza~

 ~Ombak rindu la konon~

~Jom Makan!~

Penuh jugalah meja kami dengan makanan.Taklah banyak sangat pon, cume 3 ekor sotong dan 2 pari bakar je. Selebihnya nasi dan tomyam. Standardlah kan. Tapi still tak habis, nasib lah Liza bawak balik. So tiada isu pembaziran. Eh! kat sini pon ade karoake gak, tapi yang terbuka. Kalau tertutup, lama dah si Nas dan danie gilir-gilir nyanyi tu. ehhehe...

Inilah semester yang paling enjoy sekali. Elok lepas habis makan-makan, terus gerak ke Setia Alam City Mall (by the way , ni tiada dalam perancangan) tapi disebabkan bulat and the gang plan nak tengok wayang ramai-ramai. So lepak lah!. Tengok cerita apa? Mulanya rancang nak tengok cerita Spiderman tu, tapi seat plak takde pilihan. Maka redho jelah tengok cite melayu "8 jam". Yelah, takkan nak balik kan, sia-sia je datang ke situ semata-mata.

Sementara menanti wayang start. Seperti biasa, kami bertujuh wat gile lah. Pergi main playground. Mencari zaman kanak-kanak yang hilang. Eh! tak lah tua sangat sebenarnya. Boleh aje main gelongsor. Dan yang paling penting sesi bergambar! Dan seperti biasa akulah jurugambar itu. heheh.. So jangan tanya kenapa gambar aku tak cukup pon sepuluh jari.. huhhhu.. Tapi aku suka!