Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Thursday, December 30, 2010

2010 yang bakal ditinggalkan.

2010 bakal ditinggalkan tidak lama lagi dengan pelbagai perasaan. Bagi aku tahun 2010 ini memberi pelbagai kisah dan kenangan yang tersendiri dalam hidup aku. Terlalu banyak yang terjadi dalam hidup aku.Aku merasa kegembiraan, kesedihan dan keperitan. Tahun ini cukup mengajar aku erti hidup, mengajar aku menjadi manusia yang lebih kuat. Apa perasaan aku untuk meninggalkan tahun ini?adakah sedih atau gembira untuk menanti hari tahun yang akan datang.Bercampur baur sebenarnye..huhuhh

Dalam tahun ini juga, aku mencapai apa yang aku impikan. Bukan lah mudah untuk mencapai apa yang diimpikan. Aku sendiri berjaya merealisasikan impian aku serta harapan ibu bapa aku untuk menyambung pelajaran ke menara gading.Alhamdulillah. Kata emak, aku harus menjadi contoh kepada adik-adik aku.Bagi aku untuk menjadi contoh kepada adik-adik bukanlah satu perkara yang mudah, malahan menjadi satu bebanan yang agak besar kepada aku. Namun aku harus mengambil tnaggungjawab ini dengan sebaiknya. Bagi aku itu merupakan satu cabaran bagi aku untuk menjadi contoh yang baik  kepada adik-adik dan keluarga aku.

Tidak semuanya indah bagi aku dalam tahun 2010 ini, aku juga melalui detik-detik sukar bagi aku. Sukar bagi aku menerima sesuatu yang aku tidak mahu. Betul kata orang sayang itu tak semestinya memiliki, jadi aku redho dengan apa yang jadi. Alhamdulillah aku bahagia dengan hidup semdirian berhad aku huhuhu... Semuanya kerana aku masih punya kawan-kawan di sisi aku. Paling aku bersyukur aku masih berkesemaptan untuk menjadi sahabat walaupon bukan lagi seorang yang istimewa.(aku rasa ada hikmahnya)

Aku tahu hari -hari yang mendatang pasti ada lagi dugaan yang lebih sukar untuk aku. Aku harus kuat. Aku harus kuat untuk keluarga aku, untuk diri aku sendiri. Walaupun sebenarnya aku tahu aku tidak cukup kuat, aku harus bina kekuatan itu.(memberi semangat kepada diri sendiri)