Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, May 30, 2012

Tiket free Pixie Lott showcase vs MIB3

Bercakap mengenai tiket free, kalau diikutkan memang selalu lah dapat tiket yang free. Alhamdulillah. Tak kirelah tiket konsert, showcase, bola, or wayang. Selalu dapat free dari membeli sendiri. Tapi ade beza antara tiket free dan tiket berbayar. For sure!

Hari sabtu yang lepas, aku ,kak sedara aku dan kak zurin ( geng tengok konsert) dapat tiket free untuk tengok showcase Pixie Lott. Disebabkan kak sedara aku, kami dapatlah tiket free untuk tengok showcase Pixie Lott ni. Katanya, masih ada lebihan tiket kalau nak lagi. So apa maknanya tu? *hehheh* Terus terang cakap, pada mulanya aku tak kesah langsung dengan tiket tu, sehinggalah aku buat keputusan untuk stay bercuti dekat rumah kak sedara aku seminggu, so kak sedara aku dapatkan lagi satu tiket untuk aku. Sebab apa aku tak kisah? sebab die bukan k-pop? ha itu sama sekali tiada kene mengene, sebab sebenar kenapa aku tidak kesah adalah kerana aku tak pernah kenal siapa itu Pixie Lott. Kalau sebut Adele, Christina Perry ke mungkin aku kenal. Tapi apa nak dihairan akan, aku ni memang failed bab artis hollywood. Aku dengar lagu Inggeris pon, sebab semua lagu yang aku dengar tu diberi atau di perdengarkan oleh seseorang kepada aku. kalau tak, memang tak lah! Aku lebih jaguh dalam lagu 70,80,dan 90 an. Kuno?! Aku suke.


~tiket showcase Pixie Lott~


So, dah dapat tiket free. Kami pon pergilah melihat apa yang menarik di sesi showcase tersebut. Pergh memang ramai! Maknanya aku sajelah yang mungkin tak kenal siapa Pixie ni. Ok! tak kesah lah, layankan aje. Sementara menunggu untuk host keluar dan Pixie muncul, mungkin dah menunggu terlalu lama, peminat-peminat  Pixie ni boleh pule "booo" sebab terlalu lama menunggu. (budaya boo ni takkan pernah jumpe di konsert k-pop,tapi ade kat sini) Aku pon tak faham kenapa budaya ni ade, mungkin tempat KL Live tu ala-ala macam kelab ker? Dan yang paling tak best, konsepnye berdiri di dalam ruang yang terlalu ramai orang. memanglah panas, walaupon aircond on! Bile dah ramai, aku and the geng yang dok belakang ni nampak lah sangat kelaku orang depan. Mak ai! Nauzubillah. Orang lain pon ade awek gak, ade pakwe gak.. Peluk cium tanpa segan silu. Maklum lah, orang putih pon ramai jadi audiences. Orang putih yang wat camtu dah tentu bukan islamnya. Anda? Maaf kalau sudah jauh menyimpang.

Berbalik pada tiket free, kalau dapat yang showcase yang environmentnye dalam ruang yang sempit dan ada penghawa dingin camni, memang lah tak best! serius.... Nasib tak bazir duit untuk tiket. Tiket free yang ni je rase tak syok, 4 tiket free untuk konsert k-pop sebelum ni memang best! So, bercakap tentang tiket free, tiket untuk MIB3 pon free gak aku rase, tapi ini tiket wayang. So mungkin ada sedikit beza.

Kalau dah nama pon tengok wayang, for sure orang yang beli tiket wayang tu takkan pilih cerita melayu. Eh! macam sama dengan seseorang yang aku pernah kenal, yang memang takkan beli tiket wayang cerita melayu. Tapi rekod itu sudah dipecahkan oleh Merong Mahawangsa, dan mungkin rekod itu dah dipecahkan banyak kali oleh orang lain*ok menyimpang lagi* miane...



~tiket MIB3~

Berbalik pada MIB3, apa yang boleh aku cakap cerita ni memang sangat best! Cukup dengan perasa aksi dan lawak yang bersahaja bagi aku. Seperti biasa watak J sangat berjaya. Dan kalau diberi pilihan antara tiket showcase Pixie Lott dengan MIB3 sekali lagi , confirm aku pilih lelaki dalam suit hitam.. ehheheheh..
Apapun tiket free kalau kena cara dan gaya, memang best. Kalau dapat tiket free tapi tak tahu tiket tu tentang apa, memang agak ase tak syok. Well, nama pon tiket percuma. So appreciate jugak lah.. Thank you!

*Rindu nak rase pening kepala pilih cerita apa nak tengok kat wayang tapi syaratnya bukan cerita melayu. :)


Monday, May 28, 2012

Event berakhir dengan Cuti

بسم الله الرحمن الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. hari ni dah pon masuk 3 hari cuti khas diberikan kepada pelajar UiTM sempena hari pesta menuai dan gawai. Boleh dikata kan sem ni merupakan sem paling banyak cuti bagi aku. Walaupon cuti sudah bermula, aku masih stuck di tengah kota Kuala Lumpur, bukan di kampung halaman. Aku tak pulang ke kampung untuk cuti ni sebab aku baru je lagi balik kampung minggu lepas, walaupon aku pulang ke kampung itu hanya sekadar untuk menyertai event perkhemahan di kem Cinta Alam Kelimat, Sg. Siput. Sambil menyelam minum air kata orang, aku sempat jugak berjumpa dengan family aku, sebab hari terakhir event, organiser decide untuk makan laksa di Kuale. Event di Sg siput ni agak menarik bagi aku, sebab kem ni berkonsepkan "kembara adat dan warisan". So, maknanya aku kembali ke zaman silam, dan disitu juga aku mengenang kembali kehebatan permainan tradisional yang telah lama ditinggalkan serta mengenang kembali pahlawan di zaman kesultanan Melayu Melaka. 



~sebelum bertolak ke Perak~


~Model Batik~


~gadis tudung saji~


~gadis sulam menyulam~


~bai & wawa~


~Gadis Labu Sayong~ 


~Perbadanan Kemahiran Kraftangan cawangan Perak~

  
~super merah menyala+lelaki s~


~bai dan aku~


~Nexus bolot sume hadiah!~


~kumpulan Embun dan Tok Nara~


 ~sebelum panjat bukit dan sesi derma darah~


~kumpulan purple (embun)~


~kumpulan Tok Nara (merah)~

~drama queen~



Kalau diikutkan event "Kembara Adat dan Warisan" anjuran Grandeur Production ni, disertai kerana untuk melepaskan tension, selepas bertungkus lumus untuk 2 event besar anjuran Nexus Event. Selesai event Zoo Boot Camp, event Issue agak memberi tekanan. Kerana persiapan disaat akhir,macam-macam masalah yang tak diingini timbul, tapi itu perkara biasa bagi budak-budak event. Selepas berakhirnya event ini, aku percaya kami semua akan merindui saat untuk menganjurkannya lagi. Rindu saat bergaduh sesama sendiri, bagi mereka yang lain mungkin rasa tak profesional kalau digunakan ayat "bergaduh sesama sendiri", tapi sebenarnya dari bergaduh macam ni lah kami kenal diri kami sendiri dan semakin bonding dalam persahabatan.

Tuesday, May 22, 2012

Issue : Profession Or Passion

Alhamdulillah, 2 minggu penuh dengan acara dapat disudahkan dengan jayanya. Elok je habis ZOO BOOT CAMP, Nexus perlu berhadapan dengan satu lagi tugasan untuk menganjurkan event untuk kelas Issue (OEM 681). Majlis ni dibuat bukan untuk suka-suka ataupun sekadar sambil lewa, tetapi untuk memenuhi kehendak subjek ni. Jadi semua Nexus bertungkus lumus dalam menjayakan event ni, bukan mudah nak jemput orang untuk bercakap dan berkongsi tentang pengetahuan mereka dalam bidang yang telah mereka ceburi. Sebagai ketua perhubungan awam, aku agak pening juga, tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.


~Nexus with 3 panel Profession or Passion~

Orang yang mungkin paling stress untuk handle event ni, adalah liza, bukan mudah untuk jadi Project Manager bagi sesuatu event. Nak handle 31 kepala, bukan lah perkara yang mudah. Ditambah pula  dengan masalah yang timbul untuk last minute, seperti VIP yang sudah dijemput tak dapat hadir, terpaksa mencari VIP lain. Untuk mencari panel pon bukan lah mudah, untuk panel 1 sahaja sudah berapa kali bertukar, sebab bukan mudah untuk kita memenuhi kehendak yang kadang-kadang tidak relevan dengan majlis yang diadakan.  Alhamdulillah, sebelum saat terakhir ,kami dapat mengumpulkan 3 orang panel seperti En. Hassan ( Les' Copaque), En. Dzulfadzly b. Dato Zamani, dan En. Karl Shafek Ibrahim (Host ON AIR) dan juga Zafira Zakaria (top 20 ON AIR) yang juga turut membantu sebagai moderator untuk majlis ini. Jadi, sekarang majlis pon dah settle, cuma tinggal untuk report sahaja.


Fokus untuk test dan Final

Tuesday, May 15, 2012

A Trip To The ZOO

Alhamdulillah, akhirnya final project untuk sem 5 ini berakhir dengan jayanya. 2 minggu terakhir yang dilalui dengan pelbagai cabaran dan tekanan dapat diatasi dan diselesaikan dengan sebaiknya. Bukan mudah untuk melakukan program berterusan 2 hari, lebih-lebih lagi program yang berkonsepkan perkhemahan seperti ZOO BOOT CAMP 2012.  Paling menjadi cabaran dan beban yang perlu dipikul apabila kami menjadikan final program berbentuk perkhemahan 2 hari 1 malam di Zoo Negara ini sebagai program pertama dan julung kali diadakan di Malaysia.


~save our wildlife~

Semestinya untuk community NEXUS EVENT, akan merindui setiap detik yang dilalui sebelum event berlangsung, seperti pengumpulan dana untuk ZOO NEGARA dan persembahan untuk mempromosikan event ZOO BOOT CAMP 2012 di majlis JUNIORS NITE.

We will remember this choral speaking, even though we did at last minute preparation. heheheh..

Zoo zoo, a trip to the zoo!
Our class is going, you come too.

We plan to stay all day,-it's true,
And come back home when the day is through.

Come follow us to the zoo!

i see hawk,
i see a gnu,
and over there, a kangaroo.
i see a racoon.
well i see two
and look, there goes a cackatoo.

look away up - a tall giraffe!
That monkey might just make me laugh.
There's a lion on a path,
and a hippo in his muddy bath!

Penguins flap their funny wings.
Gorillas swing on monkey swings.
And somewhere near, a dolphin sings

The fox looks hungry. He might bite
The zebra's coat is black and white.
Those elephant ears are such a sight!

Zoo zoo, a trip to the zoo!
Our class is going, you come too.


We plan to stay all day,-it's true,
And come back home when the day is through.


Come follow us to the zoo!


credit for: (www.scriptsforschools.com)


Berakhirnya ZOO BOOT CAMP 2012 bukan bermakna sudah berakhir segala tugasan tetapi masih terus menerus menyelesaikan satu lagi event untuk sem 5 ni. Event Issue. Hope everything will be smooth. Amin.