Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, May 22, 2012

Issue : Profession Or Passion

Alhamdulillah, 2 minggu penuh dengan acara dapat disudahkan dengan jayanya. Elok je habis ZOO BOOT CAMP, Nexus perlu berhadapan dengan satu lagi tugasan untuk menganjurkan event untuk kelas Issue (OEM 681). Majlis ni dibuat bukan untuk suka-suka ataupun sekadar sambil lewa, tetapi untuk memenuhi kehendak subjek ni. Jadi semua Nexus bertungkus lumus dalam menjayakan event ni, bukan mudah nak jemput orang untuk bercakap dan berkongsi tentang pengetahuan mereka dalam bidang yang telah mereka ceburi. Sebagai ketua perhubungan awam, aku agak pening juga, tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.


~Nexus with 3 panel Profession or Passion~

Orang yang mungkin paling stress untuk handle event ni, adalah liza, bukan mudah untuk jadi Project Manager bagi sesuatu event. Nak handle 31 kepala, bukan lah perkara yang mudah. Ditambah pula  dengan masalah yang timbul untuk last minute, seperti VIP yang sudah dijemput tak dapat hadir, terpaksa mencari VIP lain. Untuk mencari panel pon bukan lah mudah, untuk panel 1 sahaja sudah berapa kali bertukar, sebab bukan mudah untuk kita memenuhi kehendak yang kadang-kadang tidak relevan dengan majlis yang diadakan.  Alhamdulillah, sebelum saat terakhir ,kami dapat mengumpulkan 3 orang panel seperti En. Hassan ( Les' Copaque), En. Dzulfadzly b. Dato Zamani, dan En. Karl Shafek Ibrahim (Host ON AIR) dan juga Zafira Zakaria (top 20 ON AIR) yang juga turut membantu sebagai moderator untuk majlis ini. Jadi, sekarang majlis pon dah settle, cuma tinggal untuk report sahaja.


Fokus untuk test dan Final

No comments:

Post a Comment