Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, May 30, 2012

Tiket free Pixie Lott showcase vs MIB3

Bercakap mengenai tiket free, kalau diikutkan memang selalu lah dapat tiket yang free. Alhamdulillah. Tak kirelah tiket konsert, showcase, bola, or wayang. Selalu dapat free dari membeli sendiri. Tapi ade beza antara tiket free dan tiket berbayar. For sure!

Hari sabtu yang lepas, aku ,kak sedara aku dan kak zurin ( geng tengok konsert) dapat tiket free untuk tengok showcase Pixie Lott. Disebabkan kak sedara aku, kami dapatlah tiket free untuk tengok showcase Pixie Lott ni. Katanya, masih ada lebihan tiket kalau nak lagi. So apa maknanya tu? *hehheh* Terus terang cakap, pada mulanya aku tak kesah langsung dengan tiket tu, sehinggalah aku buat keputusan untuk stay bercuti dekat rumah kak sedara aku seminggu, so kak sedara aku dapatkan lagi satu tiket untuk aku. Sebab apa aku tak kisah? sebab die bukan k-pop? ha itu sama sekali tiada kene mengene, sebab sebenar kenapa aku tidak kesah adalah kerana aku tak pernah kenal siapa itu Pixie Lott. Kalau sebut Adele, Christina Perry ke mungkin aku kenal. Tapi apa nak dihairan akan, aku ni memang failed bab artis hollywood. Aku dengar lagu Inggeris pon, sebab semua lagu yang aku dengar tu diberi atau di perdengarkan oleh seseorang kepada aku. kalau tak, memang tak lah! Aku lebih jaguh dalam lagu 70,80,dan 90 an. Kuno?! Aku suke.


~tiket showcase Pixie Lott~


So, dah dapat tiket free. Kami pon pergilah melihat apa yang menarik di sesi showcase tersebut. Pergh memang ramai! Maknanya aku sajelah yang mungkin tak kenal siapa Pixie ni. Ok! tak kesah lah, layankan aje. Sementara menunggu untuk host keluar dan Pixie muncul, mungkin dah menunggu terlalu lama, peminat-peminat  Pixie ni boleh pule "booo" sebab terlalu lama menunggu. (budaya boo ni takkan pernah jumpe di konsert k-pop,tapi ade kat sini) Aku pon tak faham kenapa budaya ni ade, mungkin tempat KL Live tu ala-ala macam kelab ker? Dan yang paling tak best, konsepnye berdiri di dalam ruang yang terlalu ramai orang. memanglah panas, walaupon aircond on! Bile dah ramai, aku and the geng yang dok belakang ni nampak lah sangat kelaku orang depan. Mak ai! Nauzubillah. Orang lain pon ade awek gak, ade pakwe gak.. Peluk cium tanpa segan silu. Maklum lah, orang putih pon ramai jadi audiences. Orang putih yang wat camtu dah tentu bukan islamnya. Anda? Maaf kalau sudah jauh menyimpang.

Berbalik pada tiket free, kalau dapat yang showcase yang environmentnye dalam ruang yang sempit dan ada penghawa dingin camni, memang lah tak best! serius.... Nasib tak bazir duit untuk tiket. Tiket free yang ni je rase tak syok, 4 tiket free untuk konsert k-pop sebelum ni memang best! So, bercakap tentang tiket free, tiket untuk MIB3 pon free gak aku rase, tapi ini tiket wayang. So mungkin ada sedikit beza.

Kalau dah nama pon tengok wayang, for sure orang yang beli tiket wayang tu takkan pilih cerita melayu. Eh! macam sama dengan seseorang yang aku pernah kenal, yang memang takkan beli tiket wayang cerita melayu. Tapi rekod itu sudah dipecahkan oleh Merong Mahawangsa, dan mungkin rekod itu dah dipecahkan banyak kali oleh orang lain*ok menyimpang lagi* miane...



~tiket MIB3~

Berbalik pada MIB3, apa yang boleh aku cakap cerita ni memang sangat best! Cukup dengan perasa aksi dan lawak yang bersahaja bagi aku. Seperti biasa watak J sangat berjaya. Dan kalau diberi pilihan antara tiket showcase Pixie Lott dengan MIB3 sekali lagi , confirm aku pilih lelaki dalam suit hitam.. ehheheheh..
Apapun tiket free kalau kena cara dan gaya, memang best. Kalau dapat tiket free tapi tak tahu tiket tu tentang apa, memang agak ase tak syok. Well, nama pon tiket percuma. So appreciate jugak lah.. Thank you!

*Rindu nak rase pening kepala pilih cerita apa nak tengok kat wayang tapi syaratnya bukan cerita melayu. :)


No comments:

Post a Comment