بسم الله الرحمن الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. hari ni dah pon masuk 3 hari cuti khas diberikan kepada pelajar UiTM sempena hari pesta menuai dan gawai. Boleh dikata kan sem ni merupakan sem paling banyak cuti bagi aku. Walaupon cuti sudah bermula, aku masih stuck di tengah kota Kuala Lumpur, bukan di kampung halaman. Aku tak pulang ke kampung untuk cuti ni sebab aku baru je lagi balik kampung minggu lepas, walaupon aku pulang ke kampung itu hanya sekadar untuk menyertai event perkhemahan di kem Cinta Alam Kelimat, Sg. Siput. Sambil menyelam minum air kata orang, aku sempat jugak berjumpa dengan family aku, sebab hari terakhir event, organiser decide untuk makan laksa di Kuale. Event di Sg siput ni agak menarik bagi aku, sebab kem ni berkonsepkan "kembara adat dan warisan". So, maknanya aku kembali ke zaman silam, dan disitu juga aku mengenang kembali kehebatan permainan tradisional yang telah lama ditinggalkan serta mengenang kembali pahlawan di zaman kesultanan Melayu Melaka.
~sebelum bertolak ke Perak~
~Model Batik~
~gadis tudung saji~
~gadis sulam menyulam~
~bai & wawa~
~Gadis Labu Sayong~
~Perbadanan Kemahiran Kraftangan cawangan Perak~
~super merah menyala+lelaki s~
~bai dan aku~
~Nexus bolot sume hadiah!~
~kumpulan Embun dan Tok Nara~
~sebelum panjat bukit dan sesi derma darah~
~kumpulan purple (embun)~
~kumpulan Tok Nara (merah)~
~drama queen~
Kalau diikutkan event "Kembara Adat dan Warisan" anjuran Grandeur Production ni, disertai kerana untuk melepaskan tension, selepas bertungkus lumus untuk 2 event besar anjuran Nexus Event. Selesai event Zoo Boot Camp, event Issue agak memberi tekanan. Kerana persiapan disaat akhir,macam-macam masalah yang tak diingini timbul, tapi itu perkara biasa bagi budak-budak event. Selepas berakhirnya event ini, aku percaya kami semua akan merindui saat untuk menganjurkannya lagi. Rindu saat bergaduh sesama sendiri, bagi mereka yang lain mungkin rasa tak profesional kalau digunakan ayat "bergaduh sesama sendiri", tapi sebenarnya dari bergaduh macam ni lah kami kenal diri kami sendiri dan semakin bonding dalam persahabatan.
No comments:
Post a Comment