Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, July 28, 2012

Kesedihan dan Kegembiraan itu 2 perkara berbeza

Pandangan lelaki itu berbeza. Jika kita meluahkan kepada kawan perempuan, mungkin mereka akan cuba memahami apa yang kita rasa, tetapi bagi seorang lelaki, sebolehnye tidak mahu memahami tetapi cuba memberi gambaran supaya perempuan lebih mengerti. Aku setuju dengan kata-kata bulat terhadap dia.
Aku sebagai antara pendengar, mengakui ada benarnya. Walaupon pada mulanya aku cuba memahami isi hati si perempuan yang meluahkan. Seperti kata bulat:

"lawak jenaka itu mengembirakan. Tetapi jika lawak jenaka yang sama diulang berkali-kali ia akan jadi bosan atau tiada apa-apa kesan kepada si pendengar. Begitu jugalah dengan kesedihan. Jika diulang cerita, dikenang segala, ia akan tidak menjadi lebih melegakan malahan menjadi sesuatu yang boleh dikatakan annoying kepada si pendengar" 


Benar kata bulat, tetapi kesedihan tidak boleh disamakan dengan kegembiraan. Kenapa? Sebenarnya, kesedihan dan kegembiraan itu adalah 2 perkara yang berbeza. Sangat berbeza sebenarnya. Bak kata teman yang meluahkan perasaan, Kesedihan tidak akan datang berkali-kali di dalam hidup kita. paling tidak pon ia jarang-jarang berlaku. Kesedihan itu akan membekas dihati atau pada diri. Sebab itu kesedihan itu sentiasa memberi rasa yang hebat walaupon jarang berlaku. Umpama kehilangan sesuatu yang disayangi,dan tidak boleh diganti. Mahupon terluka dijari,hingga meninggalkan parut. Ia juga kesedihan. Dan kalau paling menyedihkan apabila ia sangat terkesan dihati.  


Tidak seperti kegembiraan, ia akan hadir selalu dalam hidup. Walaupon dengan cara orang memuji kamu, ia tetap dikira kegembiraan,sedangkan ia hanya pujian kecil. Sama juga, apabila kita dapat bersama dengan kawan atau keluarga, ia juga dikira kegembiraan dalam hidup. Melihat sesuatu yang melucukan juga dikira kegembiraan apabila ia bisa membuatkan kita tertawa. 


Kenapa, manusia itu lebih mengingat kesedihan berbanding kegembiraan? Kerana kesedihan itu jarang berlaku dan selalunya ia terkesan dilubuk hati. Bukanlah kegembiraan itu tidak terkesan sehingga ke lubuk hati, tetapi kerana terlalu banyak kegembiraan yang kita anggap dan kita cipta, kita sentiasa mengimbas kegembiraan itu dengan terlalu kejap. Walhal sepatutnye kegembiraan itu yang perlu kite ingat selalu. Kita selalu memilih untuk mengingat kesedihan, walaupon kita tahu, kesedihan hanya akan lebih melukakan. Tapi, adatlah. Mana mungkin sentiasa mengingat kegembiraan tanpa mengimbas kesedihan? Tak thrill la hidup kan? Tapi sebenarnya dari mengimbas kesedihan, kita berjaga dan beringat untuk tidak mengulanginya dan berusaha untuk mencipta kegembiraan.

Betul atau tidak? Jawapan ada pada diri sendiri. Teman sekepala, ingat hidup ini pilihan. Pilihan untuk merasa lebih baik atau teruk, pilihan untuk bergerak dari satu titik usang dan memandang ke hadapan, atau masih tidak berganjak dari titik usang dan menoleh kebelakang, pilihan untuk menjadi insan berjiwa kental, atau insan yang rapuh jiwanya.

Jangan sesekali membiarkan kesedihan menghalang untuk merasai kegembiraan. Hidup dalam kesedihan umpama bernafas di dalam air, LEMAS!


Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, tahun ni masih berkesempatan untuk merasai dan meraikan kedatangan Ramadhan al-mubarak. Cuma kali ini merasai ramadhan jauh sedikit dari keluarga. Kalau tahun yang lalu, awal ramadhan aku dah pon berada di kampung halaman. Itu bukan persoalan sangat, dimana pon berada, asal ramadhan itu dihayati dan dirasai dengan sepenuhnya kesedihan tu tidak terasa sangat.

Bila tibe sahaja ramadhan, masa bersahur dan berbuka puasa itu menjadi perkara yang menyeronokkan, sebab waktu ni lah semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama di meja makan. Tak ketinggalan juga, masa inilah masa untuk berbuka bersama dengan sahabat-sahabat. Hari pertama ramadhan sahaja, aku sudah dapat panggilan untuk berbuka bersama dan set up majlis berbuka. Dan ini perkara yang harus untuk setiap tahun. Hope tahun ni dapat kumpul dengan Qiera dan Naim

Lebih paling dirindui ialah solat terawih dengan mak dan ayah. Kali ini belum berkesempatan. InsyaAllah, harap dapat buat perkara ni sesampai je di kampung halaman nanti. Walaupon mungkin lama lagi nak pulang ke kampung. 

Rasanya masih belum terlambat atau terlalu lewat untuk mengucapkan Salam Ramadhan al Mubarak untuk keluarga dan kawan-kawan. Mengharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Mengharapkan diri ini menjadi lebih baik. Mengharapkan hati ini menjadi lebih lembut. Mungkin bulan ramadhan ini adalah bulan terbaik untuk aku memperbaiki diri ini. 

InsyaAllah, ramadhan itu penghulu kepada semua bulan. Jadi itu adalah masa terbaik untuk kite merebut apa yang Allah bagi. Semoga semua amalan diterima olehNya.  

Monday, July 9, 2012

Kelaut

Hari ni nak buat segmen jalan-jalan cari makan. Perasan-perasan macam dalam rancangan kat tv3 tu la kan. Konon. Sepatutnya dari 3 minggu yang lalu boleh buat segmen makan ni. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap hari bermula dari 3 minggu yang lalu, aku dan bebudak rumah juwita ni asyik makan sedap-sedap dan makan besar je. Bukanlah nak kata kaya, sebab asyik makan luar je, tapi Alhamdulillah, rezeki tu Allah yang bagi. Semakin hampir tamat exam, dan semakin sedikit masa yang tinggal untuk dimanfaatkan bersama sebelum cuti semester bermula, kami mula menggila. Bukan menggila yang bukan-bukan , hanya mengisi masa yang ade dengan aktiviti makan dan makan!

Segmen makan kali ni lebih kepada makanan laut. Pergh! student makan makanan laut. Bajet besar tu. Tapi jangan fikir macam tu, kalau dah berkongsi , apa pon boleh kan? "Sharing is caring". Memang betullah ayat tu. Bermula dengan aktiviti makan yang tidak sengaja di Tanjung Harapan 2 minggu yang lalu, buat aku dan Danie plan untuk ke sana lagi. Sebenarnya kami tak tahu sangat tentang tempat makan tu. Aku pon pernah dengar satu masa dahulu je . Semunya sebab bulat yang bawak. Yelah, selalunya lelaki lebih arif bab tempat makan yang best-best ni. Betul??? 

So rancangan kilat untuk sekali lagi menjejakkan kaki di Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan bersama budak rumah tercapai. Nasib aku dan Danie hafal jalan. Hhehehh.. So, makan lah sampai lebam. Tengok je lah apa yang kami makan.

~Rezeki!~ 

~Akhirnya Nas sampai tanjung harapan~

 ~lepak tepi laut, tunggu Liza~

 ~Ombak rindu la konon~

~Jom Makan!~

Penuh jugalah meja kami dengan makanan.Taklah banyak sangat pon, cume 3 ekor sotong dan 2 pari bakar je. Selebihnya nasi dan tomyam. Standardlah kan. Tapi still tak habis, nasib lah Liza bawak balik. So tiada isu pembaziran. Eh! kat sini pon ade karoake gak, tapi yang terbuka. Kalau tertutup, lama dah si Nas dan danie gilir-gilir nyanyi tu. ehhehe...

Inilah semester yang paling enjoy sekali. Elok lepas habis makan-makan, terus gerak ke Setia Alam City Mall (by the way , ni tiada dalam perancangan) tapi disebabkan bulat and the gang plan nak tengok wayang ramai-ramai. So lepak lah!. Tengok cerita apa? Mulanya rancang nak tengok cerita Spiderman tu, tapi seat plak takde pilihan. Maka redho jelah tengok cite melayu "8 jam". Yelah, takkan nak balik kan, sia-sia je datang ke situ semata-mata.

Sementara menanti wayang start. Seperti biasa, kami bertujuh wat gile lah. Pergi main playground. Mencari zaman kanak-kanak yang hilang. Eh! tak lah tua sangat sebenarnya. Boleh aje main gelongsor. Dan yang paling penting sesi bergambar! Dan seperti biasa akulah jurugambar itu. heheh.. So jangan tanya kenapa gambar aku tak cukup pon sepuluh jari.. huhhhu.. Tapi aku suka!


Friday, July 6, 2012

Rindu

Dear blog,

Hari ni hati sedikit sayu. Tibe-tibe teringat dengan seseorang yang pernah menjadi lelaki paling terbaik dalam hidup ni. Hampir 15 tahun arwah pergi. Sudah hampir sebaya dengan adik. Walaupon hanya sekejap waktu yang pernah ada untuk aku dan arwah, aku sangat menghargai waktu itu. Sebab waktu itu aku takkan pernah dapat dengan orang lain.

Mana mungkin ada yang sanggup layan kerenah aku semasa demam seperti dia.
Siapa yang lebih cekap dari dia untuk membancuh milo untuk ku?
Bercerita tentang pengembala kambing yang suka menipu.
Memberi duit belanja sekolah dengan jumlah yang terlalu banyak untuk budak yang masih di tadika.

Semua itu takkan mungkin kembali lagi. Dia telah pergi menghadap Illahi. Allah lebih menyayangi atok. Seperti aku juga menyayangi atok.

Disaat hati ini sayu mengenang arwah, bertambah sayu juga dengan berita dari kampung. Aku harap adik cepat sembuh. Aku sangat tidak senang hati disini. Kalau boleh aku lari, sudah aku lari. Aku tersekat antara tanggungjawab sebagai anak dan kakak serta sebagai pelajar. Permudahkanlah aku. Ya Allah moga Kau melindungi adik. Kaulah penyembuh segala penyakit. Amin.

Duhai hati, tabah lah! Duhai hati Sabarlah! Duhai hati positif!. Semoga semuanya baik-baik sahaja.