Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0~ Kisah yang tak pernah sudah!

Kalau diikutkan pada mulanya, aku memang tidak berminat untuk mengambil tahu tentang BERSIH 3.0 yang diadakan beberapa hari yang lepas. Bukan apa, aku sudah mengikut dan ambil tahu tentang BERSIH ni sejak BERSIH 2.0. lagi. Aku yakin, perkara yang lebih kurang sama akan berlaku lagi kalau apa sahaja perhimpunan yang tidak mendapat kelululusan dalam erti kata kasarnya perhimpunan haram terjadi. Aku kalau boleh mahu menjadi seorang yang tidak ambil kesah dengan propaganda politik negara. Semak! Pertanyaan dari kawan-kawan tentang apakah BERSIH, membuat aku kembali mengambil tahu tentang BERSIH 3.0 ini.  Apa yang BERSIH 3.0 mahukan sebenarnya?


~antara kandungan tuntutan BERSIH 3.0~

Aku tidak salahkan mereka yang berbaju kuning yang mahu menyuarakan pendapat mereka. Mereka berhak! Mungkin benar, pada mereka itulah cara paling terbaik untuk mereka menyuarakan apa yang mereka kehendaki. Tapi, perlu diingat, cara yang mereka gunakan ada natijah yang bakal muncul. Memang benar, tiada siapa boleh menjangka atau kawal apa yang bakal jadi, tetapi kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan melihat dari peristiwa lepas. Jadi kenapa kite perlu ulang perkara yang dah pon terjadi? Yang kita sudah tahu, bahawa perhimpunan dan demonstrasi itu banyak membawa keburukan dari kebaikan. Adakah kite mudah lupa. Oh! mungkinlah benar kata Tun Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".

Aku akui, aku tidak berada di tapak orang berbaju kuning berkumpul. Aku tidak melihat dari mata dan kepala aku sendiri. Aku hanya cuma melihat dari jauh, dari laporan berita, dari youtube, dari laman blog dan dari segala sumber yang mencerita kan kisah BERSIH 3.0. Dari apa yang aku lihat, dengar dan baca. Aku percaya setiap orang punya pendapat dan ideologi masing-masing. Aku juga punya pendapat aku sendiri.

Aku hanya mahasiswa biasa yang sangat cetek dan mentah tentang POLITIK. Tapi, aku rasa aku juga boleh berfikir dan ada pendapat sendiri. Apa yang aku lihat dari BERSIH 3.0 ini, aku melihat bangsa melayu ku yang bakal membunuh bangsaku sendiri. Aku jadi sedih, bila melihat kelibat puluhan ribu melayu berlawan dengan melayu. Aku melihat perpecahan melayu itu, walaupon ape yang sedang ditunjukkan adalah sejumlah besar melayu sedang bersatu dengan pakaian kuning.

Kita punya hak bersuara. tapi bila cara penyampaiannya salah, berfungsi dan berhasilkah hak bersuara itu? Bila cara bersuara kita, pada akhirnya mengugat keselamatan negara, merosakkan harta benda. Bila mahu pertahankan hak bersuara kita, kita sanggup bergaduh, sanggup merosakkan segalanya, sanggup menggunakan ISLAM sebagai alat? Adakah ISLAM itu mengajar kita untuk memperjuangakan hak dengan cara memusnahkan harta benda, menyakiti orang lain, dan membelasah saudara sesama Islam kamu sendiri?

Lebih menyedihkan, majoriti pengikut BERSIH adalah orang melayu Islam, tapi diterajui oleh seorang yang bukan berbangsa melayu dan Islam. Inilah silapnya. Aku bukan bertidak racist disini, tapi aku melihat apa yang diperjuangkan oleh beliau! Beliau orang yang sudah secara terang-terangan mahu menjatuhkan Islam. Mahu meranapkan Islam. Aku jadi hairan, bagaimana bangsaku yang beragama Islam, tegar menjadi pengikutnye demi kepentingan politik semata-mata.

Bila melihatkan pergelutan antara orang-orang yang menyertai BERSIH 3.0 dan Polis, aku juga punya rasa kesal dengan Polis, tapi kalau hendak dikatakan Polis itu salah, mereka hanya menjalankan amanah mereka mempertahankan negara. Itu tugas hakiki mereka,walau pada dasar tindakannya, mungkin kita tidak jangka untuk mereka berhadapan seperti itu dengan sesetengah ahli BERSIH yang merusuh, kita merasakan itu mungkin tidak patut berlaku. Tetapi itulah yang berlaku. Polis secara terang-terang sudah tentu menjalankan tugas hakiki mereka, bagaimana pula dengan ahli BERSIH? Bila perkara ini terjadi, aku yakin! semua jari mahu menunding dan menyalahkan pihak Polis, tetapi sedarkah mereka Polis hanya bertindak mengikut arahan dan itu sudah tugasnya.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan aku. Aku yakin masing-masing punya pandangan dan pemikiran tersendiri tentang peristiwa BERSIH 3.0 ini. Ini sekadar pandangan aku yang terlalu mentah atau mungkin tidak tahu apa-apa tentang BERSIH 3.0 dan POLITIK. Ideologi kita mungkin berbeza. Aku tidak menyokong BERSIH bukan kerna aku meyebelahi kerajaan atau anti pembangkang, tapi aku oranag yang tidak suka pada pergaduhan dan kekecohan yang pada akhirnya bakal mengugat negara sendiri, bakal mengadai bangsa dan agama sendiri. Aku tidak mahu lagi merasai peristiwa 13 Mei berlaku lagi. Kemerdekaan itu bukan mudah dicapai, tetapi untuk mempertahankannya amatlah susah. Jadi, aku sebolehnya mahu mempertahankan apa yang telah aku,kamu , dan kalian kecapi  dari pejuang bangsa yang lalu untuk diwariskan kepada anak-anak cucu kita pada masa akan datang.

Kepercayaan tanpa rasional~ BUTA
Rasional tanpa kepercayaan~ KONTANG


Aku,
Pencinta Keamanan, Agama dan Bangsa.





Monday, April 23, 2012

Puduraya, wajahmu berubah, tetapi tidak pada minda dan budayanya.

Benarlah kata orang, perubahan itu tak semudah petik suis lampu! Hari ini kali kedua aku jejakkan kaki aku ke Terminal Puduraya. Memang gah dari jauh! Terbit sedikit bangga dengan perubahan yang dilakukan, kalau nak dibanding dengan Terminal Puduraya pada masa lepas, memang jauh beza. Siapa yang pernah jejak kaki ke terminal ini sebelum ia diubah fasilitinye menjadi lebih baik pasti setuju dengan aku. Bahawa, perubahan ia memang jauh berbeza.

Namun, dalam perubahan wajah Terminal Puduraya, jangan cepat percaya pada rupanya. Bukanlah aku nak menjatuhkan atau apa, tapi hakikat ini yang perlu diterima. Perjalanan singkat ke Puduraya, aku melihat keliling ku dipenuhi manuasia yang cara percakapan mungkin berbeza bunyinya dari aku. Aku lihat wajah mereka lebih ramai dari wajah Malaysia. Itu masih persekitaran Puduraya yang masih tidak berubah. Rakyat asing disetiap penjuru. Ade rase cuak sedikit dalam diriku, tapi seperti biase "control macho".

Jalan Puduraya, tidak pernah sunyi dengan kenderaan. Kalau mahu uji kesabaran dalam pemanduan, inilah tempatnya. Seriously, tak tipu. Sepajang jalan, jangan terkejut kalau tetibe mase "on the move", ade orang melintas jalan secara mengejut,atau teksi dan bas tetibe masuk ke lane anda! So, kecekapan mengawal break sangat diperlukan semasa memandu. Dan jangan terkejut kalau seperti ade pesta HORN disitu.

Itu persekitaran dan budaya sebelum memasuki Terminal Puduraya, jadi ia macam umpama terkena sedikit shock electric la. Apa yang lebih mengejutkan, terjadi selepas memasuki Terminal Puduraya tersebut. Belum jejak kaki lagi dekat escalator untuk memasuki terminal tu, sudah ade "ulat tiket" yang buat salam pembuka bicara. Itu perkara biasa bagi aku, dan aku berfikiran itu hanya terjadi diluar Terminal tu. Ok! aku consider seperti itu sajelah.

Setelah memasuki Terminal Pudu yang dikatakan mempunyai fasiliti yang baik, aircond disediakakn didalamnya dan berbagai lagi. Aku akui, fasilitinya memang cantik! Tapi setelah sepuluh minit didalam terminal tu, aku mula merasa bahang, air cond tak berfungsi atau cuaca memang membahang? aku consider cuaca memang panas. Kembali kepada tujuan asal mahu membeli tiket, aku dikejutkan lagi dengan watak dan suasana yang sama! Abang panjual tiket.

Aku mungkin tidak kisah kalau "abang penjual tiket" sekadar mendekati dan bertanya tentang tiket. Sebab itu memang budaya disitu, tetapi apa yang menyedihkan bile ayat yang kurang ajar sepeti  "biasalah!,orang melayu. Susah sikit!!" ini yang keluar dari mulut dia selepas kami mennyatakan untuk mencari tiket di kaunter terlebih dahulu. Ayat itu ditujukan khas buat aku dan cousin gara-gara mengelak dari membeli tiket dari dia. Sungguh biadap! Bercakap tentang "melayu",tapi yang bercakap sendiri orang melayu. Mungkin itu budaya mereka. Namun budaya merebut pelanggan dan memanggil pelanggan dari jauh, bukan lah hanya setakat di kaunter pembelian tiket rupanya, waima hendak mencari makanan di medan selera Terminal Puduraya pon, budaya merebut pelanggan masih ada.

Aku termenung seketika memandang jauh suasana Puduraya. Aku akui terminal ini gah dengan perubahan  fasiliti indah, tetapi tidak pada minda dan budayanya. Mungkin kita berjaya mengubah fasiliti dan rupa, tetapi tidak pada budaya dan minda asal Puduraya.

Benarlah kata pujangga, "Untuk mengubah dunia, kita perlu mengubah manusia". Dan dari situ aku nampak, perubahan itu perlu mula dari diri sendiri. Aku bukan mahu manjatuhkan, tapi aku juga cuba mengubah minda aku untuk percaya bahawa Puduraya yang Baru, bukan Puduraya yang Lalu.

maaf jika khilaf.










Saturday, April 7, 2012

Event : Zoo Boot Camp 2012

Do you aware about Animal??
Do you know about ZOO Negara Malaysia??
Do you love Animal??
Do you like challenging??
Have you ever wondered to stay overnight at ZOO??
Do you like to be volunteer with fun to the animal and zoo, but do not know how??

We will help you.. Let come, and join our events

ZOO BOOT CAMP 2012


This event actually open to student UiTM that really do care about animal, who love animal, who really want to be a volunteer for zoo, and who really care about help our wildlife animal. As we know, now a day wildlife animal have struggle to continue their life. So we as a party that care about this, try to make it event that also can help this animal and zoo to preserve and create awareness about the importance of wild animal. This event also will be the first event at Malaysia that give our participant to get experience stay overnight at the ZOO. 

For those, who want to help but not valid as participant, you still have a chance to help them. How?? We also   trying to raise funds to help the ZOO to protect wildlife. We hope, if you do care about wildlife awareness, you can help we to raise the funds. Maybe your 1 ringgit will give hope and help to wildlife animal. 

To Animal lover, please kindly support our Events. Please kindly like this page : http://www.facebook.com/ZooBootCamp2012 

"Together we show our love and save the wildlife animal"


Friday, April 6, 2012

We Love Animal. We Make it Real

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hampir 3 hari menunggu penuh debaran, akhirnya doa dan permintaan kami diterima. Akhirnya, pihak zoo menerima cadangan untuk membenarkan kami bermalam di Zoo, walaupon sebenarnya Nexus sudah bersiap sedia dengan Plan B, dan plan C. Mungkin agak memberi tekanan untuk semua department bersedia dengan plan B dan juga plan C, terutama bagi program development. Apa sahaja pertukaran, akan menyebabkan segala program turut bertukar. Sungguh aku akui aku sendiri agak tekanan dalam pertukaran dan apa sahaja kemungkinan yang akan terjadi.

Bile "green light" dah pon diberi, walaupon aku tahu masih ade perkara untuk Nexus berbinncang dengan pihak zoo untuk segala syarat dan peraturan, aku harap perkara ni tiada sebarang masalah untuk Nexus bersedia dengan plan D pule. Jangan sampai ade plan nak tukar zoo pule! (masih terkenang cadagan digun yang unexpected tu.) Lumrah buat event, pasti ade perkara yang berubah, kene ade contigency. Kite hanay merancang bukan? Penentuannya tiada siapa yang tahu. Tapi sekurang-kurangnye aku nampak semangat Nexus untuk event ni. Bebudak marketing pon dah siapkan separuh kerja. Dah nampak hasilnye. 


~sebahagian dari medium marketing~


~orang kuat Marketing~

Jadi, harapnye Nexus tidak akan mudah mengalah dengan setiap perubahan atau cabaran yang datang. Bebudak Marketing telah memulakan semangat ZOO, jadi kenapa tidak Nexus yang lain menyambung semangat tersebut. Nexus, lets make it real!! (memberi semangat kepada diri sendiri jugak yang sudah hampir lemah ni..ehehhe) Korang sume harap support event kami ye. Kalau ade sape-sape yang sayangkan binatang dan sedar akan keperluan dan kebajikan haiwan yang hampir pupus ni dan bersedia nak support melalui dana atau in kind gift kepada ZOO pon ok, Why not? Kami menjadi saluran kepada anda untuk mendekati dan membantu haiwan-haiwan tersebut.(promote nih!)

Cuma tinggal sebulan, atau mungkin tinggal beberapa minggu saja lagi untuk realisasikan Event ni. Semoga Allah permudah segala niat baik kami melalui event ini. DO LOVE ANIMAL!