Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, October 14, 2013

Just do and Enjoy it!

It was really fun. After half a year not volunteering in any events. The best part is enjoy the events and get a new friends. :)

Friday, August 23, 2013

Suasana raya makin berbeza bila dewasa.


Salam. Nampaknya dah lebih 2 minggu melalui bulan Syawal dan sudah pon masuk raya yang ke berbelas hari. Boleh macam tu? Tapi yelah, orang cakap raya sampai sebulan kan? So mungkin masih ada yang dalam mood raya. Aku? Habis dah mood raya. Raya kedua dah habis. Tahun ni agak berbeza, sebab raya tu jadi biasa. Dan kebanyakkan nya bukanlah berkunjung kerumah untuk berhari raya, tapi berkunjung untuk memenuhi jemputan kenduri kendara dan kenduri "lain"

Betul, tahun ni je rasanya banyak jugak la dapat kejutan, berita dan jemputan untuk Majlis Perkahwinan dan Pertunangan kawan-kawan dan sedara mara. So mood raya tu bertukar jadi mood kenduri kendara. Bila dapat jumputan kenduri kahwin kawan-kawan perasaannya nice sangat dan normal. Sebab sebelum ni ramai je pon kawan yang dah berkahwin dan berumah tangga. So itu kebiasaan lah. Bila dapat pula berita sipolan dan sipolan dah bertunang. Uish! perasaan die terkejut. Eh kawan-kawan sekelas dah ramai yang bertunang tahun ni. 

Waaaa... dan aku mula terfikir, 2013 memang waktu yang sesuai kot untuk ke fasa seterusnya bagi kawan-kawan aku. Betullah, kata orang. Once masanya dah sampai, kita dah punya kerjaya, dah punya perhubungan dan kewangan yang stabil. "Perkara" itu akan datang. Now, I believe with that statement. Congratulations to Ara and Izah for your engagement day. Happy for both of you. 


Tapi apa yang lebih mengharukan bila sepupu perempuan paling baik dan rapat dengan aku, pon dah dirisik orang. So selain dari mood raya bertukar jadi mood pergi kenduri kendara kawan-kawan. Mood raya kitaorang pon bertukarjadi mood buat majlis kenduri kendara. Seriosly happy for her. But, with this event, all the makciks make me realizes that I'm not child anymore. Mereka asyik ingatkan yang aku dah 24!Oh man.. I know it! but can I just ignore about it? 

Maybe, normal kot once kite dah meningkat dewasa. Raya akan jadi or kemungkinan bertukar kepad mood mengahadiri kenduri kendara sahabat dan saudara mara. Raya tu akan still jadi mood raya sampai hari ke 30 kalau kita masih kanak-kanak. kan? 

Sometimes, I wish....  boleh balik semula ke masa zaman kanak-kanak, supaya dapat rasa balik suasana raya tu. But, itu adalh perjalanan yang sangat jauh untuk dilalui, just pandang ke hadapan. Mungkin raya tahun berikut, panjang umor mood raya tu datang balik? Sape tahu kan? Mari berharap.. :)


Thursday, August 8, 2013

Malam terakhir Ramadhan yang Hilang..

Alhamdulillah, Hari ini sudah pon 1 Syawal. Bermakna sudah selesai persinggahan Ramadhan yang sangat indah. Sedar tak sedar cepat sahaja masa berlalu. 30 hari untuk Ramadhan pada tahun ini seperti terlalu cepat beredar. Dan Ramadhan kali ini lebih dirasai dan memberi makna dan kesedaran kepada aku dan aku percaya semua orang pon merasakan ia nya seperti itu kan?

Sekarang, ia ketika aku menaip ni sudah pon 1 Syawal. Raya kali ini, harap akan jadi lebih meriah. Walaupon aku kurang merasai "kemahuan" beraya itu ada. Raya itu kemenangan bagi orang muslim, jadi ia tetap akan diraikan.

So, aku tak pasti apa yang akan dilakar untuk raya kali ini, tapi aku cuma nak kongsi malam raya aku. Malam raya, aktiviti biasa yang selalu buat pastilah berjalan di bazar. Kali ni bazar di Kuala Kangsar dah macam Jalan TAR je versi Kuala Kangsar. *boleh macamtu?*. Bukan nak beli barang sangat pon, aje gemo nak merasa suasana sesak larat tu, walaupon kalau diikutkan itu tempat rope tu lah yang selalu aku elak.

Apa yang paling best tahun ni derita malam raya aku mungkin akan jadi aktiviti wajib raya akan datang. *dah jumpa insetif baru*. Kenapa dan sebab apa? Yelah,  kalau malam raya, mungkin ramai yang kalau boleh nak tido awal sebab tak sabar nak bangun awal untuk persiapan raya pada keesokkannya. Tapi berbeza bagi aku dan mungkin ornag sekitar kawasan rumah aku. Sebab apa? Bukan sebab sahaja aku tak nak tido  kerana... Amboi dah macam niat sesaja tak nak tidor kan. Walhal sebenarnya ade reaon kaut kenapa aku tak boleh tido. Semuanya sebab dentuman meriam Kg. Talang.





Bagi orang kuala kangsar, atau mungkin orang kebanyakkan orang Perak sudah tahu kisah meriam Kg Talang. Dan ari ni aku rasa seluruh Malaysia mungkin sudah tahu, sebab keraian ini telah dipaparkan di media massa. Pergh! kire hebat lah kan orang kg Talang. Famous gitu. Bunyi meriam Kg.Talang ni bukan bunyi meriam biasa, tapi memang tersangatlah kuat berdentumnya. Mana tidaknya, meriam Kg. Talang bukan meriam buluh biasa, tapi meriam besi. Percaya tak? So cuba bayangkan tahap bunyi yang dihasilkan? Kira logiklah kalau tak boleh nak tido sebab dentuman meriam ini akan berlarutan sehingga ke subuh.

Disebabkan kerana tak mampu tidolah, tahun ni bertekad nak pergi tengok dengan mata , nak pergi dengar dengan telinga dan nak rasa lonjakan adrenalin yang dapat dihasilkan bila berada di kawasan permainan meriam tu. Dan hajat tercapai walaupon kali pertama sejak dilahirkan baru tengok meriam besi ni. Kesian sangat aku ni.. *ok, dan aku dah terlebih cakap pasal meriam, nampak "perak sangat" kat situ*

Walau ,mcam mana pon. Malam raya sekarang tetap tak dapat tanding malam raya zaman kanak-kanak tak cukup akal dulu. Zaman tu tetap jadi zaman paling 'awesome' bagi aku. Zaman dimana hanya tahu rasa 'excited' nak raya, zaman pasang panjut dan main mercun dengan kawan-kawan. Walaupon mercun tak setanding meriam bunyinya, tapi kegembiraan yang ada bersama dengan kawan-kawan tu lebih bernilai. Now, semua dah besar. Mercun hanya dipandang sepi. Teknologi menguasai bile hanya elektronik pintar di jari.

Nampak kan? Malam terakhir ramadhan yang hilang. Hilang kerana ia tidak sama seperti dulu....

mood: Apapun, aku tetap bangga dengan tradisi Meriam Kg. Talang :)






Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kembali.

Ramadhan kembali!
yeah... Ramadhan is back!

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk merasai dan menikmati nikmat Ramadhan Al-Mubarak. Walaupon masih terasa seperti baru semalam meninggalkan ramadhan yang lalu. 

Kali ini mungkin ramadhan terasa berbeza dari dahulu. Kalau dahulu mungkin merasai ramadhan di tempat orang dan bersama rakan-rakan, tapi kali ini berpeluang penuh merasai ramadhan sepenuhnya dengan keluarga besar. Tapi ia tetap dirasakan berbeza. Kerana manusia itu berubah,dan musim juga selalu berlalu.
So Ramadhan akan sentiasa ada rasa yang berbeza walaupon punya nikmat yang sama.

Kalau dahulu, zaman kanak - kanak riang. Zaman baru nak up tak kenal dunia. Lain rasanya perasaan menyambut kedatangan ramadhan berbanding dah jadi remaja purba yang dah masuk alam dewasa. Konon kan. Tapi betul rase Adrenlin dalam badan tu lain. Adrenalin sentiasa memuncak bile zaman nak up dulu. Zaman kanak-kanak dan remaja dulu, keterujaan nak pergi berterawih tu bukan main la nak cakap. Sanggup ni buat rombongan kak limah ke Masjid. Tak payah siapa pon pakse, lepas berbuka terus berlari ke masjid. Padahal sebenarnya zaman kanak-kanak tu, bukan pandai sangat lagi solat, cukup puas walaupon hanya dapat perform untuk 6 rakaatl, kire hebat dah tu.  Teruja tu sebenarnya lebih untuk jumpa dengan kawan-kawan kat masjid lepas itu main mercun belakang masjid. Sangat la hingusan kan

Kalau zaman sekarang, sama juga tak ada siapa paksa pon tetap pergi. Sebab dah ada niat yang tetap. Waalupon kadang-kadang tu liat jugak. heheh..  Tapi niat sekarang lebih jelas la berbanding dahulu. Niat nak kejar kumpul dana akhirat kan. Berbeza sangat kan? Itulah hebatnya Ramadhan. tetap melahirkan kebaikan walaupon kadang-kadang niat tu yak jelas. Kenapa?

ha..sebenarnya tak kira lah di zaman mana dan berapa pon usia, bile ramdhan datang je, kita semua berusaha niat untuk memenuhkan masjid. Dari kanak-kanak sampai lah warga emas, bersatu untuk beramal kepadanya. Di bulan ramadhan juga ramai tidak berhijab ada niat untuk cuba berhijab dan ibu-ibu yang cuba mengajar dan membiasakan anak mereka untuk memakai tudung walaupon anak masih lagi kecil. Bulan ramadhan juga ramai yang berniat dan berlumba untuk khatam Quran, yang sebelum ini ramai yang jarang cari peluang untuk baca quran walaupon punya kelapangan. Bila ramadhan juga kita semua berkongsi rasa yang sama, iaitu ingin menjadi yang lebik baik pada masa kan datang. Betol tak? Sekurang-kurangnya, ramadhan itu mendidik kepada niat yang baik.

Semoga ramadhan kali ini memberikan kemanisan dan keberkatan...

Andai aku punya kekhilafan terhadap yang berglear insan, moga dipermudahkan aku memohon maaf dan dimaafkan. Andai aku punya rasa kebencian dan sukar memaafkan, lembutkan hatiku serta permudahkan aku untuk melupakan dan menghilangkan setiap titik hitam dihatiku. Andai aku masih punya dosa silam, moga aku diberi kesempatan untuk mghapuskan dosa dan memperbaiki diri untuk menjadi hambanMu yang lebih baik. InsyaAllah.

Agar diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk beramal di Bulan RamdahnaMu Ya Allah. Amin. 


ps: Esok puasa! Jom sahur. 




Wednesday, July 3, 2013

Selepas 5 tahun

Hari ini, selepas hampir 5 tahun lamanya. Kami kembali ke aktiviti wajib keluarga. Bukan main lama meninggalkan aktiviti tersebut. Kembali mengenang zaman meningkat remaja. Sekarang tak remaja ker? Sekarang mungkin boleh dikategorikan bersedia ke alam dewasa. huhuhu. Walaupon hakikat, masih terperangkap dalam dunia remaja.

Aktiviti tersebut adalah.. Tengok perlawanan bola sepak. Satu kepuasan hari ini, menjejakkan kaki semula ke Stadium Perak. Menonton semula dengan dua biji mata ke arah lapangnya hijau padang. Perasaan nak cerita macam adrenalin dah meluap hingga ke kemuncak. Kenapa?

Bile jejak balik stadium untuk tengok bola, automatic skill dan pngetahuan bola aku jad A++. Masuk stadium tengok bola dengan masuk stadium tengok komsert, memang lain. Kalau pergi konsert huhahuha sendiri tak kenal pon orang kiri depan belakang, tapi bile tengok bola, silap-silap mamat or minah sebelah boleh jadi member. 

Apa yang paling best, bile dah pergi stadium, kejadian terserempak dengan orang yang dikenali tapi tak jangka akan jumpa memang perkara luar biasa. Sebab? Bila berkaitan bola, semua ornag berkumpul tak kira lah apa pun. Macam kes aku, boleh cakap terbaik la mak cik jual nasi lemak kat medan selera stadium tu masih boleh ingat walaupon dah tak jumpa hampir 5 tahun. Kat stadium jugak la boleh jumpe pak sedara, kenalan 10 tahun dulu. Hebat. Dah macam jejak kasih gayanya.

Lepas tu kalau dulu zaman Khalid Jamlus, Syamsul Saad, Shahrul Azhar, V. Saravanan, memang aku sanggup tunggu depan grand stand untuk salam dan amik autograph! Hebatkan mereka , sebab aku lebih adore pemain bola sepak berbanding artis masa tu. Tapi sekarang ni, perkara tu aku tak mampu nak buat. Cuma aku just tumpang bangga sebab junior aku masa sekolah dulu sekarang dah jadi player Perak. Takkan nak mintak autograph junior kan. hahhahah...

Walaupon Perak kalah tipis je dengan Kelantan, but aku tak la kecewa sangat pon. Permainan pasukan perak mantap sebanarnya. Banyak peluang yang muncul, cuma tiada penyudah yang baik je. Tapi aku akui lah mereka tidak segemilang zaman Khalid dan V. Saravanan satu masa dulu. Inilah bola sepak,ade turn naik kan. Hope Perak boleh improve pada masa akan datang. Dan ini pasti bukan pengakhiran untuk aku, tapi permulaan untuk menjadi seperti dahulu balik. 

p: Ade beza antara lelaki yang tahu tentang bola tapi kaki bangku dengan lelaki yang tahu tentang bola dan tidak kaki bangku. Macam tu juga dengan perempuan. Aku lagi suka yang jenis kedua. Hahahha..