Aktiviti tersebut adalah.. Tengok perlawanan bola sepak. Satu kepuasan hari ini, menjejakkan kaki semula ke Stadium Perak. Menonton semula dengan dua biji mata ke arah lapangnya hijau padang. Perasaan nak cerita macam adrenalin dah meluap hingga ke kemuncak. Kenapa?
Bile jejak balik stadium untuk tengok bola, automatic skill dan pngetahuan bola aku jad A++. Masuk stadium tengok bola dengan masuk stadium tengok komsert, memang lain. Kalau pergi konsert huhahuha sendiri tak kenal pon orang kiri depan belakang, tapi bile tengok bola, silap-silap mamat or minah sebelah boleh jadi member.
Apa yang paling best, bile dah pergi stadium, kejadian terserempak dengan orang yang dikenali tapi tak jangka akan jumpa memang perkara luar biasa. Sebab? Bila berkaitan bola, semua ornag berkumpul tak kira lah apa pun. Macam kes aku, boleh cakap terbaik la mak cik jual nasi lemak kat medan selera stadium tu masih boleh ingat walaupon dah tak jumpa hampir 5 tahun. Kat stadium jugak la boleh jumpe pak sedara, kenalan 10 tahun dulu. Hebat. Dah macam jejak kasih gayanya.
Lepas tu kalau dulu zaman Khalid Jamlus, Syamsul Saad, Shahrul Azhar, V. Saravanan, memang aku sanggup tunggu depan grand stand untuk salam dan amik autograph! Hebatkan mereka , sebab aku lebih adore pemain bola sepak berbanding artis masa tu. Tapi sekarang ni, perkara tu aku tak mampu nak buat. Cuma aku just tumpang bangga sebab junior aku masa sekolah dulu sekarang dah jadi player Perak. Takkan nak mintak autograph junior kan. hahhahah...
Walaupon Perak kalah tipis je dengan Kelantan, but aku tak la kecewa sangat pon. Permainan pasukan perak mantap sebanarnya. Banyak peluang yang muncul, cuma tiada penyudah yang baik je. Tapi aku akui lah mereka tidak segemilang zaman Khalid dan V. Saravanan satu masa dulu. Inilah bola sepak,ade turn naik kan. Hope Perak boleh improve pada masa akan datang. Dan ini pasti bukan pengakhiran untuk aku, tapi permulaan untuk menjadi seperti dahulu balik.
p: Ade beza antara lelaki yang tahu tentang bola tapi kaki bangku dengan lelaki yang tahu tentang bola dan tidak kaki bangku. Macam tu juga dengan perempuan. Aku lagi suka yang jenis kedua. Hahahha..
No comments:
Post a Comment