Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, November 28, 2011

Awal Muharam, Awal sesuatu yang Baru.

Hari ni dah 3 Muharam. Sangat cepat masa berlalu. Maknanye, hari ini aku dah kena packing barang-barang untuk hidup yang baru. Wah, macam nak pergi perang je nih..huhuuh... Bile masuk tahun baru, sume orang pon nak buat azam baru kan? Cliche la dah sume tu. Tapi memang itu yang sebaiknya pon. Berazam untuk sesuatu yang baru, sesuatau yang lebih baik dari sebelumnya.  



Dalam nak membuat azam yang baru, sebelum tu kena lah make sure azam yang lama dah disempurnakan.. betul tak?alhamdulillah aku dah sempurnakan separuh dari azam aku. Walaupom masih ade azam aku yang belum benar sempurna. Aku akan sempurnakan pada tahun baru ini. Semoga dipermudahkan. Amin. Awak-awak pon sempurnakan azam awak yer.. huuuhhuhu

Salam Maal Hijrah..

Thursday, November 24, 2011

Tertunai Bayaran Pengorbananku.

Alhamdulillah...
Terima Kasih ya Allah...

Alhamdulillah, akhirnya lamaran aku diterima. Tak sia-sia segala usaha aku. Tak sia-sia juga aku bernazar. Setelah hampir berminggu aku berusaha untuk siapkan proposal aku, sehingga aku mengorbankan segala cuti bersama keluarga dan segala masa yang patut aku gunakan untuk  diri aku sendiri, akhirnya ianya berbaloi.
3 minggu aku menanti untuk proposal aku diterima.

Walaupon sedikit kelewatan, dan bagi aku mungkin bayak perkara perlu aku timbang. Ak harus juga untuk meneruskan usaha aku yang sudah hampir separuh jalan ini. Aku harap ALL NEXUS akan sokong aku dan bantu aku untuk make it real Puncak Alam Idol 2 ni. Aku hanya baru belajar. Dan aku harap kita akan sama-sama belajar untuk semua ini.

Aku harap aku akan dapat sempurnakan event aku ini. Amin..
Wish me LUCK!!..

Wednesday, November 23, 2011

Live your life as Unexpected!!

Pergh lama gak tidak melalut kat sini. Ye lah, hari-hari makin buzy dengan quiz, kelas, dan juga event. Tambahan  pulak memnag aku ni budak event. Hidup dipenuhi dengan event ajelah. Kalau tak budak event pon, hidup still ade event kan? Minggu lepas, 20.11.2011 *nice date.. aku baru perasan.. ,  aku ade join volunteer untuk event senior aku. Kebetulan pula senior aku tu pon , kawan kampung aku gak, kawan satu sekolah dulu. Jadi, apa salahnya membuzykan diri kau dekat event dame.huhuhu..

"Live Your Life Carnival". Ha itulah title event dame. Temanya lebih pada kesihatan. Kire menjalani kehidupan ini dengan aktiviti yang sihat la. Alhamdulillah event tu berjaya dilaksanakan. Macam-macam aktiviti yang mereka adakan. Aku yangg jadi volunteer ni pon, kalo boleh nak join. So memandangkan aku ni volunteer , amatlah mustahil untuk aku jadi peserta kepada event tu.Kerja aku cume tolong cover sales and exhibition jer. Tapi, akhirnya aku lepas gak masuk salah satu game diorang.ehhehe..*cume tak de rezeki nak menang jer. Paling aku respek dan puas hati bab makanan yang mereka sediakan. Aku ingat jadi volunteer nak la kurangkan berat badan. Tapi , yelah nama pon event kesihatan kan? Dame memang bagi makanan yang secukupnye lah. Supaya kitaorang tak penat untuk habiskan tenaga buat kerja. Terbaik!! Sangat sedap pepper petty dan makanan tengahari. hahahaah..*makan je yang aku  ingat!


~selepas event~


~with the one of organizer~

Alhamdulillah, event tu habis pon awal. Dalam pukul 5 kitaorang dah settle angkat barang sume. Angkat ape? Jangan ditanya lah.. Keluar langsung aura "jantan".. sebab nak settlekan kerje cepat, dan pikir nak balik rumah cepat je pon. Tapi... harapan...!!  Dah settle keja, kereta Bai pulak rosak. So menongkat dagu lah dalam hujan renyai menunggu bantuan yang datang. Dalam sebok menunggu, sebok gak menahan kereta yang lalu kat Kolej Angsana , kalau-kalau ade rezeki dapat pinjam "jumper". Sangat kelakar masa tu, habis semua kereta nak  ditahan.  Dan betullah kate orang. Dalam kehidupan ini penuh dengan EVENT(peristiwa). Kenape?  dan betul lah juga JODOH tu Allah yang tentukan, Kenape? Aku tak bermimipi rupaya *yelah selalu nampak Ahmad tu dalam mimpi jer.. hehehhe.. Rupanya ia REALITI!!!... so itulah hikmah kereta Bai rosak! DIA nak temukan aku dengan seseorang setelah aku cukup kuat untuk berhadapan dengan orang tu. Atau mungkin DIA menghantarnya kerana mahu menduga cintaku terhadapNYA.. i'm SHOCK!..

Lastly, bantuan tibe jua akhirnya. Nasib ade En. Adnan. Dia dan kawan dialah yang tolong jumperkan kereta Bai. Nasib juga lah ada Timb PNC punye no kan? kalo tak? Sampai esok ler aku kat Kolej Angsana dan harus kuat untuk memandang dirinya lagi. hehhehe...*susah kot!! Walaupon aku berusaha untuk memandangnya lagi buat kali terakhir. Aku harap aku puas! melakukan sesuatu atas kehendak dan kemahuan aku sendiri.

So next event untuk GREEN HUNT plak... 

Saturday, November 19, 2011

i really miss THEM!!

Jam: lebih kurang 3.30 pagi dah.

Mata still tak mahu tutup. Tengok Hp macam bese, untuk tengok jam je. Sangat la bosan. Bukak pulak le laptop tengok gambo. Tetibe.. tersenyum, sayu, sedih, dan tersenyum lagi. Macam orang tak betul pon ade kan? sebenarnye aku dok tengok gambar-gambar lama. Gambar zaman remaja dulu. Walaupon sekarang masih rasa remaja. *tetap!




Wei kome!! Tetibe pulak nak rindu dekat kome. Bile tengok balik gambo zaman pakai uniform sekolah, 
mak ai punyelah rindu. Sekarang dah tak boleh pakai uniform putih ni dah. 
Pulak tu serious rindu zaman nakal-nakal. 
Jamuan akhir tahun.
zaman timba ilmu.
zaman sport-check.
zaman makan-makan dalam kelas
time kelas tambahan


Ni lagilah menggamit memori*udah macam klasik FM punye tagline..hhuuh..
Kalau dulu kene buat bende alah ni, sekarang mane ade merasa dah. kan??
Agak-agak bile kite boleh kumpul ramai-ramai macam ni lagi ek?

A. raya?
B. mase ade membe nak kahwin or nikah?
C. bile-bile pon boleh


Please wat reunion???
Kasi "bonding" skit...
eheheh...


Wednesday, November 9, 2011

Nostalgia zaman kanak-kanak

Hari ini, cerite hidup dipenuhi dengan korea dan korea. Mana tidaknya, dekat beberapa jam aku hanya mengadap channel KBS Worlds. Banyak juga rupanya cerita korea baru yang aku tak follow, al maklum lah bile di Puncak, susah untuk aku dapat peluang untuk melihat cerita korea. Lebih-lebih lagi kalo cerita korea yang bersiri tu alamat memang tak dapat la nak ikut. Dalam asyik melihat cerita korea je, aku tuko-tuko gak channel lain. Sempat lah aku melihat Maharaja Lawak Mega. So impress!! Agak menarik, walaupon sebelum ini aku rasa Maharaja Lawak Mega tak boleh tandingi Maharaja lawak. Apa yang sangat meningggalkan kesan bile melihat tarian Adlin Aman Ramli.. Superb ahh!!!..huuhuhu..

Ok, memang dah jauh aku melalut dari tajuk entry aku. Sebenarnya, aku nak kongsi kisah perjalanan aku hari ini. Hari ini aku dan(sempat) la keluo dari rumah nak mencari macam-macam barang le. Dalam banyak-banyak kedai yang aku singgah, aku terjumpe lah cekedis-cekedis.. So automatik perangai nak jadi macam budak-budak *actually aku bukan tua sangat lagi ok!!..haahha. So, tibe-tibe hati dan fikiran terkenang zaman kanak-kanak dahulu kala.. hahaahh... Teringat pule cekedis-cekedis zaman kanak-kanak aku yang susah gile aku nak dapatkan dan jumpe sekarang..



~Kek Hiro ~ mane nak dapat ni??~

Aku masih ingat lagi kek ni. Dulu mase aku kecik-kecik aku suke makan kek ni, dan aku pasti orang lain yang lebih kurang sebaya dengan aku pon mesti tahu punyelah kewujudan kek hiro ni... Aku teringat kat kek ni selepas aku menoton cerita korea kat KBS Worlds. So teringat zaman masa kecik-kecik dulu.Pantang je dengo bunyi hon motor cina o'on laju je berambat pergi kejo motor o'on tu sebab nak beli kek ni. Siap pandai hutang nih. aish.. Kanak-kanak ribena sangat masa tu.*aku lah yang paling kanak-kanak pon. Sies lidah terliur nak makan kek ni. Mane boleh dapatkan ek????. Automatic rindu kat cina o'on




~Cocoa ball~ susah gak nak cari bende alah ni dah.~

Ini pon antara salah satu cekedis yang susah nak cari dan daaptkan sekarang. Yelah , cubelah bezakan cekedis budak zaman sekarang dengan cekedis budak zaman dulu. Memang sangat le berbeza la kan???. Budak sekarang makan chocolate harga 3 hengget lebih keatas.  Makan cococrunch, kinder bueno, dan macam -mcam lagi lah yang hebat-hebat dan berkhasiat!  Budak dulu-dulu, cekedis 20 sen pon dah kire paling sedap. *huhuhuhu... dah itu je makanan yang paling sedap zaman kitaorang, tak banyak pilihan katakan..hehhe.


~ni gula-gula kenyal perasa buah!~


~Ni kire aku anggap nenek moyang smarties dan m&m ler~

Ha ni zamam dulu lagi dah ade. Jangan ingat smarties je ade. Harga coklat 8 ni 20 sen je dulu. Dulu kalau makan sampai habis lepas tu boleh wat MASK tau cekedis ni. Bertapa kreatifnye kami dahulu. huuhuh....


~Sekarang susah nak jumpe pizza yang nak beli tak payah beratur~

Dulu zaman kanak-kanak mane ade yang kenal sangat dengan PIZZA HUT, melainkan Pizza yang paling popular zamam dulu, ni la Pizzanye. 30 sen je satu harganye.. tengok sekarang? berdebok naik harganya. Susah gak nak cari Pizza ni. Kalau pergi supermarket beso pon belum tentu lagi kome boleh jumpe lah!!. 

 

~Permainan paling best zaman kanak-kanak~

Tora dan ding dang. Ini permainan wajib beli mase kecik-kecik dulu. takde lah mahal mane dalam 80 sen camtu. Sekarang dah naik RM1.20 sen kalau tak silap. huhuhu. Dalam kotak ni ade coklat dan juga permainan. Kire ni permainan paling murah la zaman kanak-kanak dulu.*bertapa bijak nye kanak-kanak zaman dulu save duit,tak membazir..hehehhe. 

Sekarang semua bende-bende ni memang sangat susah lah nak dijumpai. When u r lucky, baru lah boleh berjumpe. Senang cerita kalau pandai cari tempat yang masih menjual cekedis-cekedis ni, memang untunglah!. *huhuhu.. series rindu zaman kanak-kanak!!.


Sunday, November 6, 2011

Dari jauh, Salam AidilAdha

Minggu ini bermulanya cuti mid sem bagi budak-budak Universiti. Seminggu bagi aku cukup lama untuk yang sangat mahu merasai nikmat cuti selepas lelah mengadap quiz dan test. Hari ini pula merupakan Hari Raya Aidiladha atau ada juga orang panggil Hari Raya Qurban iaitu hari kebesaran bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Jadi excited juga nak ucap...........




Sedang sibuk semua orang pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta, aku pula terkandas di suatu tempat jauh dari pandangan keluarga. Kenapa? Mungkin pada dasarnya silap aku, kerna aku tak terpikir untuk bercuti memandangkan terlalu banyak kerja yang aku kena selesaikan terlebih dahulu. Sehingga aku tersedar aku tidak punya tiket untuk pulang ke kampung ketika semua kawan-kawan aku sebok untuk pulang ke kampung. Tetapi mungkin ada baiknya aku terkandas disini, sebab aku punya kerja untuk aku siapkan. Inilah korban yang perlu aku lakukan. Name pon raya qurban. 

Hati sedikit sebak, bila awal pagi menerima panggilan dari keluarga, bertanyakan khabar aku disini. Yelah, mane tidaknya. aku sahaja yang tidak ade dipagi raya. Mujur aku punya sedara mara disini. Jadi rayaku ditemani oleh kak bennie. Jadi aku tidak terasa sangat.

Bagi aku ini adalah pengorbanan yang perlu aku lakukan dan mungkin ini sesuatu yang perlu aku bayar untuk kertas kerja aku. Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan kerna Allah dan masa depan ku ini, diredhai olehNya. Aku sedikit pon tidak kisah, kalau ada yang cakap aku lebih mementingkan kerja aku macam aku sahaja yang ada kerja berbanding yang lain. Apa harus aku lakukan kalau itu sudah diletak diatas bahu ku untuk aku pikul? Dan itu juga aku ambil untuk aku korbankan perasaan marahku. Biarlah. Mungkin, mereka belum mengerti. 

Semoga kertas kerja aku diluluskan.. Amin...

Tuesday, November 1, 2011

Ikthilat: Jangan mudah berjanji.

Dear blog... terlalu lama tidak aku menekan papan kekunci ini untuk bercerita.. Mungkin boleh jadi hampir bersawang blog aku ini tidak ku jenguk..

Hari ini aku mahu berkisah tentang sebuah janji. Mungkin bukan sebuah, tetapi boleh jadi lebih dari itu. Dalam perhubungan dengan sesiapa pon sering kali kite mudah membuat janji. Ye lah mane tidaknye? Janji itu MODALnye hanya perlukan air liur. Tetapi sedar atau tidak ia kite buat melalui kerelaan dan kemahuan sang hati.

Kisahnya satu masa dahulu:

Masihkah kamu ingat janji kite untuk menjadi sahabat hingga ke mati?Mungkin kamu sudah terlupa.
Masihkah kamu ingat janji kite walau apapun yang terjadi, kite tetap akan jadi kawan? Mungkin kamu terlupa.
Masihkah kamu ingat janji kite, cume ade satu sama lain? Mungkin kamu sudah tidak mahu mengingat.
dan terlalu banyak janji yang kite cipta, sehingga satu saat ia hilang sekelip mata.
Mungkin janji itu sudah tidak pernah ada dalam memori kepala, namun tidak mengapa. Aku masih ingat.

Dan akhirnya, janji itu membuat aku yang terdera. Benar kata-kata.. Jangan mudah berjanji, kalau tidak mampu menepati. aku terdera, kerana tidak mampu menunaikan segala janji yang pernah dicipta.

Aku sama sekali tidak menyalahkan kamu, sebab aku pon ade salah. Tapi aku bersyukur, kerna janji-janji yang pernah dicipta,namun tidak diizinkan untuk aku menunaikan, memberi aku pengajaran bermakna...







Allah membuka mata dan hati aku supaya aku tidak berjanji untuk sesuatu yang belum pasti. Alhamdulillah..
Semoga tidak aku ulangi.. Tentang janji-janji kita dahulu, andai tidak ada peluang untuk aku tunaikan janji (mungkin tidak ada), aku mohon kamu memaafkan. Seperti aku memaafkan kamu..

Sahabat, berjanjilah sesuatu yang pasti, bukan sesuatu yang belum pasti menjadi realiti...=)