Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, November 9, 2011

Nostalgia zaman kanak-kanak

Hari ini, cerite hidup dipenuhi dengan korea dan korea. Mana tidaknya, dekat beberapa jam aku hanya mengadap channel KBS Worlds. Banyak juga rupanya cerita korea baru yang aku tak follow, al maklum lah bile di Puncak, susah untuk aku dapat peluang untuk melihat cerita korea. Lebih-lebih lagi kalo cerita korea yang bersiri tu alamat memang tak dapat la nak ikut. Dalam asyik melihat cerita korea je, aku tuko-tuko gak channel lain. Sempat lah aku melihat Maharaja Lawak Mega. So impress!! Agak menarik, walaupon sebelum ini aku rasa Maharaja Lawak Mega tak boleh tandingi Maharaja lawak. Apa yang sangat meningggalkan kesan bile melihat tarian Adlin Aman Ramli.. Superb ahh!!!..huuhuhu..

Ok, memang dah jauh aku melalut dari tajuk entry aku. Sebenarnya, aku nak kongsi kisah perjalanan aku hari ini. Hari ini aku dan(sempat) la keluo dari rumah nak mencari macam-macam barang le. Dalam banyak-banyak kedai yang aku singgah, aku terjumpe lah cekedis-cekedis.. So automatik perangai nak jadi macam budak-budak *actually aku bukan tua sangat lagi ok!!..haahha. So, tibe-tibe hati dan fikiran terkenang zaman kanak-kanak dahulu kala.. hahaahh... Teringat pule cekedis-cekedis zaman kanak-kanak aku yang susah gile aku nak dapatkan dan jumpe sekarang..



~Kek Hiro ~ mane nak dapat ni??~

Aku masih ingat lagi kek ni. Dulu mase aku kecik-kecik aku suke makan kek ni, dan aku pasti orang lain yang lebih kurang sebaya dengan aku pon mesti tahu punyelah kewujudan kek hiro ni... Aku teringat kat kek ni selepas aku menoton cerita korea kat KBS Worlds. So teringat zaman masa kecik-kecik dulu.Pantang je dengo bunyi hon motor cina o'on laju je berambat pergi kejo motor o'on tu sebab nak beli kek ni. Siap pandai hutang nih. aish.. Kanak-kanak ribena sangat masa tu.*aku lah yang paling kanak-kanak pon. Sies lidah terliur nak makan kek ni. Mane boleh dapatkan ek????. Automatic rindu kat cina o'on




~Cocoa ball~ susah gak nak cari bende alah ni dah.~

Ini pon antara salah satu cekedis yang susah nak cari dan daaptkan sekarang. Yelah , cubelah bezakan cekedis budak zaman sekarang dengan cekedis budak zaman dulu. Memang sangat le berbeza la kan???. Budak sekarang makan chocolate harga 3 hengget lebih keatas.  Makan cococrunch, kinder bueno, dan macam -mcam lagi lah yang hebat-hebat dan berkhasiat!  Budak dulu-dulu, cekedis 20 sen pon dah kire paling sedap. *huhuhuhu... dah itu je makanan yang paling sedap zaman kitaorang, tak banyak pilihan katakan..hehhe.


~ni gula-gula kenyal perasa buah!~


~Ni kire aku anggap nenek moyang smarties dan m&m ler~

Ha ni zamam dulu lagi dah ade. Jangan ingat smarties je ade. Harga coklat 8 ni 20 sen je dulu. Dulu kalau makan sampai habis lepas tu boleh wat MASK tau cekedis ni. Bertapa kreatifnye kami dahulu. huuhuh....


~Sekarang susah nak jumpe pizza yang nak beli tak payah beratur~

Dulu zaman kanak-kanak mane ade yang kenal sangat dengan PIZZA HUT, melainkan Pizza yang paling popular zamam dulu, ni la Pizzanye. 30 sen je satu harganye.. tengok sekarang? berdebok naik harganya. Susah gak nak cari Pizza ni. Kalau pergi supermarket beso pon belum tentu lagi kome boleh jumpe lah!!. 

 

~Permainan paling best zaman kanak-kanak~

Tora dan ding dang. Ini permainan wajib beli mase kecik-kecik dulu. takde lah mahal mane dalam 80 sen camtu. Sekarang dah naik RM1.20 sen kalau tak silap. huhuhu. Dalam kotak ni ade coklat dan juga permainan. Kire ni permainan paling murah la zaman kanak-kanak dulu.*bertapa bijak nye kanak-kanak zaman dulu save duit,tak membazir..hehehhe. 

Sekarang semua bende-bende ni memang sangat susah lah nak dijumpai. When u r lucky, baru lah boleh berjumpe. Senang cerita kalau pandai cari tempat yang masih menjual cekedis-cekedis ni, memang untunglah!. *huhuhu.. series rindu zaman kanak-kanak!!.


No comments:

Post a Comment