Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, December 31, 2011

Semalam, Kini menggamit Esok

Sedar tak sedar atau sedar tetapi buat-buat tak sedar hari ini bakal  ditinggalkan, dan hari ini bakal menggamit esok untuk tahun yang baru. Bermakna hari ini bakal ditinggalkan sebagai kenangan tahun yang akan berlalu. 365 hari dalam tahun 2011 sudah dilalui.

Diam tak diam, dalam setahun yang dilalui terlalu banyak yang perlu ditempuh. Baik yang menggembirakan hati, mahupun yang menyakitkan. Baik yang senang ataupun yang teramat susah untuk diteruskan. Samada yang menyenangkan mahupun kesusahan yang perlu ditelan.

Tahun 2011, bagi aku punya kisah sendiri. Punya cerita yang tak mungkin sama dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Semua kisah manusia berbeza bukan? Cuma terkadang jalan ceritanya sama, tetapi pengakhiran dan isinya mungkin tidak sama. Benarlah, Allah telah mangatur hidup kita dengan sebaiknya, cuma kita yang perlu bijak mengemudi jalan hidup kita untuk sampai ke destinasi yang terbaik atau tidak..

Namun, aku bersyukur di saat ini, aku masih mampu bernafas dibumi Allah yang aman damai. Aku masih bisa melalui dan menempuh hidup ini dengan sebaiknya, walaupon terkadang ada yang cuba menahan aku, menjatuhkan aku, dan terkadang membuat aku terasa untuk berhenti dari meneruskan perjalanan hidup ini. Bagi aku, Jika Allah adalah sebab untuk aku hidup, jadi untuk apa aku berputus asa.?



Aku merasa tahun 2011 yang bakal aku tinggalkan ini banyak mengajar aku erti kehidupan, Walaupun aku tahu masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Aku pelajari banyak dari kisahNya. Dari seseorang yang mungkin tidak mengerti erti ditinggalkan, aku belajar berdiri teguh manjadi seseorang yang boleh hidup tanpa bergantung kepada seseorang selain keluargaku. Dari seseorang yang selalu bersifat keanak-anakan, aku berubah untuk menjadi seorang anak yang matang yang boleh diharapkan. Dari seseorang yang agak kasar, aku cube berlembut*walaupon yang ini paling susah aku rase*  Dan aku belajar bagaimana untuk menjadi seseorang yang perlu mempertahankan dan menjaga keluarga aku dari segala perkara. Aku belajar memikul tanggungjawab.

Aku tidak belajar itu, dari diri sendiri. Aku belajar dari apa yang aku lihat, apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. Dan aku belajar dari dunia, Bukan dari dunia aku semata-mata. Tetapi aku belajar dari melihat dunia orang lain. Orang kata belajar lah dari pengalaman, namun tak semua pengalaman akan kamu rasai sendiri. Jadi aku tidak salah aku mengambil iktibar dari pengalaman orang lain. Itu juga belajar namanya.

Aku mula belajar dan mengambil iktibar dari kisah orang lain.Masih aku ingat, tahun 2011, tsunami melanda Jepun. Semua berkata Allah sedang murka. Namun aku masih melihat dan mendengar tentang kisah jahil nye manusia dalam mengenal cintaNYA.. Dimana kesedaran itu? Semakin kerap ku dengar tentang pembuangan bayi, Islam dipermainkan. Nauzubillah.. Allah sedang memberi  peringatan.

Namun dari Tsunami itu, aku mengagumi semangat yang ade pada rakyat Jepun. Dalam 3 hari mereka bisa membina negara semula. Tanpa memerlukan bantuan dari negara yang lain. They inspired me!..  Bisakah rakyat Malaysia juga seperti itu? sedang apa yang dapat aku lihat kerna nama politik, rakyatnya berbalah. Melayu berpecah belah. Moga ia tidak berterusan. Tanya lah diri sendiri.

Kalau mahu berkisah tentang segala yang terjadi, memang mana mungkin aku mampu berkisah. Namun apa yang diharap jangan apa yang jadi dilupakan. Tetapi dijadikan bimbingan untuk hari-hari depan.

Aku juga punya kisah yang menjadikan siapa aku pada hari ini. Aku menghargai hari-hari yang telah berlalu dalam hidup di tahun ini, dan cube menanam impian untuk hari-hari esok yang belum pasti aku bisa kecapi.

Kerna aku cukup mengerti bahawa semalam adalah sejarah yang tidak mungkin boleh aku pinda, esok pula adalah khayalan aku yang belum nyata, dan hari ini adalah penentu siapa aku disisNya.

Walaupon sudah hampir sebulan aku melangkah ke tahun baru kalendar islam, dan hari ini adalah hari terakhir bagi thun 2011, aku berharap tahun ini akan lebih terbaik dari tahun yang aku lalui sebelumnya. Satu yang aku harap supaya kedamaian negaraku dan keteguhan islam sentiasa terpelihara. Aku juga berharap aku mampu menjadi insan yang lebih baik untuk agamaku, dan juga keluargaku.

Selamat tinggal semalam, kerna aku sedap menggamit esok untuk kuteruskan hidupku dengan keredhaanya..InsyaAllah


Thursday, December 29, 2011

Berdebar menanti FINAL!!

Hari ini sudah hampir 5 hari aku bercuti untuk study week. Bermakna beberapa hari lagi tinggal untuk aku berada didalam dewan peperiksaan untuk FINAL EXAM sem 4 ni.. Dan itu juga bermakna telah aku lalui sem 4 yang penuh dengan cabaran bagi aku berbanding dengan sem-sem lepas.

Kire standard la kan bile naik sem baru je, makin banyak tekanan dan kepayahan yang perlu aku hadap kan? Dan sem ni pon bermula lambat gara-gara punya banyak masalah yang terjadi.. Ada juga assignment lagi seminggu nak habis sem baru aku dapat.. Tapi bagi aku dan kawan-kawan itu adalah cabaran. Cukup berterima kasih pada kawan-kawan dan terutamanya lecturer yang banyak beri bantuan an sokongan. Kadang-kadang ase nak menjerit gak kan bile dah bertimbun keje kene settlekan tapi bersyukur ada keluarga yang sentiasa memberi dorongan..

Sampai hari ni, mood study aku masih belum lagi nak datang. Baca buku pon belum nak masuk-masuk lagi. Kepala aku ni duk pikir nak buat je marathon tengok cerita korea yang bersepah depan mata aku nih. Tapi hati kate jangan. Minggu depan dah nak exam... Aisey. Kuatknalah daya minat aku nak baca buku nih...

Paper untuk sem ni sume berat aida oi!! bawak-bawak la insaf... Bawak-bawak le bukak buku... huhuhuhu.... So say lah selamat tinggal untuk dunia maya ni selam sebulan..  Kali ni aku pon nak gak rase cuba dapat kan dekan. Kali Allah izinkan, Kalo aku berkemahuan.. InsyaAllah.. 

Untuk inche yang selalu nak fight dengan saya setiap kali final exam.. Cepat-cepat lah sembuh yer n jangan lah nak menyerah je dengan paper inche.. Tak syok la kan nak fight dengan inche yang dah jadi pengalah sebelum berjuang.. Tak jantan langsung ok!! *ayat nak bako line je nih*.... Kepada inche office, silelah dengo cakap che event ni yer.. huhhhu....*cakap sengsoang lah aida*..

ok!! cukup lah tu... cakap pase exam lagi berdebo teman rase.. melalut tak tentu kire nih... Selamat tinggal blog ... bersawang lah dulu yer... sebulan kemudian, saya datang cuci..huhuhhuhu.. Doakan saya dapat dekan ye sem nih.. Amin..

Tuesday, December 20, 2011

Melewati isu AUKU.

AUKU- Akta Universiti dan Kolej Universiti. Isu ini bukanlah baru, tetapi mungkin agak sudah suam. Aku mengikuti isu ini, dan tertarik dengan "tukang-tukang sorak" yang mahu AUKU ini dimansuhkan. Aku cube ikut segala "isi hati" mahasiswa yang berpendapat mahu AUKU ini dimansuhkan.

Paling menjadi hangat, apabila keluarnya isu tentang seorang Mahasiswa UPSI, yang mencetuskan kontroversi bile menurunkan bendera Najib. Sejak dari itu timbul isu Panglima mahu meludah mahasiswa.

Jom kite cube ambil tahu siapa yang memperkenalkan  AUKU? AUKU adalah satu akta dimana telah diperkenalkan oleh TUN Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran. Kenapa AUKU diwujudkan dahulu? so mari petik kata-kata dari TUN sendiri :

 1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.


2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.
CREDIT TO: CHE DET blog.
Selepas membaca blog che det, aku pon pergilah melawat blog, youtube, dan isu yang berkaitan, dan aku melihat dan mendengar pandangan dari Mahasiswa yang tetibe hangat diperkata kan. Adam Ahmad, eh silap tu name penyanyi. Adam Adli sebenarnya. =)
Macam aku cakap tadi, die menjadi hangat apabila isu kelantangan dan keberanian die menurunkan bendera Najib. Di youtube, banyak video pasal dia nih.. Antaranya yang sempat aku luangkan masa untuk tengok:

Aku tersenyum ketika melihat video nih. Adam ni memang hebat. Lihat saja rakan-rakan yang bersama dia. Dan aku juga tersenyum melihat apa yang cuba disampaikan. Adam merasa terancam dengan apa yang diterima selepas kes turun bendera Najib. Bagi aku, die sebenarnya mungkin belum cukup berani (hebat). Sebab dia merasa terancam dengan Panglima, die terancam dengan komen dilaman sosial. Orang kata "berani buat, berani tanggung".. Jangan diikut hati muda sehingga lupe pesanan orang tua, "ikut hati mati, ikut rasa binasa"

Memang tidak salah untuk bersuara, tetapi bersuara lah dengan cara yang betul, berfikir sebelum bertindak. Walupun mahu mengikut idea reformasi sekalipon. Sebagai mahasiswa, itu agak memalukan. Seolah-olah tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu.

Sedikit sedih sebenarnya, apabila mendengar tentang Panglima (kalau benar seperti apa yang diperkatakan). Gara-gara AUKU, melayu berbalah. Berlawan-lawan. Ada cara yang lebih baik untuk menasihati atau menegur anak muda ini. Api jangan disimbah dengan api. Mengapa perlu mengugut sehingga hilang peradaban melayu?

Aku tidak menyebelahi mana pihak. Ini sekadar pada pandangan aku. Bukan tiada cara yang lebih baik, tapi entah mengapa anak muda sekarang lebih cenderung memilih cara DEMONTRASI JALANAN. Kenapa? lebih seronok ker cara itu? Kenapa tidak memilih untuk duduk berbincang? lebih aku rasa sedih apabile melihat video Diskusi Anak muda oleh Adam sendiri. Dalam video itu menyatakan bahawa, anak muda pencetus idealisme negara, dan contoh anak muda yang diberikan adalah pada zaman Pramerdeka ialah Dr Burhanuddin Helmi. 

Iya, aku akui anak muda pencetus idelisme untuk merdeka pada zaman Pramerdeka. Tetapi usaha untuk mendapatkan kemerdekaan bukan bermula dari zaman Pramerdeka! Padahal telah bermula beratus tahun yang lalu, setelah tanah melayu dijajah oleh Portugis. Barang diingat, jangan dilupa pada pejuang kemerdekaan dahulu sebelum zaman Pramerdeka! Jangan dilupa pada tokoh Merdeka seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap, Mat kilau dan banyak lagi.(Mereka pada era memperjuangkan kemerdekaan, bukanlah pada usia anak muda,sudah melangkau usia lebih 40an tetapi tetap berjuang demi negara dan bangsa). Mereka memulakan idea menuntut kemerdekaan bukan pada usia anak muda. Mungkin Anak muda terlupa, dan merasa bongkak. Tanpa anak muda, siapalah pengerak generasi akan datang? Jangan terlalu membangga diri jikalau merasa anak muda nadi negara. Memang ada benarnya, tetapi ingatlah tanpa "orang tua" mana mungkin ada anak muda. Tanpa yang lama mana mungkin ada yang baru.

Aku harap isu ini tidak menjadi penyakit dalam masyarakat. Berfikirlah demi bangsa, bukan demi kepentingan politik ataupon kepentingan dan kepuasan masing-masing. Akta yang telah dicipta, mungkin ada kebaikannya. Bak kata che det:

"Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri."

Jika tidak merasa begitu, che det juga berkata :

"Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU"

Jadi dimanakah bukti kedewasaan dan tanggungjawab itu wahai anak muda?? Tepuk dada, dan cari jawapannya.
Sekadar berkongsi pendapat.....




Monday, December 19, 2011

Sahabat sudah bergelar IBU.

Agak lama aku tidak melewati jari jemari aku di blog aku nih. Agak lama tidak bercerita dan berkisah sendiri. Bukan menghilang, tetapi tidak dapat melepaskan diri dari tugas hakiki sebagai seorang pelajar. Tetapi blogwalking selalu aku buat, cuma tidak mampu untuk meng"update" blog aku sehingga berusang... huhuuhu...

Dalam terlalu sibuk dengan assingment dan test,quiz segala. Aturan tidur aku juga turut tidak normal seperti biasa. Aku cuma tidur pada pukul 8 malam ke 9 malam sahaja, seterusnya terpaksa stay up hingga ke petang untuk tugasan. Al-maklum lah sudah hampir ke minggu terakhir sebelum cuti study week dan final exam untuk sem 4 nih. Sem nih aku rasa agak teruk dari sem-sem yang lalu.

*************************

Pagi Sabtu, 17dis..
Hari minggu kan seperti biasa, selepas subuh aku cuba stay up! Tapi tumpas pule hari tu. Aku hanya mampu bertahan sehingga 8.30 pagi je, kemudian tertido bersama nota dan lappy yang masih on. Tak sedo kan?*kononnye pelajar yang rajin lah ni!! haahha... Tetibe dalam baru nak meroloh tu, tetibe aku dapat mesej dari sahabat (aku boleh cam dari nada ringtone ynag aku dah setting) Aku dapat mesej dari Hidayah. Dia agak jarang mesej, sebab dah buzy dengan rumah tangga, dan aku pula dengan pelajaran. Kami memahami tugas hakiki masing-masing. So aku agak terkejut dapat mesej dari die (sebenonye bukan dari die, tapi suami dia) Aku dapat berita yang sahabat aku Hidayah sudah selamat melahirkan anak perempuan.

Terus aku terbangun dan melompat! *pergh macam aku pule yang dapat nih!!..hahaha.. Kalau boleh aku ak bagi tahu satu dunia. pasal dayah dah ade anak!! *over kau aida!! Takkan tak gembira kan bile dapat tahu sahabat yang masa zaman sekolah, dok mainn ngorat same-same, wat study group same-same dulu, sekarang dah punya anak! Dah dapat status ibu!!! pergh! Cepatnya masa berlalu, aku rasa baru semalam aku menjadi pengapit untuk perkahwinan die. Baru semalam aku dengan die same-same pergi dan balik sekolah bersama. huhuhu.. Sungguh aku tersedar, masa tak pernah menunggu, usia takkan pernah berhenti berganjak! Di usia 22 tahun, Hidayah sudah bergelar ibu! Aku pon!! tapi aku mama angkat kepada anak die ajelah.. hahahhah...

Alhamdulilllah, syukur. Allah selamatkan die dan anaknye. Sekarang dia sudah bergelar isteri dan juga ibu. Kata orang tiada apa yang lebih bahagia bagi seorang perempuan apabila dapat bergelar isteri dan ibu yang dapat melahirkan zuriatnya sendiri. (ayat seorang kawan, credit to Suhaibah). Aku sebagai sahabat, tumpang gembira dengan kelahiran anaknya. Aku tumpang bahagia melihat dia sudah punya keluarga sendiri. Antara kami, die terlebih awal bertemu jodoh. huhuhuhu. kami? Hanya Allah punya jawapannya. Dan aku percaya jodohku sudah tertulis di luh mahfuz. Jadi tidak perlu aku memikir dan bertanya siapa? *hahahahha.. dah berangan nih..

19dis.
Hari ini, awal-awal pagi lagi aku dapat mesej dari Hidayah. Teka mesej ape? Teka lah kalo terer!
Ok, tak payah teka, mesti le tak tahu kan? Hari ini aku dapat MMS gambo anak hidayah.  NUR ALYA IRDINA BT MOHD IZWAN. Sedapkan nama anaknya? Aku mintak izin nak jadi mak angkatnye... ahhahha..*berangan!.. tapi dayah kata kalo nak jadi mama angkat anak dia, kena ade papa nya juga? hhahhaha... ok, sape-sape nak jadi papa anak dayah sila lah yer? supaya aku boleh jadi mama angkat anak dayah... hahahhah... boleh ke macam tu?

Semoga ibu bapa muda ini,bahagia dalam melayari kehidupan berkeluarga. Amin..

Thursday, December 8, 2011

Heartache

I can't in your heart. why you don't know?
Don't tell my mind
Leaving only a small dream inside my heart that loved you
Why you easily left me
I going to try understand you now
I won't be able to love anyone else ever again
I'm locked inside this sadness that i'm getting used to

Maybe someday we'll see each other again
Before our memories fade away within sadness
No words or promise saying "i'll wait for you"
Will ever comfort my heart, my day are so painful




Leaving only a small dream inside my heart that loved you
Why you easily left me
I going to try understand you now
I won't be able to love anyone else ever again
I'm locked inside this sadness that i'm getting used to

Do i have to let you go like this?
I try to forget about you at a wordless beach, but
Inside my what was once a pure dream
You are countlessly painted
Until the day my breath stop,and my life ends
I'll forever keep you inside my heart

Leaving only a small dream inside my heart that loved you
Why you easily left me
I going to try understand you now
I won't be able to love anyone else ever again
I'm locked inside this sadness that i'm getting used to

~ This lyrics heartache from FT.ISLAND... do you have feel the same like this song? i already feel that..
But, i write this not for show what i'm feel right now.. just appreciate this beautiful song. love.FT.ISLAND~

Wednesday, December 7, 2011

Betul ke Cinta itu Buta??atau..

Tetibe, nak cakap pulak pase Cinta? Dah jatuh cinta untuk sekali lagi ke aku nih? owh no..no.. Sama sekali tidak dan karut!.. Aku nak cakap pase cinta, bukan sebab aku ni dah jatuh cinta, masuk mood cinta or sedang mencari cinta. hehehe.. Sebenarnya aku bercakap pase cinta, sebab aku sedang bertanya-tanya dalam kepala aku tentang "betul ke cinta tu buta? atau..... kita yang buta kerana cinta? *jeng-jeng ade yang terasa kah? 

Ok, sebelum nak puji or nak caci maki isu aku nih, elok le baca bagi berabih (habis slang perak) dulu, Ye dak? heheheh...

Aku bercakap mengenai isu yang betul ke cinta tu buta? atau manusia yang membutakan cinta? Aku bercakap mengenai ini, sebab beberapa hari yang lalu, aku ni antara orang yang suka stay lama-lama kat FB, bukan bersosial pon.. Sekadar melihat telatah, status baru rakan-rakan dan info terbaru. Dalam dok melayari satu persatu status yang di update. Aku terperasan lah dengan status seorang hamba Allah. Status nye berbaur putus cinta, sedih, kecewa dan terkadang ade menghamburkan persaaan marah. Aku terasa gatal gak jari nak bagi nasihat or komen kat status dia, tetapi memandangkan dia bukanlah terlalu rapat denagan aku. Jadi aku batalkan saja niat aku, dan fokus sahaja pada Assingnment* tak payah nak menyebok sangatlah aida..ayat sedapkan hati.

Nampak macam aku agak menyebok disitukan, tapi sebenonya aku prihatin dengan status kawan-kawan*sedapkan hati lagi. heehhe.. Dalam aku diamkan diri, setelah beberapa hari, aku nampak lah satu link yang di upload. Gambar kesan luka dia. Aku ingatkan dia jatuh ke, terkena pisau ke *berfikiran positif nih!.. Tapi melihat dari setiap komen yang aku baca respon dari kawan-kawan die, barulah aku faham bahawa kesan luka itu, die lakukan atas reason die stress sangat, Kata die, die takkan sakitkan orang yang buat dia stress tapi die plak lukakan diri dia. Aku just boleh geleng kepala lah..

Dan aku nampak kat sini, cinta tu tak buta. Tapi manusia yang buta kerana cinta. Sebab cinta, manusia tu sanggup je buat perkara yang bukan-bukan. Sanggup cederakan diri sendiri. Apa kes?!! *ok, teremosi pule..hehhe.. Memanglah stress kalau kita hilang or putus dengan orang yang kita cinta. Tapi pikirlah sikit, perlu ke kite cederakan diri kita, sedangkan orang yang kite cinta rileks je tak rase ape? Dia pon mungkin terasa sedih dengan perpisahan itu, tapi terpikir tak kenape di boleh je tempuh tanpa perlu lukakan diri die demi kite? 

Kalau ye pon stress, tak perlu wat kerja yang tak masuk akal tu. Aku pon pernah rasa, dan faham bile ditinggalkan. Banyak lagi cara nak release tension kan? Gunalah akal dan fikiran sikit. Kalau orang dah tak sudi, tak payahlah rosakkan diri sendiri. Awak lelaki!! 
Come on lah, hidup ni bukan untuk bercinta semata-mata, bukan unutk couple semata-mata, banyak lagi yang kita perlu kejar. Kalau ikut logik akal pon, tak semestinya kite couple dan bercinta dengan orang tu, kita akan  confirm jadi milik dia? Kan jodoh itu milik Allah. Kalau benar sayangkan seseorang, sayanglah ia seperti hanya sebanyak hujung kuku, jangan terlalu menyayangi seseorang memenuhi hati kamu.. Kerna sebanyak hujung kuku, walau dipotong tetap akan tumbuh rasa sayang itu, tetapi apabila menyayangi memenuhi hati, akan terasa sangat sakit bila mahu menghapuskan rasa yang sudah memenuhi hati.

Cinta itu tidak buta, kalau dilandaskan dengan fikiran dan redha illahi. Cinta itu tidak  menyakiti jika kamu tahu berbagi. *ok aku terjiwang lagi.. tapi betulkan?

So,pada yang bercinta. Sedarilah, jangan kamu lupa cinta illahi bila kamu mandapat cinta dari seorang yang bernama kekasih hati.. 

Tuesday, December 6, 2011

Nota Kecil buat ORYR


~sedang asyik menyelak diari zaman sekolahku, aku tersenyum membaca tulisan cakar ayam ku~

Sejak aku mengenal dunia, aku mengenal ramai insan disekelilingku.
Antara insan yang paling aku kagumi,
bukanlah tokoh-tokoh besar. 
Bukan juga insan terkenal.
Dia hanya insan biasa,
Tetapi dia menjadi tokoh paling hebat dihatiku.

Aku tahu aku sedikit degil, tatkala aku tidak mahu mendengar kata.
Tetapi, dia sentiasa sabar dalam mendidik ku,
Kerna baginya itu adalah tanggungjawab.
Seringkali aku dalam kebuntuan, dia tempat rujukan.
Seringkali dia tidak jemu-jemu menghiburkan hatiku.
Tidak sekali dia menjatuhkan semangatku dan yang lain
Mungkin aku bertuah, tidak pernah kulihat diwajahnya
Riak sedih bergundah gulana.
Seringkali yang kulihat, senyum dibibir tuanya
Semakin aku meningkat dewasa, semakin besar tanggungjawabnya.

Dia tidak pernah mengangkat tangan kepadaku dan yang lain
Sehingga dia benar-benar rasa itu perlu.
Aku bertuah! Kerna tersedar melalui "cuit" lembut dipipiku

Namun sehingga satu saat, sebakan ia buat aku terpana.
Sebak ia, menguatkan aku.
Hati seorang ayah mahu yang terbaik untuk anaknya,
Marah ayah tanda sayang,
Leter ayah tanda peduli,
Yang dilarang bukan kerna sebarang,
Yang tidak disokong bukan kerna mengongkong,

Katanya, tanggungjawabku belum berakhir.
Jangan kau pikir wahai anak, 
Dewasamu, seorang ayah tidak perlu melindungimu.
Jangan kau sombong wahai anak,
Dewasamu, tidak memerlukan ayah untuk bergantung,
Jangan kau meninggi diri wahai anak,
Tanpa ayah, kamu bisa berdiri.
Bisa menetu hidup sendiri.

Dan ketahuilah anak, tanggungjawabku akan habis.
Bukan ketika aku sudah tiada disini, 
Tetapi ketika kau aku serahkan kepada suamimu.
Tatkala kau masih tanggungjawabku,
Dosamu turut aku tanggung.

Disaat ini, aku tersedar.
Sedewasa mana aku, 
Sehebat mana aku, 
Aku bukan siapa-siapa 
Tanpa dia, yang menyayangi anaknya.