~sedang asyik menyelak diari zaman sekolahku, aku tersenyum membaca tulisan cakar ayam ku~
Sejak aku mengenal dunia, aku mengenal ramai insan disekelilingku.
Antara insan yang paling aku kagumi,
bukanlah tokoh-tokoh besar.
Bukan juga insan terkenal.
Dia hanya insan biasa,
Tetapi dia menjadi tokoh paling hebat dihatiku.
Aku tahu aku sedikit degil, tatkala aku tidak mahu mendengar kata.
Tetapi, dia sentiasa sabar dalam mendidik ku,
Kerna baginya itu adalah tanggungjawab.
Seringkali aku dalam kebuntuan, dia tempat rujukan.
Seringkali dia tidak jemu-jemu menghiburkan hatiku.
Tidak sekali dia menjatuhkan semangatku dan yang lain
Mungkin aku bertuah, tidak pernah kulihat diwajahnya
Riak sedih bergundah gulana.
Seringkali yang kulihat, senyum dibibir tuanya
Semakin aku meningkat dewasa, semakin besar tanggungjawabnya.
Dia tidak pernah mengangkat tangan kepadaku dan yang lain
Sehingga dia benar-benar rasa itu perlu.
Aku bertuah! Kerna tersedar melalui "cuit" lembut dipipiku
Namun sehingga satu saat, sebakan ia buat aku terpana.
Sebak ia, menguatkan aku.
Hati seorang ayah mahu yang terbaik untuk anaknya,
Marah ayah tanda sayang,
Leter ayah tanda peduli,
Yang dilarang bukan kerna sebarang,
Yang tidak disokong bukan kerna mengongkong,
Katanya, tanggungjawabku belum berakhir.
Jangan kau pikir wahai anak,
Dewasamu, seorang ayah tidak perlu melindungimu.
Jangan kau sombong wahai anak,
Dewasamu, tidak memerlukan ayah untuk bergantung,
Jangan kau meninggi diri wahai anak,
Tanpa ayah, kamu bisa berdiri.
Bisa menetu hidup sendiri.
Dan ketahuilah anak, tanggungjawabku akan habis.
Bukan ketika aku sudah tiada disini,
Tetapi ketika kau aku serahkan kepada suamimu.
Tatkala kau masih tanggungjawabku,
Dosamu turut aku tanggung.
Disaat ini, aku tersedar.
Sedewasa mana aku,
Sehebat mana aku,
Aku bukan siapa-siapa
Tanpa dia, yang menyayangi anaknya.
No comments:
Post a Comment