Ok, sebelum nak puji or nak caci maki isu aku nih, elok le baca bagi berabih (habis slang perak) dulu, Ye dak? heheheh...
Aku bercakap mengenai isu yang betul ke cinta tu buta? atau manusia yang membutakan cinta? Aku bercakap mengenai ini, sebab beberapa hari yang lalu, aku ni antara orang yang suka stay lama-lama kat FB, bukan bersosial pon.. Sekadar melihat telatah, status baru rakan-rakan dan info terbaru. Dalam dok melayari satu persatu status yang di update. Aku terperasan lah dengan status seorang hamba Allah. Status nye berbaur putus cinta, sedih, kecewa dan terkadang ade menghamburkan persaaan marah. Aku terasa gatal gak jari nak bagi nasihat or komen kat status dia, tetapi memandangkan dia bukanlah terlalu rapat denagan aku. Jadi aku batalkan saja niat aku, dan fokus sahaja pada Assingnment* tak payah nak menyebok sangatlah aida..ayat sedapkan hati.
Nampak macam aku agak menyebok disitukan, tapi sebenonya aku prihatin dengan status kawan-kawan*sedapkan hati lagi. heehhe.. Dalam aku diamkan diri, setelah beberapa hari, aku nampak lah satu link yang di upload. Gambar kesan luka dia. Aku ingatkan dia jatuh ke, terkena pisau ke *berfikiran positif nih!.. Tapi melihat dari setiap komen yang aku baca respon dari kawan-kawan die, barulah aku faham bahawa kesan luka itu, die lakukan atas reason die stress sangat, Kata die, die takkan sakitkan orang yang buat dia stress tapi die plak lukakan diri dia. Aku just boleh geleng kepala lah..
Dan aku nampak kat sini, cinta tu tak buta. Tapi manusia yang buta kerana cinta. Sebab cinta, manusia tu sanggup je buat perkara yang bukan-bukan. Sanggup cederakan diri sendiri. Apa kes?!! *ok, teremosi pule..hehhe.. Memanglah stress kalau kita hilang or putus dengan orang yang kita cinta. Tapi pikirlah sikit, perlu ke kite cederakan diri kita, sedangkan orang yang kite cinta rileks je tak rase ape? Dia pon mungkin terasa sedih dengan perpisahan itu, tapi terpikir tak kenape di boleh je tempuh tanpa perlu lukakan diri die demi kite?
Kalau ye pon stress, tak perlu wat kerja yang tak masuk akal tu. Aku pon pernah rasa, dan faham bile ditinggalkan. Banyak lagi cara nak release tension kan? Gunalah akal dan fikiran sikit. Kalau orang dah tak sudi, tak payahlah rosakkan diri sendiri. Awak lelaki!!
Come on lah, hidup ni bukan untuk bercinta semata-mata, bukan unutk couple semata-mata, banyak lagi yang kita perlu kejar. Kalau ikut logik akal pon, tak semestinya kite couple dan bercinta dengan orang tu, kita akan confirm jadi milik dia? Kan jodoh itu milik Allah. Kalau benar sayangkan seseorang, sayanglah ia seperti hanya sebanyak hujung kuku, jangan terlalu menyayangi seseorang memenuhi hati kamu.. Kerna sebanyak hujung kuku, walau dipotong tetap akan tumbuh rasa sayang itu, tetapi apabila menyayangi memenuhi hati, akan terasa sangat sakit bila mahu menghapuskan rasa yang sudah memenuhi hati.
Cinta itu tidak buta, kalau dilandaskan dengan fikiran dan redha illahi. Cinta itu tidak menyakiti jika kamu tahu berbagi. *ok aku terjiwang lagi.. tapi betulkan?
So,pada yang bercinta. Sedarilah, jangan kamu lupa cinta illahi bila kamu mandapat cinta dari seorang yang bernama kekasih hati..
No comments:
Post a Comment