Dalam terlalu sibuk dengan assingment dan test,quiz segala. Aturan tidur aku juga turut tidak normal seperti biasa. Aku cuma tidur pada pukul 8 malam ke 9 malam sahaja, seterusnya terpaksa stay up hingga ke petang untuk tugasan. Al-maklum lah sudah hampir ke minggu terakhir sebelum cuti study week dan final exam untuk sem 4 nih. Sem nih aku rasa agak teruk dari sem-sem yang lalu.
*************************
Pagi Sabtu, 17dis..
Hari minggu kan seperti biasa, selepas subuh aku cuba stay up! Tapi tumpas pule hari tu. Aku hanya mampu bertahan sehingga 8.30 pagi je, kemudian tertido bersama nota dan lappy yang masih on. Tak sedo kan?*kononnye pelajar yang rajin lah ni!! haahha... Tetibe dalam baru nak meroloh tu, tetibe aku dapat mesej dari sahabat (aku boleh cam dari nada ringtone ynag aku dah setting) Aku dapat mesej dari Hidayah. Dia agak jarang mesej, sebab dah buzy dengan rumah tangga, dan aku pula dengan pelajaran. Kami memahami tugas hakiki masing-masing. So aku agak terkejut dapat mesej dari die (sebenonye bukan dari die, tapi suami dia) Aku dapat berita yang sahabat aku Hidayah sudah selamat melahirkan anak perempuan.
Terus aku terbangun dan melompat! *pergh macam aku pule yang dapat nih!!..hahaha.. Kalau boleh aku ak bagi tahu satu dunia. pasal dayah dah ade anak!! *over kau aida!! Takkan tak gembira kan bile dapat tahu sahabat yang masa zaman sekolah, dok mainn ngorat same-same, wat study group same-same dulu, sekarang dah punya anak! Dah dapat status ibu!!! pergh! Cepatnya masa berlalu, aku rasa baru semalam aku menjadi pengapit untuk perkahwinan die. Baru semalam aku dengan die same-same pergi dan balik sekolah bersama. huhuhu.. Sungguh aku tersedar, masa tak pernah menunggu, usia takkan pernah berhenti berganjak! Di usia 22 tahun, Hidayah sudah bergelar ibu! Aku pon!! tapi aku mama angkat kepada anak die ajelah.. hahahhah...
Alhamdulilllah, syukur. Allah selamatkan die dan anaknye. Sekarang dia sudah bergelar isteri dan juga ibu. Kata orang tiada apa yang lebih bahagia bagi seorang perempuan apabila dapat bergelar isteri dan ibu yang dapat melahirkan zuriatnya sendiri. (ayat seorang kawan, credit to Suhaibah). Aku sebagai sahabat, tumpang gembira dengan kelahiran anaknya. Aku tumpang bahagia melihat dia sudah punya keluarga sendiri. Antara kami, die terlebih awal bertemu jodoh. huhuhuhu. kami? Hanya Allah punya jawapannya. Dan aku percaya jodohku sudah tertulis di luh mahfuz. Jadi tidak perlu aku memikir dan bertanya siapa? *hahahahha.. dah berangan nih..
19dis.
Hari ini, awal-awal pagi lagi aku dapat mesej dari Hidayah. Teka mesej ape? Teka lah kalo terer!
Ok, tak payah teka, mesti le tak tahu kan? Hari ini aku dapat MMS gambo anak hidayah. NUR ALYA IRDINA BT MOHD IZWAN. Sedapkan nama anaknya? Aku mintak izin nak jadi mak angkatnye... ahhahha..*berangan!.. tapi dayah kata kalo nak jadi mama angkat anak dia, kena ade papa nya juga? hhahhaha... ok, sape-sape nak jadi papa anak dayah sila lah yer? supaya aku boleh jadi mama angkat anak dayah... hahahhah... boleh ke macam tu?
Semoga ibu bapa muda ini,bahagia dalam melayari kehidupan berkeluarga. Amin..
tq... nnt boleh suh die amalkan..huhuh
ReplyDelete