Paling menjadi hangat, apabila keluarnya isu tentang seorang Mahasiswa UPSI, yang mencetuskan kontroversi bile menurunkan bendera Najib. Sejak dari itu timbul isu Panglima mahu meludah mahasiswa.
Jom kite cube ambil tahu siapa yang memperkenalkan AUKU? AUKU adalah satu akta dimana telah diperkenalkan oleh TUN Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran. Kenapa AUKU diwujudkan dahulu? so mari petik kata-kata dari TUN sendiri :
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.
2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.
3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.
4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.
5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.
6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.
7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.
8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.
9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.
10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.
11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.
12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.
CREDIT TO: CHE DET blog.
Selepas membaca blog che det, aku pon pergilah melawat blog, youtube, dan isu yang berkaitan, dan aku melihat dan mendengar pandangan dari Mahasiswa yang tetibe hangat diperkata kan. Adam Ahmad, eh silap tu name penyanyi. Adam Adli sebenarnya. =)
Macam aku cakap tadi, die menjadi hangat apabila isu kelantangan dan keberanian die menurunkan bendera Najib. Di youtube, banyak video pasal dia nih.. Antaranya yang sempat aku luangkan masa untuk tengok:
Aku tersenyum ketika melihat video nih. Adam ni memang hebat. Lihat saja rakan-rakan yang bersama dia. Dan aku juga tersenyum melihat apa yang cuba disampaikan. Adam merasa terancam dengan apa yang diterima selepas kes turun bendera Najib. Bagi aku, die sebenarnya mungkin belum cukup berani (hebat). Sebab dia merasa terancam dengan Panglima, die terancam dengan komen dilaman sosial. Orang kata "berani buat, berani tanggung".. Jangan diikut hati muda sehingga lupe pesanan orang tua, "ikut hati mati, ikut rasa binasa"
Memang tidak salah untuk bersuara, tetapi bersuara lah dengan cara yang betul, berfikir sebelum bertindak. Walupun mahu mengikut idea reformasi sekalipon. Sebagai mahasiswa, itu agak memalukan. Seolah-olah tidak berfikir panjang untuk melakukan sesuatu.
Sedikit sedih sebenarnya, apabila mendengar tentang Panglima (kalau benar seperti apa yang diperkatakan). Gara-gara AUKU, melayu berbalah. Berlawan-lawan. Ada cara yang lebih baik untuk menasihati atau menegur anak muda ini. Api jangan disimbah dengan api. Mengapa perlu mengugut sehingga hilang peradaban melayu?
Aku tidak menyebelahi mana pihak. Ini sekadar pada pandangan aku. Bukan tiada cara yang lebih baik, tapi entah mengapa anak muda sekarang lebih cenderung memilih cara DEMONTRASI JALANAN. Kenapa? lebih seronok ker cara itu? Kenapa tidak memilih untuk duduk berbincang? lebih aku rasa sedih apabile melihat video Diskusi Anak muda oleh Adam sendiri. Dalam video itu menyatakan bahawa, anak muda pencetus idealisme negara, dan contoh anak muda yang diberikan adalah pada zaman Pramerdeka ialah Dr Burhanuddin Helmi.
Iya, aku akui anak muda pencetus idelisme untuk merdeka pada zaman Pramerdeka. Tetapi usaha untuk mendapatkan kemerdekaan bukan bermula dari zaman Pramerdeka! Padahal telah bermula beratus tahun yang lalu, setelah tanah melayu dijajah oleh Portugis. Barang diingat, jangan dilupa pada pejuang kemerdekaan dahulu sebelum zaman Pramerdeka! Jangan dilupa pada tokoh Merdeka seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap, Mat kilau dan banyak lagi.(Mereka pada era memperjuangkan kemerdekaan, bukanlah pada usia anak muda,sudah melangkau usia lebih 40an tetapi tetap berjuang demi negara dan bangsa). Mereka memulakan idea menuntut kemerdekaan bukan pada usia anak muda. Mungkin Anak muda terlupa, dan merasa bongkak. Tanpa anak muda, siapalah pengerak generasi akan datang? Jangan terlalu membangga diri jikalau merasa anak muda nadi negara. Memang ada benarnya, tetapi ingatlah tanpa "orang tua" mana mungkin ada anak muda. Tanpa yang lama mana mungkin ada yang baru.
Aku harap isu ini tidak menjadi penyakit dalam masyarakat. Berfikirlah demi bangsa, bukan demi kepentingan politik ataupon kepentingan dan kepuasan masing-masing. Akta yang telah dicipta, mungkin ada kebaikannya. Bak kata che det:
"Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri."
Jika tidak merasa begitu, che det juga berkata :
"Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU"
Jadi dimanakah bukti kedewasaan dan tanggungjawab itu wahai anak muda?? Tepuk dada, dan cari jawapannya.
Sekadar berkongsi pendapat.....
No comments:
Post a Comment