Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Sunday, November 6, 2011

Dari jauh, Salam AidilAdha

Minggu ini bermulanya cuti mid sem bagi budak-budak Universiti. Seminggu bagi aku cukup lama untuk yang sangat mahu merasai nikmat cuti selepas lelah mengadap quiz dan test. Hari ini pula merupakan Hari Raya Aidiladha atau ada juga orang panggil Hari Raya Qurban iaitu hari kebesaran bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Jadi excited juga nak ucap...........




Sedang sibuk semua orang pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidiladha bersama keluarga tercinta, aku pula terkandas di suatu tempat jauh dari pandangan keluarga. Kenapa? Mungkin pada dasarnya silap aku, kerna aku tak terpikir untuk bercuti memandangkan terlalu banyak kerja yang aku kena selesaikan terlebih dahulu. Sehingga aku tersedar aku tidak punya tiket untuk pulang ke kampung ketika semua kawan-kawan aku sebok untuk pulang ke kampung. Tetapi mungkin ada baiknya aku terkandas disini, sebab aku punya kerja untuk aku siapkan. Inilah korban yang perlu aku lakukan. Name pon raya qurban. 

Hati sedikit sebak, bila awal pagi menerima panggilan dari keluarga, bertanyakan khabar aku disini. Yelah, mane tidaknya. aku sahaja yang tidak ade dipagi raya. Mujur aku punya sedara mara disini. Jadi rayaku ditemani oleh kak bennie. Jadi aku tidak terasa sangat.

Bagi aku ini adalah pengorbanan yang perlu aku lakukan dan mungkin ini sesuatu yang perlu aku bayar untuk kertas kerja aku. Mudah-mudahan pengorbanan yang aku lakukan kerna Allah dan masa depan ku ini, diredhai olehNya. Aku sedikit pon tidak kisah, kalau ada yang cakap aku lebih mementingkan kerja aku macam aku sahaja yang ada kerja berbanding yang lain. Apa harus aku lakukan kalau itu sudah diletak diatas bahu ku untuk aku pikul? Dan itu juga aku ambil untuk aku korbankan perasaan marahku. Biarlah. Mungkin, mereka belum mengerti. 

Semoga kertas kerja aku diluluskan.. Amin...

No comments:

Post a Comment