Alhamdulillah, Hari ini sudah pon 1 Syawal. Bermakna sudah selesai persinggahan Ramadhan yang sangat indah. Sedar tak sedar cepat sahaja masa berlalu. 30 hari untuk Ramadhan pada tahun ini seperti terlalu cepat beredar. Dan Ramadhan kali ini lebih dirasai dan memberi makna dan kesedaran kepada aku dan aku percaya semua orang pon merasakan ia nya seperti itu kan?
Sekarang, ia ketika aku menaip ni sudah pon 1 Syawal. Raya kali ini, harap akan jadi lebih meriah. Walaupon aku kurang merasai "kemahuan" beraya itu ada. Raya itu kemenangan bagi orang muslim, jadi ia tetap akan diraikan.
So, aku tak pasti apa yang akan dilakar untuk raya kali ini, tapi aku cuma nak kongsi malam raya aku. Malam raya, aktiviti biasa yang selalu buat pastilah berjalan di bazar. Kali ni bazar di Kuala Kangsar dah macam Jalan TAR je versi Kuala Kangsar. *boleh macamtu?*. Bukan nak beli barang sangat pon, aje gemo nak merasa suasana sesak larat tu, walaupon kalau diikutkan itu tempat rope tu lah yang selalu aku elak.
Apa yang paling best tahun ni derita malam raya aku mungkin akan jadi aktiviti wajib raya akan datang. *dah jumpa insetif baru*. Kenapa dan sebab apa? Yelah, kalau malam raya, mungkin ramai yang kalau boleh nak tido awal sebab tak sabar nak bangun awal untuk persiapan raya pada keesokkannya. Tapi berbeza bagi aku dan mungkin ornag sekitar kawasan rumah aku. Sebab apa? Bukan sebab sahaja aku tak nak tido kerana... Amboi dah macam niat sesaja tak nak tidor kan. Walhal sebenarnya ade reaon kaut kenapa aku tak boleh tido. Semuanya sebab dentuman meriam Kg. Talang.
Bagi orang kuala kangsar, atau mungkin orang kebanyakkan orang Perak sudah tahu kisah meriam Kg Talang. Dan ari ni aku rasa seluruh Malaysia mungkin sudah tahu, sebab keraian ini telah dipaparkan di media massa. Pergh! kire hebat lah kan orang kg Talang. Famous gitu. Bunyi meriam Kg.Talang ni bukan bunyi meriam biasa, tapi memang tersangatlah kuat berdentumnya. Mana tidaknya, meriam Kg. Talang bukan meriam buluh biasa, tapi meriam besi. Percaya tak? So cuba bayangkan tahap bunyi yang dihasilkan? Kira logiklah kalau tak boleh nak tido sebab dentuman meriam ini akan berlarutan sehingga ke subuh.
Disebabkan kerana tak mampu tidolah, tahun ni bertekad nak pergi tengok dengan mata , nak pergi dengar dengan telinga dan nak rasa lonjakan adrenalin yang dapat dihasilkan bila berada di kawasan permainan meriam tu. Dan hajat tercapai walaupon kali pertama sejak dilahirkan baru tengok meriam besi ni. Kesian sangat aku ni.. *ok, dan aku dah terlebih cakap pasal meriam, nampak "perak sangat" kat situ*
Walau ,mcam mana pon. Malam raya sekarang tetap tak dapat tanding malam raya zaman kanak-kanak tak cukup akal dulu. Zaman tu tetap jadi zaman paling 'awesome' bagi aku. Zaman dimana hanya tahu rasa 'excited' nak raya, zaman pasang panjut dan main mercun dengan kawan-kawan. Walaupon mercun tak setanding meriam bunyinya, tapi kegembiraan yang ada bersama dengan kawan-kawan tu lebih bernilai. Now, semua dah besar. Mercun hanya dipandang sepi. Teknologi menguasai bile hanya elektronik pintar di jari.
Nampak kan? Malam terakhir ramadhan yang hilang. Hilang kerana ia tidak sama seperti dulu....
mood: Apapun, aku tetap bangga dengan tradisi Meriam Kg. Talang :)
No comments:
Post a Comment