Benarlah kata orang, perubahan itu tak semudah petik suis lampu! Hari ini kali kedua aku jejakkan kaki aku ke Terminal Puduraya. Memang gah dari jauh! Terbit sedikit bangga dengan perubahan yang dilakukan, kalau nak dibanding dengan Terminal Puduraya pada masa lepas, memang jauh beza. Siapa yang pernah jejak kaki ke terminal ini sebelum ia diubah fasilitinye menjadi lebih baik pasti setuju dengan aku. Bahawa, perubahan ia memang jauh berbeza.
Namun, dalam perubahan wajah Terminal Puduraya, jangan cepat percaya pada rupanya. Bukanlah aku nak menjatuhkan atau apa, tapi hakikat ini yang perlu diterima. Perjalanan singkat ke Puduraya, aku melihat keliling ku dipenuhi manuasia yang cara percakapan mungkin berbeza bunyinya dari aku. Aku lihat wajah mereka lebih ramai dari wajah Malaysia. Itu masih persekitaran Puduraya yang masih tidak berubah. Rakyat asing disetiap penjuru. Ade rase cuak sedikit dalam diriku, tapi seperti biase "control macho".
Jalan Puduraya, tidak pernah sunyi dengan kenderaan. Kalau mahu uji kesabaran dalam pemanduan, inilah tempatnya. Seriously, tak tipu. Sepajang jalan, jangan terkejut kalau tetibe mase "on the move", ade orang melintas jalan secara mengejut,atau teksi dan bas tetibe masuk ke lane anda! So, kecekapan mengawal break sangat diperlukan semasa memandu. Dan jangan terkejut kalau seperti ade pesta HORN disitu.
Itu persekitaran dan budaya sebelum memasuki Terminal Puduraya, jadi ia macam umpama terkena sedikit shock electric la. Apa yang lebih mengejutkan, terjadi selepas memasuki Terminal Puduraya tersebut. Belum jejak kaki lagi dekat escalator untuk memasuki terminal tu, sudah ade "ulat tiket" yang buat salam pembuka bicara. Itu perkara biasa bagi aku, dan aku berfikiran itu hanya terjadi diluar Terminal tu. Ok! aku consider seperti itu sajelah.
Setelah memasuki Terminal Pudu yang dikatakan mempunyai fasiliti yang baik, aircond disediakakn didalamnya dan berbagai lagi. Aku akui, fasilitinya memang cantik! Tapi setelah sepuluh minit didalam terminal tu, aku mula merasa bahang, air cond tak berfungsi atau cuaca memang membahang? aku consider cuaca memang panas. Kembali kepada tujuan asal mahu membeli tiket, aku dikejutkan lagi dengan watak dan suasana yang sama! Abang panjual tiket.
Aku mungkin tidak kisah kalau "abang penjual tiket" sekadar mendekati dan bertanya tentang tiket. Sebab itu memang budaya disitu, tetapi apa yang menyedihkan bile ayat yang kurang ajar sepeti "biasalah!,orang melayu. Susah sikit!!" ini yang keluar dari mulut dia selepas kami mennyatakan untuk mencari tiket di kaunter terlebih dahulu. Ayat itu ditujukan khas buat aku dan cousin gara-gara mengelak dari membeli tiket dari dia. Sungguh biadap! Bercakap tentang "melayu",tapi yang bercakap sendiri orang melayu. Mungkin itu budaya mereka. Namun budaya merebut pelanggan dan memanggil pelanggan dari jauh, bukan lah hanya setakat di kaunter pembelian tiket rupanya, waima hendak mencari makanan di medan selera Terminal Puduraya pon, budaya merebut pelanggan masih ada.
Aku termenung seketika memandang jauh suasana Puduraya. Aku akui terminal ini gah dengan perubahan fasiliti indah, tetapi tidak pada minda dan budayanya. Mungkin kita berjaya mengubah fasiliti dan rupa, tetapi tidak pada budaya dan minda asal Puduraya.
Benarlah kata pujangga, "Untuk mengubah dunia, kita perlu mengubah manusia". Dan dari situ aku nampak, perubahan itu perlu mula dari diri sendiri. Aku bukan mahu manjatuhkan, tapi aku juga cuba mengubah minda aku untuk percaya bahawa Puduraya yang Baru, bukan Puduraya yang Lalu.
maaf jika khilaf.
No comments:
Post a Comment