~antara kandungan tuntutan BERSIH 3.0~
Aku tidak salahkan mereka yang berbaju kuning yang mahu menyuarakan pendapat mereka. Mereka berhak! Mungkin benar, pada mereka itulah cara paling terbaik untuk mereka menyuarakan apa yang mereka kehendaki. Tapi, perlu diingat, cara yang mereka gunakan ada natijah yang bakal muncul. Memang benar, tiada siapa boleh menjangka atau kawal apa yang bakal jadi, tetapi kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir dan melihat dari peristiwa lepas. Jadi kenapa kite perlu ulang perkara yang dah pon terjadi? Yang kita sudah tahu, bahawa perhimpunan dan demonstrasi itu banyak membawa keburukan dari kebaikan. Adakah kite mudah lupa. Oh! mungkinlah benar kata Tun Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".
Aku akui, aku tidak berada di tapak orang berbaju kuning berkumpul. Aku tidak melihat dari mata dan kepala aku sendiri. Aku hanya cuma melihat dari jauh, dari laporan berita, dari youtube, dari laman blog dan dari segala sumber yang mencerita kan kisah BERSIH 3.0. Dari apa yang aku lihat, dengar dan baca. Aku percaya setiap orang punya pendapat dan ideologi masing-masing. Aku juga punya pendapat aku sendiri.
Aku hanya mahasiswa biasa yang sangat cetek dan mentah tentang POLITIK. Tapi, aku rasa aku juga boleh berfikir dan ada pendapat sendiri. Apa yang aku lihat dari BERSIH 3.0 ini, aku melihat bangsa melayu ku yang bakal membunuh bangsaku sendiri. Aku jadi sedih, bila melihat kelibat puluhan ribu melayu berlawan dengan melayu. Aku melihat perpecahan melayu itu, walaupon ape yang sedang ditunjukkan adalah sejumlah besar melayu sedang bersatu dengan pakaian kuning.
Kita punya hak bersuara. tapi bila cara penyampaiannya salah, berfungsi dan berhasilkah hak bersuara itu? Bila cara bersuara kita, pada akhirnya mengugat keselamatan negara, merosakkan harta benda. Bila mahu pertahankan hak bersuara kita, kita sanggup bergaduh, sanggup merosakkan segalanya, sanggup menggunakan ISLAM sebagai alat? Adakah ISLAM itu mengajar kita untuk memperjuangakan hak dengan cara memusnahkan harta benda, menyakiti orang lain, dan membelasah saudara sesama Islam kamu sendiri?
Lebih menyedihkan, majoriti pengikut BERSIH adalah orang melayu Islam, tapi diterajui oleh seorang yang bukan berbangsa melayu dan Islam. Inilah silapnya. Aku bukan bertidak racist disini, tapi aku melihat apa yang diperjuangkan oleh beliau! Beliau orang yang sudah secara terang-terangan mahu menjatuhkan Islam. Mahu meranapkan Islam. Aku jadi hairan, bagaimana bangsaku yang beragama Islam, tegar menjadi pengikutnye demi kepentingan politik semata-mata.
Bila melihatkan pergelutan antara orang-orang yang menyertai BERSIH 3.0 dan Polis, aku juga punya rasa kesal dengan Polis, tapi kalau hendak dikatakan Polis itu salah, mereka hanya menjalankan amanah mereka mempertahankan negara. Itu tugas hakiki mereka,walau pada dasar tindakannya, mungkin kita tidak jangka untuk mereka berhadapan seperti itu dengan sesetengah ahli BERSIH yang merusuh, kita merasakan itu mungkin tidak patut berlaku. Tetapi itulah yang berlaku. Polis secara terang-terang sudah tentu menjalankan tugas hakiki mereka, bagaimana pula dengan ahli BERSIH? Bila perkara ini terjadi, aku yakin! semua jari mahu menunding dan menyalahkan pihak Polis, tetapi sedarkah mereka Polis hanya bertindak mengikut arahan dan itu sudah tugasnya.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan aku. Aku yakin masing-masing punya pandangan dan pemikiran tersendiri tentang peristiwa BERSIH 3.0 ini. Ini sekadar pandangan aku yang terlalu mentah atau mungkin tidak tahu apa-apa tentang BERSIH 3.0 dan POLITIK. Ideologi kita mungkin berbeza. Aku tidak menyokong BERSIH bukan kerna aku meyebelahi kerajaan atau anti pembangkang, tapi aku oranag yang tidak suka pada pergaduhan dan kekecohan yang pada akhirnya bakal mengugat negara sendiri, bakal mengadai bangsa dan agama sendiri. Aku tidak mahu lagi merasai peristiwa 13 Mei berlaku lagi. Kemerdekaan itu bukan mudah dicapai, tetapi untuk mempertahankannya amatlah susah. Jadi, aku sebolehnya mahu mempertahankan apa yang telah aku,kamu , dan kalian kecapi dari pejuang bangsa yang lalu untuk diwariskan kepada anak-anak cucu kita pada masa akan datang.
Kepercayaan tanpa rasional~ BUTA
Rasional tanpa kepercayaan~ KONTANG
Aku,
Pencinta Keamanan, Agama dan Bangsa.
No comments:
Post a Comment