Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Thursday, June 7, 2012

Instagram Dan Kamera Digital EOS 1100D

Instagram. Apa itu instagram? Telegram aku tahulah. Sebab dulu-dulu selalu tengok cerita P.Ramlee ade sebut pasal telegram. Ade kene-ngene ke??. Sebenarnya Instagram bukanlah satu fenomena baru, tapi dah lama dah melanda dunia teknologi gadget seluruh dunia. Aku ni antara orang yang baru terkena atau didedahkan dengan Instagram. Bermula dari mendownload je sebarang application baru yang ade di Android Mobile Market,(pantang nampak yang berkaitan kamera, terus nak download aku ni!), so bermulalah explore mengenai Instagram.

Kepada pencinta gadget dan fotografi, aku percaya sudah sangat terdedah dengan application Instagram ni. Dan percaya tak kalau dikatakan terlalu banyak yang aku lihat hasil gambar yang sangat cantik menarik dari kawan-kawan aku yang pakai Instagram, tapi memang tak boleh lawan la INSTAGRAM punye hasilan gambar sendiri. Sangat kreatif. Seni itu luaskan, so sesiapa sahaja boleh bebas menghasilkan seni gambar sendiri.

Sebenarnya Instagram ni application baru bagi Samsung, sebelum ni mungkin application ni ade pada IPhone je. Sejak beralih meninggalkan Sony Ericsson, (terjatuh cinta dengan Samsung) so, nak tak nak kenalah menerima dan mempelajari apa sahaja yang ada. Konon! So terima kasih kepada yang menghadiahkan Samsung kepada saya! love!


~myfav Instagram~


~ZOOBOOTCAMP Instagram~


~kawan-kawan Instagram~


~My Music FTISLAND Instagram~

Walaupon aku dah terdedah dengan application ni, tapi aku masih rasa kamera digital tu lebih menarik penggunaannya. Ada kepuasan sendiri yang mungkin takkan dapat pada Instagram. Haruslah kan! Aku mungkin terlalu baru dengan kamera digital, selalu pon cuba-cuba kamera digital kawan-kawan. Hebat lah mereka ada kamera digital. Dari Kamera digital gak, kitaorang boleh kumpul ramai-ramai wat photoshoot! Itu satu kehebatan yang Instagram tak mampu nak gugat. (mau stuck application tu kalo dok snap and upload 100 gambar tanpa henti macam kamera digital buat..heheh). Normal lah kan ade kelebihan dan kekurangan.  

Sekarang, tak semena-mena aku tengah asyik dengan digital kamera. Kalau orang tengok mungkin ingat aku ni budak TEKA. hahahhah. Salah course dah...  Mungkin minat tu dah lama ade,tapi peluang baru tiba. Alhamdulillah, semua tu parents always support dan tak halang. IncheCanon sekarang dah in relationship dengan saya. Tetibe. Terima kasih IncheCanon dan tukang support. Mungkin hadiah CGPA? hahahah...


~incheCanon~

No comments:

Post a Comment