Subuh hari ni, tabah menaip blog ni. Bukan ape, sebenarnye dah tak boleh lelap selepas tegok bola Germany bertemu Italy. Akhirnye rekod tanpa kalah Germany dileburkan. Maksud aku, rekod sepanjang perlawanan EURO2012 ni berlangsung. Sedikit sedih la kan, sebab team wa tak dapat ke final kali ni. T_T.
Walaupon ade potensi, orang kata bola tu bulat, dan kalau dah bukan rezeki, hebat pon boleh tumpas.
Tetibe teringin nak menjadi pengulas perlawanan ni. *layankan aje ye*
Germany boleh dikatakan pasukan yang akan berjuang sehingga saat akhir. Bermula dengan perlawanan bertemu Portugal, kemudian Netherlands, seterusnya Denmark, dan Greece, Germany berusaha keras untuk mengumpul mata teringgi bagi kumpulan B untuk layak ke suku akhir. Pada perlawanan suku akhir, German berhadapan dengan Italy yang terkenal dengan barisan pertahanan yang sangat kuat. Tapi apa-apa pun, perlawanan antara German dan Italy kali ini merupakan perlawanan paling menarik dan terbaik yang pernah aku tengok sepanjang EURO2012 ni. Kenapa?
Sebab aku katakan , ini adalah perlawanan paling terbaik dan menarik sebab corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Positif! Bertapa hebatnya Italy mempertahankan benteng gawang gol. Memang jenuh lah nak bolos. Kepantasan dan lajunya jaringan pemain Italy. German pula, hanya dengan sedikit kesilapan, tapi Germany punyai semangat yang tak semua pasukan ada. Seriously!
Kalau pasukan Italy memilih untuk bertahan, tetapi Germany mungkin membawa semangat HITLER, *aku rasa le* berjuang habis-habisan. Apa yang paling menarik bagi aku,selain dari serangan bertubi-tubi dari setiap penyerang dan pemain tengah, seakan aku tak percaya penjaga gawang gol Germany turut bertindak menyerang dan buat "keje gile" tinggalkan gawang gol untuk join pemain lain menyerang gawang gol Italy pada saat akhir! Dan itu memang terbaik! wa respect!
Ini yang aku katakan "the real attacker". Serang sampai tiupan wisel terakhir! Mungkin Neuer melakukan kesilapan dengan membiarkan 2 gol bolos kepada pasukan Italy, tapi sekurang-kurangnya die berusaha tebus balik kesilapan dengan tindakan luar jangkaan itu. Gol penalti Ozil sedikit menjaga maruh germany. Walaupon kalah, aku sebagai penyokong Germany sejak azali, tetap puas hati!
~Mesut Ozil have done the best for their team~
Dengan itu, boleh lah aku fokus kepada paper-paper final aku. Al-maklum lah aku ni bab bola, lebih -lebih lagi kalau EURO or WORLD Cup memang agak lupa diri sikit!. heheheh... Actually, banyak! Spain bertemu Italy, aku harap Italy menang! kenapa? Sebab bagi aku mereka punya potensi untuk gelaran Juara EURO2012. *sebenarnya saje nk opposite dari A, blh wat point gaduh time final match nanti. ngeh3*
oklah, subuh dah panjang! Selamat menunaikan solat yer.
No comments:
Post a Comment