Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, March 30, 2011

bila aku nekad..

Bila aku nekad
kenapa kamu semakin dekat?
Kata teman,aku tak boleh terus berada di tempat aku sekarang..
Aku harus berganjak..
Setiap kali aku berganjak..
Kenapa seolah-olah ada yang membuatkan langkah aku terhenti.

Aku masih cuba belajar melepaskan pegangan itu..
Aku masih cuba belajar untuk bergerak sendiri tanpa kehadiran kamu lagi
Aku tahu kamu tak mungkin selamanya berdiri disini..
Satu hari, pasti kamu juga kan pergi..
Pergi seperti apa yang kamu mahu lakukan sebelum ini.

Kalau nanti, aku pergi...
Tak bermaksud aku membenci..
Maafkan saya, si pencuri hati...

Monday, March 14, 2011

never imagine to be champion!!!

Percaya atau tidak ade sekumpulan warrior yang pergi berperang tetapi tidak pernah mengimpikan untuk menjadi pemenang. Mesti agak pelik kan? Tetapi itulah hakikat yang terjadi pada peperangan Survival Camp Challenge yang bermula pada 4mac2011 sehingga 6mac2011. Dengan bekalan dan persiapan yang tidak mencukupi kumpulan yang mempunyai 10 bala tentera, bersiap pergi ke tapak peperangan di ulu yam,bangsar. 10 bala tentera ini sepakat menamakan kumpulan mereka dengan nama yang agak unik dan agak sensitif bak kata si penganjur iaitu "PENYEPIT BOXER"....


 our PENYEPIT BOXER flag...=)

Kalau dilihat dari segi percaturan memang tak nampak langsung nak menang.. ye la, mane tak nye kalau aktiviti sarapan bermula awal pagi, pasukan yang lain sebok menyiapkan makanan pagi. Tetapi bagi kumpulan PENYEPIT BOXER hanya mula meniup kayu api bila pasukan lain sudah kenyang. Bayangkan lah bertapa jauhnya pasukan ini tertinggal jauh. huhuhuuh.... Pasukan PENYEPIT BOXER ini diserikan lagi dengan kehadiran seorang penasihat yang sangat comel iaitu MISZ FETY... hehehe

 PENYEPIT BOXER with our ADVISOR

Perlawanan bermula dengan perlu menempuh 10 checkpoint. Kami mendapat klu yang pertama yang berbunyi "Pahlawan tumbang di batu belah bertangkup"... hampir sejam kami sekumpulan mencari klu tersebut.. Dikala itu pasukan yang lain mungkin sudah dapat menyelesaikan hampir 3 klu, tapi kami masih ketingggalan tanpa dapat menemui apa- apa klu dan kebuntuan. Sehinggalah kami menemui klu yang melepaskan kami menyeberangi sungai dan berhadapan dengan cabaran memegang belut yang masih HIDUP!!!!.. Namun, halangan ini dikatakan amat mencabar bagi danie dan juga noor. Namun atas sokongan geng PENYEPIT BOXER, danie dan noor berjaya melepasi halangan tersebut.. CREDIT untuk DANIE dan NOOR!!..

 berehat sebentar......penat!

 sempat bagi POSE walaupun da redah selut......


 kene masuk selut....agak-agak ade belut tak???=p


 cantik tak fesyen aku??? habis baju germany ak... nasib boleh cuci..uhhuuh


Selepas hampir 3jam kami bermain dengan klu-klu tersebut, akhirnya kami menamatkan permainan dengan no4. dari 10 pasukan, ok la tu kan?. Aktiviti diteruskan dengan cabaran mencipta menu untuk 2 orang yang bertemakan survival. Ketua kumpulan kami, telah mencipta menu "sushi sardin" dan tanpa disangka menu itu telah mendapat no yang kedua.. CREDIT untuk LEO dan PENYEPIT BOXER yang bersusah payah menyiapkan menu tersebut..


muka puas dapat melepasi cabaran SELUT..


Cabaran diteruskan lagi pada hari terakhir. Iaitu cabaran peperangan. Kami PENYEPIT BOXER bersemangat kerna nak cepat balik jer.. kami semua hanya bertahan di kubu.. Main strategi katekan..huhuhhuu... 30 mint sebelum masa tamat kami semua memulakan peperangan, padahal kumpulan lain dah lame mula perang... PENYEPIT BOXER dapat menawan kubu pasukan CASH.. dan dapat merampas bendera survival dan juga bendera pasukan tersebut.. oleh kerana kelebihan dari segi mata, kami dinobatkan sebagai JUARA SURVIVAL CAM CHALLENGE... dapat RM1000 tu... gile terkejut... sebab kami tak pernah pon idam nak menang dapat seribu tuh.. kami ingat nak main-main je, release tension...
Tapi ALHAMDULILLAH, kami MENANG.... ehehheheh
PENYEPIT BOXER!!!!!


 tawaran kalau menang challenge nih!!!



finally... IA milik kami!!!!!
PENYEPIT BOXER!!!
kami ade lagu semangat sendiri tahu!!!

PENYEPIT BOXER!!!
Come on ALL SEPIT,
Gather your might,
Show it to them,
We can make it right,
we will
we will
BEAT YOU!!!!
BEAT YOU!!!!

Tuesday, March 8, 2011

buat QIRA

Qira.

Aku harap ko akan kuat dan semakin kuat dengan ape yang diduga olehNya..
Aku harap ko tak patah semangat...
Aku harap ko dapat hadapi semua ini dengan penuh sabar...
Sebab ape pon yang terjadi aku kan selalu ada kat sisi ko..
Ingat jangan biarkan perkara seperti kuman itu mematikan langkah ko untuk berjaya..


Aku sayang ko SAHABAT!!!