Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, June 11, 2013

Syaaban, Kuatkan aku.

Menjengah syaaban, aku semakin lemah atau seharusnya aku semakin kuat? Saban hari aku rasa macam tak mampu nak hadap semua ni seorang diri. Ya aku tahu bahawa dugaan dari Allah itu sentiasa setimpal dengan kemampuan aku, tapi aku sendiri tidak yakin samada aku mampu menghadapi atau tidak.

Aku tahu berlalunya rejab, hadirnya syaaban iaitu bulan nabi. Bulan dimana untuk semua umat diberi perluang untuk perbaiki diri dari segala cela.

Aku mengharapkan syaaban kali ini, menguatkan aku untuk aku perbaiki diri dan perbaiki setiap keadaan yang sedang aku hadap ini. Aku tak pernah rasa seteruk ini. Syaaban beri aku kekuatan, walau aku sendirian. Beri aku kekuatan untuk aku perbetul keadaan. Syaaban, beri dia kekuatan dan kesabaran, Syaaban moga dapat beri kesedaran pada dia perbaiki diri. Moga syaaban tabah dan kuatkan aku.

Walau aku sudah terlalu penat untuk bertahan, beri aku kekuatan agar aku dapat lalui syaaban ini dengan sebaiknya. Walau kadang aku rasa aku tak punya siapa, percayakan aku bersama Dia, Moga syaaban ini beri kebaikan, rahmat dan peluang untuk setiap dari kami memperbaiki diri.

Friday, June 7, 2013

Eksperimen Ke Fasa Perkahwinan

Pernah terfikir untuk melangkah ke satu fasa dalam hidup yang dinamakan sebagai "perkahwinan"? Well, I beat ramai anak muda sekarang boleh dikatakan terlalu cepat terfikir untuk ke fasa itu. Yelah, perkahwinan tu jelas suatu perkara yang baik. Tapi kena tahu ia baik kepada mereka yang benar-benar bersedia. Tak kira lah masih muda or sudah terlalu matang untuk ke arah itu. Sebab, melangkah ke arah itu, memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar!

Kenapa tetiba pula aku nak persoalkan isu ni kan? Sebenarnya aku just terfikir tentang isu ni bila sepupu aku yang boleh dikategorikan masih muda dah melangkah ke fasa perkahwinan. Nak kata muda tu taklah muda sangat, tua setahun je dari aku. Yelah, macam tak percaya pulak kan kawan main baseball sesame dulu, senior mase tingkatan 1 sampai form 6 dah pon jadi suami orang. Eh! aida, orang zaman dulu lagi kawen awal. So ape nak pelik? Normal lah tu. Yang aku jadi plik sebab isteri dia lagi muda dari aku. Tercabar? No needlah, sebab aku rasa masing-masing tu jodoh dah ditetapkan. Jodoh mereka awal. Bak kata siti (siti tu sepupu sebaya aku) "kita ni umo je dah meningkat, but masih nampak muda dari segi perangai, Jiwa mesti muda". huhuhu..  Lagipon zaman dulu dengan zaman sekrang tak boleh dicomparekan sebab situasi zaman dahulu terlalu jauh beza dengan zaman sekarang.

So hope pasangan Iwan dan Dewi dapat melalui alam perkahwinan dengan sebaiknya. Semoga jadi suami yang baik and  ketua rumah tangga yang hebat. Pergh macam bagi nasihatkat ex boyfriend dah kawen ngan orang lain plak.. hahhaha. By the way, apa yang paling best bagi aku, kenduri kali ni aku dapat eksyen jadi jurugambar. Well kenduri sebelum ni pon, kau jugak jurugambar sukerela, tapi kali ni mungkin aku rasa best sikit sebab berjaya pujuk and pengaruh pengantin untuk jadi model tak rasmi aku untuk photoshoot outdoor. Thank bebanyak la pengantin sebab sporting. Yeah I know I'm not really good being photographer, but I really appreciate n thanks to both of you because willing to be my "tikus makmal" for this photoshoot. Ngeee...

Cinta Jam Besar Kuale! :P

Kalau dah darah tentera tu, tentera jugak! Aku suruh tangkap kat bawah je, dame buat "crack" dame je pergi panjat sampai atas. Well u rock!

Pengantin yang sporting gila, berani mati panjat sampai atas, kalau la polis nampak... Confirm kene perambat.

Steady walaupon hujan dah renyai. Konon mulanya malu lah nak bergambo, last kali berani tak hengat

Iwan & Dewi

I like this picture the most!

Semoga ikatan ditaut tak terlerai

Bajet Titanic. :P

jangan terjun!

:)

Dah boleh peluk dah! Eceh!

Ni idea pengantin sendiri

Pose ni tiru pasangan pengantin lagi satu

Its Labu Kubong yaw!





 London 
Si isteri nak juga kendong si suami. Huru hara sesi bergambar.

So, Ini lah hasil kepada kononye "masterpiece" dan eksperimen aku yang adoo.. Tak hebat sangat n tak lah teruk sanga kot untuk amatur macam aku. So sesapa nak cuba khidmat aku, boleh la roger. Eceh! nampak tak ayat promosi diri sendiri kat situ. Well I'm not the best, but I'll try to be the best. Lagi aku kan budak baru belajar. Thank juga pada kakak aku yang tukang jadi driver and adik aku yang tolong kasi touch up sikit!

Ok enough promosi diri! Berbalik pada isu aku tadi, well bagi aku melangkah ke alam perkahwinan tu same gak macam eksperimen aku. Aku pon tak tahu cam mana feeling tangkapkan gambar "outdoor" untuk pengantin, until pengantin bagi peluang. Macam tu juagak perkahwinan, korang takkan tahu kalau korang tak ambil peluang untuk melangkah ke alam itu dan menjadi yang halal untuk sesama sendiri. Ok! ni pendapat ku sendiri. So, abaikan kalau rasa macam tak logik.. Hahah..