Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, June 11, 2013

Syaaban, Kuatkan aku.

Menjengah syaaban, aku semakin lemah atau seharusnya aku semakin kuat? Saban hari aku rasa macam tak mampu nak hadap semua ni seorang diri. Ya aku tahu bahawa dugaan dari Allah itu sentiasa setimpal dengan kemampuan aku, tapi aku sendiri tidak yakin samada aku mampu menghadapi atau tidak.

Aku tahu berlalunya rejab, hadirnya syaaban iaitu bulan nabi. Bulan dimana untuk semua umat diberi perluang untuk perbaiki diri dari segala cela.

Aku mengharapkan syaaban kali ini, menguatkan aku untuk aku perbaiki diri dan perbaiki setiap keadaan yang sedang aku hadap ini. Aku tak pernah rasa seteruk ini. Syaaban beri aku kekuatan, walau aku sendirian. Beri aku kekuatan untuk aku perbetul keadaan. Syaaban, beri dia kekuatan dan kesabaran, Syaaban moga dapat beri kesedaran pada dia perbaiki diri. Moga syaaban tabah dan kuatkan aku.

Walau aku sudah terlalu penat untuk bertahan, beri aku kekuatan agar aku dapat lalui syaaban ini dengan sebaiknya. Walau kadang aku rasa aku tak punya siapa, percayakan aku bersama Dia, Moga syaaban ini beri kebaikan, rahmat dan peluang untuk setiap dari kami memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment