yeah... Ramadhan is back!
Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk merasai dan menikmati nikmat Ramadhan Al-Mubarak. Walaupon masih terasa seperti baru semalam meninggalkan ramadhan yang lalu.
Kali ini mungkin ramadhan terasa berbeza dari dahulu. Kalau dahulu mungkin merasai ramadhan di tempat orang dan bersama rakan-rakan, tapi kali ini berpeluang penuh merasai ramadhan sepenuhnya dengan keluarga besar. Tapi ia tetap dirasakan berbeza. Kerana manusia itu berubah,dan musim juga selalu berlalu.
So Ramadhan akan sentiasa ada rasa yang berbeza walaupon punya nikmat yang sama.
Kalau dahulu, zaman kanak - kanak riang. Zaman baru nak up tak kenal dunia. Lain rasanya perasaan menyambut kedatangan ramadhan berbanding dah jadi remaja purba yang dah masuk alam dewasa. Konon kan. Tapi betul rase Adrenlin dalam badan tu lain. Adrenalin sentiasa memuncak bile zaman nak up dulu. Zaman kanak-kanak dan remaja dulu, keterujaan nak pergi berterawih tu bukan main la nak cakap. Sanggup ni buat rombongan kak limah ke Masjid. Tak payah siapa pon pakse, lepas berbuka terus berlari ke masjid. Padahal sebenarnya zaman kanak-kanak tu, bukan pandai sangat lagi solat, cukup puas walaupon hanya dapat perform untuk 6 rakaatl, kire hebat dah tu. Teruja tu sebenarnya lebih untuk jumpa dengan kawan-kawan kat masjid lepas itu main mercun belakang masjid. Sangat la hingusan kan
Kalau zaman sekarang, sama juga tak ada siapa paksa pon tetap pergi. Sebab dah ada niat yang tetap. Waalupon kadang-kadang tu liat jugak. heheh.. Tapi niat sekarang lebih jelas la berbanding dahulu. Niat nak kejar kumpul dana akhirat kan. Berbeza sangat kan? Itulah hebatnya Ramadhan. tetap melahirkan kebaikan walaupon kadang-kadang niat tu yak jelas. Kenapa?
ha..sebenarnya tak kira lah di zaman mana dan berapa pon usia, bile ramdhan datang je, kita semua berusaha niat untuk memenuhkan masjid. Dari kanak-kanak sampai lah warga emas, bersatu untuk beramal kepadanya. Di bulan ramadhan juga ramai tidak berhijab ada niat untuk cuba berhijab dan ibu-ibu yang cuba mengajar dan membiasakan anak mereka untuk memakai tudung walaupon anak masih lagi kecil. Bulan ramadhan juga ramai yang berniat dan berlumba untuk khatam Quran, yang sebelum ini ramai yang jarang cari peluang untuk baca quran walaupon punya kelapangan. Bila ramadhan juga kita semua berkongsi rasa yang sama, iaitu ingin menjadi yang lebik baik pada masa kan datang. Betol tak? Sekurang-kurangnya, ramadhan itu mendidik kepada niat yang baik.
Semoga ramadhan kali ini memberikan kemanisan dan keberkatan...
Andai aku punya kekhilafan terhadap yang berglear insan, moga dipermudahkan aku memohon maaf dan dimaafkan. Andai aku punya rasa kebencian dan sukar memaafkan, lembutkan hatiku serta permudahkan aku untuk melupakan dan menghilangkan setiap titik hitam dihatiku. Andai aku masih punya dosa silam, moga aku diberi kesempatan untuk mghapuskan dosa dan memperbaiki diri untuk menjadi hambanMu yang lebih baik. InsyaAllah.
Agar diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk beramal di Bulan RamdahnaMu Ya Allah. Amin.
ps: Esok puasa! Jom sahur.