Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, July 3, 2013

Dont run away

Don't run away.
You will be tired.
Stop run away.

Don't be afraid with that person.
Don't be scared with the memories.
Don't lost your friend
Don't ruin the relationship.
Don't be like this anymore.

Don't worry,
Just stand like usual.
Memories just like a bubble.
It will burst and disappear.

Because, its you the one
Who will decide to blow out the memories

Please,
Don't run away.
Please,
Just stay where you stand right now.
because nobody will chasing you
they also tired
like you.

Tuesday, June 11, 2013

Syaaban, Kuatkan aku.

Menjengah syaaban, aku semakin lemah atau seharusnya aku semakin kuat? Saban hari aku rasa macam tak mampu nak hadap semua ni seorang diri. Ya aku tahu bahawa dugaan dari Allah itu sentiasa setimpal dengan kemampuan aku, tapi aku sendiri tidak yakin samada aku mampu menghadapi atau tidak.

Aku tahu berlalunya rejab, hadirnya syaaban iaitu bulan nabi. Bulan dimana untuk semua umat diberi perluang untuk perbaiki diri dari segala cela.

Aku mengharapkan syaaban kali ini, menguatkan aku untuk aku perbaiki diri dan perbaiki setiap keadaan yang sedang aku hadap ini. Aku tak pernah rasa seteruk ini. Syaaban beri aku kekuatan, walau aku sendirian. Beri aku kekuatan untuk aku perbetul keadaan. Syaaban, beri dia kekuatan dan kesabaran, Syaaban moga dapat beri kesedaran pada dia perbaiki diri. Moga syaaban tabah dan kuatkan aku.

Walau aku sudah terlalu penat untuk bertahan, beri aku kekuatan agar aku dapat lalui syaaban ini dengan sebaiknya. Walau kadang aku rasa aku tak punya siapa, percayakan aku bersama Dia, Moga syaaban ini beri kebaikan, rahmat dan peluang untuk setiap dari kami memperbaiki diri.

Friday, June 7, 2013

Eksperimen Ke Fasa Perkahwinan

Pernah terfikir untuk melangkah ke satu fasa dalam hidup yang dinamakan sebagai "perkahwinan"? Well, I beat ramai anak muda sekarang boleh dikatakan terlalu cepat terfikir untuk ke fasa itu. Yelah, perkahwinan tu jelas suatu perkara yang baik. Tapi kena tahu ia baik kepada mereka yang benar-benar bersedia. Tak kira lah masih muda or sudah terlalu matang untuk ke arah itu. Sebab, melangkah ke arah itu, memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar!

Kenapa tetiba pula aku nak persoalkan isu ni kan? Sebenarnya aku just terfikir tentang isu ni bila sepupu aku yang boleh dikategorikan masih muda dah melangkah ke fasa perkahwinan. Nak kata muda tu taklah muda sangat, tua setahun je dari aku. Yelah, macam tak percaya pulak kan kawan main baseball sesame dulu, senior mase tingkatan 1 sampai form 6 dah pon jadi suami orang. Eh! aida, orang zaman dulu lagi kawen awal. So ape nak pelik? Normal lah tu. Yang aku jadi plik sebab isteri dia lagi muda dari aku. Tercabar? No needlah, sebab aku rasa masing-masing tu jodoh dah ditetapkan. Jodoh mereka awal. Bak kata siti (siti tu sepupu sebaya aku) "kita ni umo je dah meningkat, but masih nampak muda dari segi perangai, Jiwa mesti muda". huhuhu..  Lagipon zaman dulu dengan zaman sekrang tak boleh dicomparekan sebab situasi zaman dahulu terlalu jauh beza dengan zaman sekarang.

So hope pasangan Iwan dan Dewi dapat melalui alam perkahwinan dengan sebaiknya. Semoga jadi suami yang baik and  ketua rumah tangga yang hebat. Pergh macam bagi nasihatkat ex boyfriend dah kawen ngan orang lain plak.. hahhaha. By the way, apa yang paling best bagi aku, kenduri kali ni aku dapat eksyen jadi jurugambar. Well kenduri sebelum ni pon, kau jugak jurugambar sukerela, tapi kali ni mungkin aku rasa best sikit sebab berjaya pujuk and pengaruh pengantin untuk jadi model tak rasmi aku untuk photoshoot outdoor. Thank bebanyak la pengantin sebab sporting. Yeah I know I'm not really good being photographer, but I really appreciate n thanks to both of you because willing to be my "tikus makmal" for this photoshoot. Ngeee...

Cinta Jam Besar Kuale! :P

Kalau dah darah tentera tu, tentera jugak! Aku suruh tangkap kat bawah je, dame buat "crack" dame je pergi panjat sampai atas. Well u rock!

Pengantin yang sporting gila, berani mati panjat sampai atas, kalau la polis nampak... Confirm kene perambat.

Steady walaupon hujan dah renyai. Konon mulanya malu lah nak bergambo, last kali berani tak hengat

Iwan & Dewi

I like this picture the most!

Semoga ikatan ditaut tak terlerai

Bajet Titanic. :P

jangan terjun!

:)

Dah boleh peluk dah! Eceh!

Ni idea pengantin sendiri

Pose ni tiru pasangan pengantin lagi satu

Its Labu Kubong yaw!





 London 
Si isteri nak juga kendong si suami. Huru hara sesi bergambar.

So, Ini lah hasil kepada kononye "masterpiece" dan eksperimen aku yang adoo.. Tak hebat sangat n tak lah teruk sanga kot untuk amatur macam aku. So sesapa nak cuba khidmat aku, boleh la roger. Eceh! nampak tak ayat promosi diri sendiri kat situ. Well I'm not the best, but I'll try to be the best. Lagi aku kan budak baru belajar. Thank juga pada kakak aku yang tukang jadi driver and adik aku yang tolong kasi touch up sikit!

Ok enough promosi diri! Berbalik pada isu aku tadi, well bagi aku melangkah ke alam perkahwinan tu same gak macam eksperimen aku. Aku pon tak tahu cam mana feeling tangkapkan gambar "outdoor" untuk pengantin, until pengantin bagi peluang. Macam tu juagak perkahwinan, korang takkan tahu kalau korang tak ambil peluang untuk melangkah ke alam itu dan menjadi yang halal untuk sesama sendiri. Ok! ni pendapat ku sendiri. So, abaikan kalau rasa macam tak logik.. Hahah..



Wednesday, May 15, 2013

Degree. Done!

Bismillah..

Alhamdulillah, rasanya macam baru semalam sahaja mendapat surat tawaran dari UiTM. Padahal sudah pon berlalu 3 tahun waktu itu. Alhamdulillah, akhirnya 14Mei2013 menjadi hari dimana aku dah rakan-rakan seperjuangan mengenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis. 3 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu banyak pahit manis yang dilalui.

Dalam 3 tahun itu juga terlalu ramai individu yang terlibat dalam mendorong aku untuk mendapatkan apa yang perlu aku dapatkan. So kat sini selain nak share, congrats and reward diri sendiri untuk pencapaian hari ini. Aku nak reward "orang-orang" penting yang sentiasa menyokong, mendorong dan menjadikan cabaran untuk aku teruskan perjuangan sehingga aku memiliki apa yang aku miliki hari ini.

Thanks to Allah, for the whole life.
Orang paling penting, family yang always support, encourage me and believe me.
Kak nie yang selalu menjadi contoh dan penguat untuk genggam ijazah jugak!
Lecturer, yang memberi ilmu dan cabaran baru.
My BFF, Shaqira Mozni  dan cik Wan yang selalu ade susah dan senang. Ketawa dan air mata. Aiceh!
Kamu, si pencabar setiap sem! Walaupon always aku kalah, tapi itulah cabaran yang buat aku semakin gigih!
Nexus! tanpa korang, mana mungkin kita mampu grad sesama. We create to much memories, share everything and we learn together.

Now!

I'am Degree Holder
I'm complete my study!
Yeah! I'm ALUMNI UiTM!


That what we call gula-gula kapas paling hebat dalam hidup!

Kawan serumah dari sem1 yang selalu berkongsi susah senang


 Yeah! Finally, we are Degree Holder

 Half of Nexus yang Awesome!

BFF. SHE. Always beside me. 

My first flower. I deserve it!

I just wanna to say thanks again to all who related with my life story. hohoho.. and Congrats to all graduate for 78th  UiTM Convocation Day. We share the same feelings!

#bahasa kelaut, al maklum lama bertapa luar pusat ilmu. :)

Tuesday, April 30, 2013

Cinta Platonik

Cinta Platonik?

Apa itu cinta platonik? Cinta platonik itu adalah satu perasaan intim diantara kawan yang berlainan jantina. But bukan macam couple yang memang bercinta. Ini sangatlah lain.

Mostly cinta platonik ni wujud terhadap individu yang bersahabat terlalu rapat dengan individu yang berlainan jantina. Dan rasenye ramai yang mempunyai rasa cinta platonik ni tanpa sedar.

Adakah cinta platonik ni boleh cenderung kepadA seksual? Jawapannya tidak, sebab cinta platonik ini hanya lebih mementingkan "closeness" antara mereka. Why? Sebab sebolehnye mereka yang mempunyai rasa cinta platonik ini akan protect 'sahabat' mereka sebaik mungkin.

believe or not? Mereka yang ade cinta platonik ini sanggup korbankan rasa cinta itu sendiri demi sahabat mereka.

Aku percaya orang lain pon mesti ade cinta platonik macam aku, dan aku berani cakap cinta platonik ni sangat berbeza dengan cinta biasa. Kenapa aku yakin sangat? Sebab aku dah rasa kedua-duanya. Heheheh. Syukur diberi peluang. Walau hanya sementara.

Apa bezanya? Okay bila terjebak dengan cinta platonik, kamu akan sedaya upaya nak protect kawan kamu,walaupon die tak pernah perasan dengan tindakan kamu. Kamu mencintai die,tapi bila kamu mengerti bahawa sahabat kamu mencintai orang lain,kamu tetap terima dan sedaya upaya tolong untuk bantu sahabat kamu. Walaupon kamu tahu bahawa orang yang sahabat kamu cintai itu tidak pernah menyukainya,dan kamu tahu akhir nanti kawan yang kamu cintai akan dilukai.

Selain itu, kamu akan cube memahami dan meminati perkara yang kawan kamu sukai. Walaupin kmu sendiri tidak pernah tahu dan meminati apa yang kawan kamu minati itu,tetapi tetap cuba memahami walaupon bersusah payah. Contohnya, aku sendiri cuba memahami,mengenali dan mengikuti moto gp yang pada mulanya aku tak pernah tahu.  How a girl try to learn about moto gp?Motocross? Sounds weird right? Tapi itulah yang aku buat. Sound funny.

Cinta platonik juga buat kita cuba protect mereka seperti saudara sendiri. But actually, cinta platonik is more beautiful than the real love. Untill now i still keep my 'cinta platonik' in my heart. As long as ur friend never take it seriously about your feeling towardS him and try to appreciate ur feeling as friend, i believe its ok.

Cinta sebenar antara lelaki dan perempuan bukan tidak indah,cuma ia tidak boleh jadi seperti cinta platonik. Sayangkan rasa cinta yang ada,akan hilang selepas wujud perkataan break off.

Mungkin tak semua lah cinta sebenar macam itu. Mungkin ada yang langsung tak bertegur siapa selepas break off, dan mungkin juga masih ada yang boleh bertegur siapa. But cinta itu tidak boleh kekal dalam hati seperti cinta platonik. Kan??

Pernah dengar " Dari sahabat boleh menjadi cinta,tapi amat sukar untuk dari cinta menjadi sahabat". Aku percaya ramai yang pernah dengar but still terjebak dari sahabat menjadi cinta. But terlalu sedikit yamg boleh kembali menjadi sahabat.

I glad to had this feeling. I hope i will keep u (friends) till the end. Lets be friend forever and keep our cinta platonik as long as u are not marry yet. Hahhaaa. ;P

ps: jangan takut untuk sembunyikan rasa cinta jikalau ia memberi kebaikan, jangan takut menyatakan cinta supaya tiada sesalan. :)