Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, January 21, 2013

Langkah mengenggam ijazah

Harini sudah pon menginjak ke 21 january 2013. Siapa sangka dan siapa duga masih mampu bernafas sehingga ke saat ini. Walaupon keadaan kesihatan kurang memuaskan,dan ade penyakit yang datang tanpa dipaksa. Masih rasa bersyukur kerna diberi peluang untuk bernafas lagi.

Rasanya baru semalam aku menjejakkan kaki di hq UiTM Shah Alam, seperti baru semalam aku daftar diri untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Ya, baru semalam rasanya aku bersua kenal dengan pelajar di minggu orientasi.

Hari ini, sudah hampir seminggu aku dan kawan-kawan menghabiskan sem 6. Sem terakhir untuk tahun yang ketiga. Alhamdulillah, praktikal dan thesis akhir untuk sem ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sangat berterima kasih kepada mr mid yang sentiasa memberi peluang dan ruang untuk guide for make the thesis done completely.

Betullah bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Dan bukan mudah untuk menggenggam segulung ijazah. Belajar itu bukan sesuatu yang mudah kalau diambil ringan.

Sekarang, masa untuk bersedia ke alam kerjaya. Itu juga bukan sesuatu yang mudah. Aku baru melangkah. Sedang cuba sebenarnya. Moga dipermudah semua. Aku percaya, bakal merindui kehidupan kampus, Keterbiasaan dengan dunia acara. Paling pasti merindui semua nexus.

Niat untuk sambung master?Siapa yang tak mahu kalau diberi peluang dan ruang. Aku juga mahu. Tapi, biarlah masa yang tentukan. ;)

2 comments: