Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, February 9, 2013

Jodoh dan Takdir.

Kali ini bukan mahu menyebut berulang kali ayat yang sama tentang jodoh itu rahsia Allah. Sebab bagi aku orang yang percaya dengan qada dan qadar serta mencintai Allah sebelum mencintai manusia lain tahu bahawa memang benar jodoh itu rahsia Allah. Mungkin bagi remaja sekarang cinta adalah segala- galanya, kurang percaya atau menyakini bahawa jodoh itu sudah ditentukan. Actually, ade beza antara cinta dan jodoh. Jodoh itu pasti, cinta itu belum gerenti.

Hari ini aku sendiri melihat bahawa jodoh itu memang rahsianya. Cepat atau lambat hanya Dia yang tahu. Aku tak pernah sangka bahawa jodoh itu boleh datang di usia yang mungkin bagi seorang bujang sudah terlalu lewat atau dengan erti kata lain sudah terlalu matang untuk berumah tangga. Kalau sudah Allah tetapkan jodoh dan pernikahan itu akan hadir pada usia lewat 30 an, siapa mampu mempertikaikan. Jadi jangan lah terlalu berfikir bahawa sudah berusia 20 an , kita seharusnya sudah bertemu jodoh.

Orang sekarang, selalu berfikir bahawa pada usia 25 tahun keatas sudah sepatutnya dan selayaknya anak-anak bertemu jodoh atau dijodohkan. Lihat sahaja drama tempatan, sangat cliche dengan kisah anak remaja yang masih muda sudah perlu berkahwin. Kahwin kontrak lah, kahwin paksa lah. Semua itu tak relevan dah. Tak semestinya bila kita sudah menjangkau usia 25 thaun, kita perlu dan layak untuk berumah tangga. Perlu mencari jodoh secepatnya. Itu sangat tipikal!!. hehehhe.. *Sila kurangkan soalan pasal jodoh ye mak jemah sekalian, kerna itu rahsia Allah. Tak mampu den nak jawab.*

So berbalik pada inti cerita, pasti Allah punya rencana terbaik untuk menemukan jodoh diantara hambanya. Dan itu takdir yang tiada siapa mampu duga. Alhamdlillah, akhirnya my eldest cousin Shuhaimi bertemu jodoh juga dengan pilihan hati pada usia yang sangat matang untuk bergelar ketua keluarga. Sebelum ini terlalu banyak mulut yang bertanya tetang bila dia akan menamatkan zaman bujang dan bertemu jodoh, tapi tidak sedikit pon dia menberi jawapan pasti kecuali dengan guruan bahawa dia belum "akil baligh". *relevan eyh jawapan tu?? hahha..* Mungkin itu jawapan terbaik untuk dijawab dan menjaga hati semua orang.

Esok, bakal menjadi hari bahagia beliau, dan aku pasti ini adalah majlis paling meriah dalam keluarga kami. Semoga Simi dan pasangannya Ennie akan bahagia ke akhir hayat. Amin

 ~shuhaimi dan pasangannya ennie selamat diijabkabulkan~


~keluarga yang paling gembira meraikan perkahwinan Simi~

ps: tak semestinya jodoh tu selalu datang awal, dan jika berjodoh walau selambat mana pon, pasti bertemu jika itu kehendakNya.

aku tak percaya C.I.N.T.A *tetibe nyanyi lagu LJ* :)

No comments:

Post a Comment