Masuk tahun baru biasalah bila terlalu banyak lambakkan filem di panggung seluruh malaysia. Baik filem tempatan mahupon filem dari luar negara. Kalau yang kaki wayang tu rasanya tak ada masalah langsung untuk buat pilihan kerana terlalu banyak filem yang sedang ditayangkan di layar perak.
Aku ni bukan kaki wayang,jejak panggung pon bila ada filem yang tertentu yang memang aku nak tengok. Kalau di kl,mungkin wayang tu jadi aktiviti mingguan,sebab ade geng. Bila dah di kampung filem aku cume depan tv jer. Tu lah untungnya ade astrofirst. *Promote...
Walaupon kat kampung,sempat jugak terjah panggung,gara-gara plan mengejut. Orang kata kalau dah ade yang ajak, kita on jer. Bukan selalu kan. Kalau Dah jumpa siti,ecah dan nina yang memang lah susah bebeno nak jumpa hari biasa,so apa lagi bermula lah sesi terjah panggung.
Niat nak support local film,tapi memandangkan dah takdir tiket habis,so kami redah tengok movie "A good day to die hard" lakonan bruce will. Guess what?? This movies really superb awesome! So memang tak nyesal langsung tertengok filem ini dan tak dapat tengok local movies as we was planning.
Agdtdh, is full with action,fighting and the spontanious humors from bruce will. "Like father,like son,like hell" betul- betul kena dengan movies ni. Aku rasa macam tak sabar menanti penghujung cerita ni,sebab sepanjang movies ini disajikan dengan aksi yang sangat menarik. Rasa nak repeat lagi pon ade. Mungkin ahad nanti. Jom sekali?
Selain movies ni, aku dan siti akhirnya berkesempatan juga tengok local movies yang kami nk tengok dari awal. Tapi kali ini pergi bamai ramai dengan sedara mara. Kira panggung tu kami la yg conquer..*hahaa.. penuh muka orang kampung buaia.* Gara-gara nak tengok husin,mon dan jin pakai toncit. Bukan apa, lokasi cerita ni kebanyakkan dibuat di kampung sendiri kan. Terujalah nak tengok.
Ok berbalik pada filem mamat khalid ni,pada aku ia tidak se ummph hantu kak limah balik rumah dan zombi kampung pisang. Why?? Bagi aku cerita husin ini terlalu lama meleret dan kurang menyegat kerana kehilangan watak 'abi' a.k.a johan raja lawak. Dan mungkin watak dan gaya ucop wilca sudah terlalu basi,dan pemonton seperti muak dengan watak tersebut. Tapi ape yang menarik,syabas pengarah mamat khalid kerana sudah mampu menghasilkan filem yang punya cgi yang bagus. Good job!
Selain hussin,mon,dan jin pakai toncit aku sempat juga tengok filem juvana. Cumanya aku tak tengok di panggung wayang tetapi tengok di astrofirst sahaja. Sebab sudah terlewat nak tengok di panggung. Sanggup ni beli ,sebab dah ikut siri ni dari awal. Kalau twilight boleh ikut takkan juvana nak dilepaskan kan?
Cerita juvana ni bagi aku menarik jalan penceritaannya. Bagaimana ia menunjukkan bahawa tak semua orang jaat tak boleh jadi baik,dan tak semestinya orang baik tak boleh berubah jadi jahat. Semua itu pada diri sendiri. Dan moral paling penting adalah,kita tak boleh biarkan diri kita dipenjara oleh diri kita sendiri jika kita mahu kehadapan. Senang cerita penjara paling menakutkan bukanlah dinding batu,tetapi dipenjarakan oleh diri sendiri.
Setiap jalan cerita dalam semua filem itu ade nilainya. Terpulang pada kita untuk ambil atau menganggap ia sebagai sekadar cerita atau hiburan semata. :) x0x0
No comments:
Post a Comment