Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, January 15, 2011

Panggilan mengejut dari seorang sahabat.

Situasi di dalam kelas agak bising. Aku dengan Dayah macam biase la sedang bergossip tentang kisah lelaki-lelaki dalam kelas tu. Tambah lagi menarik bile Cda dan Nadia ikut tururt serta. Makin panas la isu-isu yang kami sembangkan. Ketua kelas aku tengok asyik main handphone je dari tadi, keadaan kelas langsung tak dihiraukan olehnya. Budak-budak laki pulak, aku tengok sebok bercerita pasal perancangan untuk konvoi ke mane entah. Beriya-iya je nampaknya. Erm entah jadi entah tidak tu..huhhuh..Geng budak asrama pulak aku tengok ade la 2 3 yang dah lame belayar melelapkan mata, maklum la mase free macam ni la nak ambik peluang untuk tido. Kadang-kadang aku terfikir apa yang budak-budak asrama ni buat waktu malam sampai boleh rase mengantuk lagi mase waktu persekolahan.Study kot.. tibe-tibe mata aku terpandang seseorang..
" i'm a big-big girl in a big-big world...." tibe-tibe aku terdengar deringan handphone aku. Terbangun aku dari mimpi ..dalam mamai-mamai aku lihat name dayah terpapar di skrin handphone aku.. dalam hati aku, "la mimpi rupenye aku tadi , alamak dah terpotong." aku cepat-cepat menjawab panggilan dari hidayah.

"Salam, Aida ko kat mane sekarang?" tanye Dayah dengan suarenye yang agak lembut. "aku kat umah cousin aku sekarang ni. Kenape ek?"tanye aku dalam keadaan yang masih mamai..huhuh. "Erm Aida ko boleh tak tolong jadi pengapit aku nanti?please tolong la, izah tibe-tibe last minit tak dapat jadi pengapit aku. Dia baru bagi tahu aku jap ni. Aku da pening sape nak jadi pengapit aku ni. Ko je la yang aku harap. Kalo ko tak jadi nanti, aku terpakse la suh Manisah."cite dayah tentang tujuan die kol aku. "Erm aku jadi pengapit ko?tak nak la aku, segan la kot ase..huhuhu"aku menolak. "Ala please la, tolong aku, aku da pening ni, nak mintak tolong sape.."rayu dayah lagi. "Erm kejap aku pikir, erm ok la aku setuju jadi pengapit ko." jawab aku demi dayah. "Terima kasih Aida, ko la kawan aku. Thanks sangat, ko ade baju putih tak? ko pakai baju putih nanti ye... pastu mase nikah ko kene ade sekali. Aku menikah hari Jumaat."cerite Dayah penuh teruja. "Erm ye la. nanti aku datang"jawab aku. "Lagipon Aida aku dah mintak kebenaran dari mak ko.. huhuhu"
"Wah bukan main laju betul kawan aku ni.. "berkata ku dalam hati. Lalu aku pon menjawab, "baik la kawan.. nanti aku datang.." Panggilan telefon tadi terus dimatikan.

Sejenak aku berfikir, terlalu cepat mase berlalalu. Tanpa aku sedar, sahabat baik aku Hidayah yang dulu bersama-sama aku di bangku persekolahan, sudah pon mahu melangkah ke gerbang perkahwinan. Masih aku ingat kisah percintaannya dengan tunangya sekarang. Memang lucu kalau dikenang. Dari sesi pergaduhan sampai la ke sesi pujukan. Aku tahu dan dapat rasa bahawa mereka akan sampai ke gerbang perkahwinan. Walaupun bagi orang untuk seorang permpuan yang berumur  22 tahun adalah terlalu muda untuk ke fasa seterusnya dalam hidup,tapi aku percaya bile sudah sampai jodoh itu,tiada siapa dapat menghalangnya.

Aku harap semoga perkahwinan Hidayah akan berjalan dengan lancar, dan semoga ada bahagia untuknya.
Aku juga berharap semoga dia akan bahagia ape ynag dia ada . Selama hari ini, aku sudah banyak kali melihat air mata jernih dia jatuh kerana kesedihan. Moga ade bahagia untuk dia. Dan semoga dia dikurniakan  anak yang comel-comel. huhuhu....

No comments:

Post a Comment