Dalam ikthilat, kalau boleh aku mahu dilayan sebagai KAWAN. Bukan sebagai perempuan. Kenapa??
Sebab aku adalah perempuan. kerna hati perempuan itu selalu mudah tersentuh. Dan aku tidak mahu sesiapa menyentuhnya. Ini bukan diskriminasi gender atau pon apa-apa, tetapi ini realiti.
Kalau kamu melayan aku seperti perempuan
Hati perempuan itu punya 1 cinta.
Bila Kamu terlalu rapat dengan aku dalam ikthilat, boleh jadi nanti aku akan jatuh hati terhadap kamu.
Bila Kamu terlalu baik melayan aku sebagai perempuan, boleh jadi nanti aku akan mula suka terhadap kamu.
Bila Kamu mula menghantar apa-apa pesanan walaupon tidak penting kepada aku, nanti boleh jadi aku rindu menanti pesanan dari kamu.
Bila kamu membuat aku terlalu gembira dengan perhatian yang kamu berikan kepada aku sebagai perempuan, boleh jadi aku tidak dapat mengelak dari mengakui aku menyenanginya.
Bila kamu membuat aku marah,boleh jadi aku akan mula mendiamkan diri dan mencari perhatian kamu.
Bila setiap perlakuan kamu yang menyenangkan aku, dan membuat aku sukar untuk mengelak untuk meyenanginya walaupon aku tahu itu kamu cuma anggap sebagai kawan sahaja, aku yang akan mula merasa kecewa. Tapi....
Bila kamu melayan aku sebagai kawan.
Hati kawan itu punya banyak rasa.
Bila kamu terlalu rapat dengan aku sebagai kawan, boleh jadi aku akan menjarakkan itu sebagai persahabatan.
Bila kamu terlalu baik melayan aku sebagai kawan, boleh jadi aku menghargai kamu sebagai sahabat.
Bila kamu kamu menghantar apa-apa pesanan, aku akan mengangap itu pesanan dari seorang kawan.
Bila kamu membuat aku terlalu gembira dengan perhatian kamu, aku tahu seorang kawan sedang peduli tentang kawannya.
Bila ada salah faham, lebih mudah untuk aku dan kamu menyelesaikannya.
Kerna itu aku mahu kamu melayan aku sebagai KAWAN dan bukannya PEREMPUAN.. Bukan itu sahaja, aku mahu kamu mengetahui dan memahami mengapa Alllah mengariskan hubungan antara muslimin dan muslimat.?? Sebab Allah tidak mahu saya dan perempuan-perempuan lain terluka, kerna perempuan itu hanya punya satu cinta.
"tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer of them. Allah is aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest." An-nur: 30-31
Aku bukanlah mengelak pergaulan, tapi cuba menjaga pergaulan. Supaya dalam pergaulan itu tiada hati yang terluka, dan tiada juga mencipta murka DIA.
Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu
...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............
Wednesday, October 26, 2011
Monday, October 17, 2011
Kadang-kadang Tidak ok itu sebenarnya OK...
Assalamualaikum w.b.t
Betul ke tajuk entri aku ni? tak ok tu sebenarnya ok? Macam mana pula tu kan? Mana ada yang tak ok tu sebenarnya ok? Ada ker?
Jawapan aku: "Ada!!!".. ye sebenarnya merasa tak ok tu adalah ok! Percaya atau tidak? Bunyi macam merepek je kan? Tapi cuba lah kita pikir sejenak je lah.. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, ada kalanya kita tak rasa tak ok! dan pada kita perasaan tak ok itu sungguh la tak best kan? tapi cuba pikirkan.. Bila kita dalam situasi tak ok, kita mesti mencari DIA!.. Kita pasti akan mengadu dan mengingati dia. Dan apa yang kita rasa tak ok tu sebenarnya OK! Sebab dalam rasa yang tak ok tu,kita sentiasa mengingati dia.
Lebih indah jika bukan hanya disaat kita rasa tak ok sahaja kita mengingati Allah. Tetapi didalam keadaan yang paling ok sekalipon, sepatutnya kita sentiasa mengingati Allah. Kerna.....
"Allah itu sentiasa ada bersama kita.."
Thursday, October 13, 2011
The Best Gift and Moment ever!!!
Kalau aku nak cerita pon , situasi ini dah terlalu lama berlalu. Orang kata dah basi la kan. Dah almost 3 week!!. Kekangan masa menyebab kan post aku ini mungkin sedikit basi la..*well,aku tetap nak hapdate kan gak..huhuh..=) Ok, aku melalut dah! Sebenarnya aku nak berterima kasih pada kakak sedara aku, sebab bawakan aku ke Konsert Korean Music Wave 2011.
Nak kata aku ni fanatik Korea? tak jugak!! Aku lagi kuat jati diri Melayu kot... Aku mungkin mengikut peredaran arus muzik semasa. Mungkin!! Lihat sahaja sekarang. Di setiap corong radio mesti ada lagu-lagu korea!! Ok, maaf, bukan semua lah.. Radio-radio yang berkonsepkan urban dan moden banyak memutarkan lagu Korea! Tapi aku yakin aku mula terpengaruh dengan Korea bukan pada lagunya, tetapi pada drama Korea. Kemudian baru lah hati ini terpaut dengan lagu korea. Itu pon terhadap 2 kumpulan sahaja. SS501 dan FT.ISLAND. Sekarang sudah mula minat dengan GD&TOP.*huuhhhu... Tapi dalam Korea yang aku minat, aku masih boleh bernyanyi lagu irama 60 an.. Tak percaya?Try me!!!
So,aku malas nak menaip lebih.. Assignment berlambak. So, Just See the pic!

~FT.ISLAND for PC time~
~FT.ISLAND Daebak!!!~
~the only girl group! (4Minutes)~
~Korean Music Wave 2011~
~GD&TOP, SEUNGRI~
~Kak Bennie(Prims) & Kak Zureen(dhf TOP)~
~The Best Opening Performance!!! Daebak!!~
~The Best Closing Performance!!!Daebak!!~
Gambo aku mane? Inilah akibat teruja melihat persembahan mereka!.. Gambo sendiri pon boleh terlupa nak tangkap.. *sabo je lah aida...hehe. Apa-apa pon, inilah hadiah harijadi ku yang terbaik.. Kamsahamida unnie..=)
Monday, October 3, 2011
Pemujuk Hati
Sering kali hati rasa tidak selese. Emo kah aku? Aku bukanlah seorang yang mudah membiarkan hati dibuai rasa emosi yang entah apa-apa. Aku juga bukan seorang yang mudah menitiskan airmata. Tapi entah kenapa, senang pula hati ini rasa tidak selesa. Perlu dipujuk hati ini. Aku tahu DIA sangat menyayangi aku. Takkala hati ini mahu dipujuk kerana terlalu melayan emosi mungkin?, aku menemui sesuatu yang telah sekian lama DIA berikan kepada hambanya. Alhamdulilllah...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?
Yang membebankan punggungmu?
Dan Kami muliakan namamu.
Sesungguhnya di samping kesukaran
datanglah kesenangan .
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka
bersusah payahlah (mengerjakan lain pekerjaan).
Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.
surah Al-Insyirah..
Semoga hati ini semakin tenang dengan rahmatmu Ya Allah. Amin

Saturday, October 1, 2011
~Kemain Berjersinye~
Photoshoot!!!
Photoshoot!!!
Lagi?? dan lagi????
Dah masuk 4 sem pon dah..
Dan dah macam annual activity kot aku rase...
Photoshoot! dan Ber'posing' macam biase!!
Bezanya cuma, kali ni tema untuk photoshoot tu kene ade Jersi!!!
So pakat la sume kene mencari jersi gak untuk disarungkan ke badan masing-masing..
Jom usha antara pic yang aku suke-suke nak masuk kan... Walaupon jersi nye sume pakat cari last minit!!
Yang penting semangat nak lakukan perkara tu menjadi ada, tercapai!!..huhuhhu...

~hitam kuning vs putih hitam~
~juwita vs alphinia~
~awek juwita!!!~
~praktis posing!!~
~Double Aisyah~
~Gadis Nexus~
~White is not a Colour~
Ini baru separuh dari koleksi gambo..
Maklum la, bebudak Nexus ni kire hebat gak bab jadi model untuk sesuke hati sendiri...*hahhah..naik lift tekan sendiri la yer..*
Multitalented.. Kate kau~~
Tapi sebenonya tujuan beria-ria nak bergambo ni, bukan lah suke-suke..
Kalau tak aku pon tak nak beli jersi, baik pakai je jersi yang orang bagi dulu...huhhu
Semua ni dibuat sebab nak present for JUNIORS NIGHT!!!
So tunggu la hasilnya nanti..huhhuhuh
ok!..Gudnite~~~
Subscribe to:
Posts (Atom)