Dalam ikthilat, kalau boleh aku mahu dilayan sebagai KAWAN. Bukan sebagai perempuan. Kenapa??
Sebab aku adalah perempuan. kerna hati perempuan itu selalu mudah tersentuh. Dan aku tidak mahu sesiapa menyentuhnya. Ini bukan diskriminasi gender atau pon apa-apa, tetapi ini realiti.
Kalau kamu melayan aku seperti perempuan
Hati perempuan itu punya 1 cinta.
Bila Kamu terlalu rapat dengan aku dalam ikthilat, boleh jadi nanti aku akan jatuh hati terhadap kamu.
Bila Kamu terlalu baik melayan aku sebagai perempuan, boleh jadi nanti aku akan mula suka terhadap kamu.
Bila Kamu mula menghantar apa-apa pesanan walaupon tidak penting kepada aku, nanti boleh jadi aku rindu menanti pesanan dari kamu.
Bila kamu membuat aku terlalu gembira dengan perhatian yang kamu berikan kepada aku sebagai perempuan, boleh jadi aku tidak dapat mengelak dari mengakui aku menyenanginya.
Bila kamu membuat aku marah,boleh jadi aku akan mula mendiamkan diri dan mencari perhatian kamu.
Bila setiap perlakuan kamu yang menyenangkan aku, dan membuat aku sukar untuk mengelak untuk meyenanginya walaupon aku tahu itu kamu cuma anggap sebagai kawan sahaja, aku yang akan mula merasa kecewa. Tapi....
Bila kamu melayan aku sebagai kawan.
Hati kawan itu punya banyak rasa.
Bila kamu terlalu rapat dengan aku sebagai kawan, boleh jadi aku akan menjarakkan itu sebagai persahabatan.
Bila kamu terlalu baik melayan aku sebagai kawan, boleh jadi aku menghargai kamu sebagai sahabat.
Bila kamu kamu menghantar apa-apa pesanan, aku akan mengangap itu pesanan dari seorang kawan.
Bila kamu membuat aku terlalu gembira dengan perhatian kamu, aku tahu seorang kawan sedang peduli tentang kawannya.
Bila ada salah faham, lebih mudah untuk aku dan kamu menyelesaikannya.
Kerna itu aku mahu kamu melayan aku sebagai KAWAN dan bukannya PEREMPUAN.. Bukan itu sahaja, aku mahu kamu mengetahui dan memahami mengapa Alllah mengariskan hubungan antara muslimin dan muslimat.?? Sebab Allah tidak mahu saya dan perempuan-perempuan lain terluka, kerna perempuan itu hanya punya satu cinta.
"tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer of them. Allah is aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest." An-nur: 30-31
Aku bukanlah mengelak pergaulan, tapi cuba menjaga pergaulan. Supaya dalam pergaulan itu tiada hati yang terluka, dan tiada juga mencipta murka DIA.
No comments:
Post a Comment