Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, June 29, 2012

The Real Attacker: Germany!

Selamat subuh!

Subuh hari ni, tabah menaip blog ni. Bukan ape, sebenarnye dah tak boleh lelap selepas tegok bola Germany bertemu Italy. Akhirnye rekod tanpa kalah Germany dileburkan. Maksud aku, rekod sepanjang perlawanan EURO2012 ni berlangsung. Sedikit sedih la kan, sebab team wa tak dapat ke final kali ni. T_T. 
Walaupon ade potensi, orang kata bola tu bulat, dan kalau dah bukan rezeki, hebat pon boleh tumpas.

Tetibe teringin nak menjadi pengulas perlawanan ni. *layankan aje ye*

Germany boleh dikatakan pasukan yang akan berjuang sehingga saat akhir. Bermula dengan perlawanan  bertemu Portugal, kemudian Netherlands, seterusnya Denmark, dan Greece, Germany berusaha keras untuk mengumpul mata teringgi bagi kumpulan B untuk layak ke suku akhir. Pada perlawanan suku akhir, German berhadapan dengan Italy yang terkenal dengan barisan pertahanan yang sangat kuat. Tapi apa-apa pun, perlawanan antara German dan Italy kali ini merupakan perlawanan paling menarik dan terbaik yang pernah aku tengok sepanjang EURO2012 ni. Kenapa?

Sebab aku katakan , ini adalah perlawanan paling terbaik dan menarik sebab corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Positif! Bertapa hebatnya Italy mempertahankan benteng gawang gol.   Memang jenuh lah nak bolos. Kepantasan dan lajunya jaringan pemain Italy. German pula, hanya dengan sedikit kesilapan, tapi Germany punyai semangat yang tak semua pasukan ada. Seriously!

Kalau pasukan Italy memilih untuk bertahan, tetapi Germany mungkin membawa semangat HITLER, *aku rasa le* berjuang habis-habisan. Apa yang paling menarik bagi aku,selain dari serangan bertubi-tubi dari setiap penyerang dan pemain tengah, seakan aku tak percaya penjaga gawang gol Germany turut bertindak menyerang dan buat "keje gile" tinggalkan gawang gol untuk join pemain lain menyerang gawang gol Italy pada saat akhir! Dan itu memang terbaik! wa respect!

Ini yang aku katakan "the real attacker". Serang sampai tiupan wisel terakhir! Mungkin Neuer melakukan kesilapan dengan membiarkan 2 gol bolos kepada pasukan Italy, tapi sekurang-kurangnya die berusaha tebus balik kesilapan dengan tindakan luar jangkaan itu. Gol penalti Ozil sedikit menjaga maruh germany. Walaupon kalah, aku sebagai penyokong Germany sejak azali, tetap puas hati!


~Mesut Ozil have done the best for their team~

Dengan itu, boleh lah aku fokus kepada paper-paper final aku. Al-maklum lah aku ni bab bola, lebih -lebih lagi kalau EURO or WORLD Cup memang agak lupa diri sikit!. heheheh... Actually, banyak! Spain bertemu Italy, aku harap Italy menang! kenapa? Sebab bagi aku mereka punya potensi untuk gelaran Juara EURO2012. *sebenarnya saje nk opposite dari A, blh wat point gaduh time final match nanti. ngeh3*

oklah, subuh dah panjang! Selamat menunaikan solat yer.

Friday, June 8, 2012

EURO 2012 is Coming Home!!

EURO 2012 is Coming Home! Hari ni bermulah lah Perlawanan pertama untuk EURO 2012. Pertemuan di antara Poland dan Greece. Percaya atau tidak, ini akan menjadi perlawanan yang hebat. Perlawanan pembukaan. Apa yang lebih penting ini pertemuan antara pasukan yang boleh dikatakan hebat bagi aku. Kumpulan A yang diwakili oleh Poland, Greece, Republic Czech, dan Rusia, manakala kumpulan B diwakili oleh Netherland, Germany, Portugal dan Denmark. Apa yang pasti kumpulan B ni ade pasukan kegemaran aku. Kumpulan C pula, disertai oleh Spain,Italy, Ireland dan Croatia. Dan kumpuln D tidak kurang hebat diwakili oleh France, England, Ukraine dan Sweden. Memang bukan calang-calang. Aku antara orang yang tidak sabar menantikan perlawanan EURO 2012 ni. Jom rasai dan alami demam EURO2012! Walaupon test dan exam semakin hampir!:P


My Own Jersey GERMANY


Favorite team 

Aku memang sejak azali lagi dah minat team GERMANY ni, tak pernah sekali pon aku berganjak dari team ni! Tapi tak bermakna aku sokong Germany aku tak support team negara aku! Jangan buat prasangka seperti itu. Aku pon penyokong tegar Harimau Malaya. Dari segi EURO dan WORLD CUP, aku kan sokong GERMANY. Tapi kalau satu hari nanti, Team Malaysia masuk World Cup, akulah orang pertama akan tinggalkan germany. heheheh... 



~I'm Coming Home.Tell the world that I'm Coming Home~

Thursday, June 7, 2012

Instagram Dan Kamera Digital EOS 1100D

Instagram. Apa itu instagram? Telegram aku tahulah. Sebab dulu-dulu selalu tengok cerita P.Ramlee ade sebut pasal telegram. Ade kene-ngene ke??. Sebenarnya Instagram bukanlah satu fenomena baru, tapi dah lama dah melanda dunia teknologi gadget seluruh dunia. Aku ni antara orang yang baru terkena atau didedahkan dengan Instagram. Bermula dari mendownload je sebarang application baru yang ade di Android Mobile Market,(pantang nampak yang berkaitan kamera, terus nak download aku ni!), so bermulalah explore mengenai Instagram.

Kepada pencinta gadget dan fotografi, aku percaya sudah sangat terdedah dengan application Instagram ni. Dan percaya tak kalau dikatakan terlalu banyak yang aku lihat hasil gambar yang sangat cantik menarik dari kawan-kawan aku yang pakai Instagram, tapi memang tak boleh lawan la INSTAGRAM punye hasilan gambar sendiri. Sangat kreatif. Seni itu luaskan, so sesiapa sahaja boleh bebas menghasilkan seni gambar sendiri.

Sebenarnya Instagram ni application baru bagi Samsung, sebelum ni mungkin application ni ade pada IPhone je. Sejak beralih meninggalkan Sony Ericsson, (terjatuh cinta dengan Samsung) so, nak tak nak kenalah menerima dan mempelajari apa sahaja yang ada. Konon! So terima kasih kepada yang menghadiahkan Samsung kepada saya! love!


~myfav Instagram~


~ZOOBOOTCAMP Instagram~


~kawan-kawan Instagram~


~My Music FTISLAND Instagram~

Walaupon aku dah terdedah dengan application ni, tapi aku masih rasa kamera digital tu lebih menarik penggunaannya. Ada kepuasan sendiri yang mungkin takkan dapat pada Instagram. Haruslah kan! Aku mungkin terlalu baru dengan kamera digital, selalu pon cuba-cuba kamera digital kawan-kawan. Hebat lah mereka ada kamera digital. Dari Kamera digital gak, kitaorang boleh kumpul ramai-ramai wat photoshoot! Itu satu kehebatan yang Instagram tak mampu nak gugat. (mau stuck application tu kalo dok snap and upload 100 gambar tanpa henti macam kamera digital buat..heheh). Normal lah kan ade kelebihan dan kekurangan.  

Sekarang, tak semena-mena aku tengah asyik dengan digital kamera. Kalau orang tengok mungkin ingat aku ni budak TEKA. hahahhah. Salah course dah...  Mungkin minat tu dah lama ade,tapi peluang baru tiba. Alhamdulillah, semua tu parents always support dan tak halang. IncheCanon sekarang dah in relationship dengan saya. Tetibe. Terima kasih IncheCanon dan tukang support. Mungkin hadiah CGPA? hahahah...


~incheCanon~