Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Thursday, September 29, 2011

When Somebody Care about You

"When Somebody care about You"

Apa maksud 'care' tu sebenarnya? Selalu kan dalam hidup kita, kita dengar perkataan "Take Care!", "Carefull!!" *ini kira yang baik lah kan?. *

Kalo yang ayat tak baik nya "do i care?", "Careless!","who's care?" dan macam lagi la prosa yang sama boleh kite jumpa tentang 'care' ni...

"Care" tu boleh diertikan dengan maksud peduli. So maksudnye peduli tu boleh diertikan juga dengan ambil tahu, ambil kisah dan ambil peduli. Kire satu perkara yang baik lah kan? dan mungkin juga boleh jadi tak baik. kan?? Ini pendapat aku lah. Masih tak faham? ok jom baca apa yang aku nak merepek untuk bagi faham ape yang aku maksud kan, or apa yang cuba aku sampaikan. huhhuhu.. Lets go!

Dalam hidup kita, tipulahkan kalau kita langsung tak de perasaan nak "peduli or care" about something, someone, or anything? Betul tak? Mesti ade punye kan? Alah mengaku aje, cakap TAK pon tak gune. Kalau tak, takkan nak baca dan nak tahu apa yang nak disampaikan ? thats such about care.. kan?huhhuu...

Dont ever shy to admit!! its normal la kalau kita ade rase "care" pasal sesuatu perkara dan tentang seseorang kan? Lebih -lebih lagi kalau kite peduli tentang orang yang rapat dengan kita, orang yang kita sayang, orang yang kita cintai, dan orang-orang yang paling penting dalam hidup kita.

Tapi, percaya atau tidak, terkadang rase "care" kite tu kadang-kadang boleh buat orang rasa sangat dihargai, dan ade masanya pula akan buat orang rasa sangat annoying dengan apa yang kita rasa tu.

So baik ke tidak rasa "care" tu??

Ada baiknya bile ada orang yang "care" tentang kite. Sekurang-kurangnya kita masih ade seseorang yang betul-betul ambil tahu tentang kita. Kita tahu ade yang risaukan kita, ada yang sayang kan kita, dan ada yang peduli tentang kita. So please do appreciate them! Its simple!, just say Thanks at least?!

Tapi kalau kita terlalu "care" tentang seseorang atau sesuatu perkara sehingga menyebabkan ia manjadi satu gangguan atau ketidakselesaan terhadap individu lain, itu sudah menjadi sesuatu yang negetif!!. Never try to angry with them, but try to lets them know that u  r not comfortable with the way they care about you. Even tak suke pon, cakap baik-baik sebab mereka mempunyai rasa peduli terhadap kita, yang tak mungkin orang lain akan buat perkara yang sama pada kita. Walaupon ia melemaskan kita

Nape macam tu pulak kan??
Sebab orang yang "care" dengan kita, takkan selamanya akan bertahan dengan apa yang mereka usaha lakukan jikalau kita tak pernah menghargai mereka.
Easy words, them willl dissappear like a bubble..

Pernah dengar ayat ni tak???

"Don't just ignore the effort of a person who tries to keep in touch. People get tired. Its not all times that they hold on."


So, dah tahu kan? just appreciate and give&take when u have somebody that really care about you. Because, when they get tired, they never care about you anymore.

Wednesday, September 28, 2011

Bekas Hati=)

Hari ini agak membosan kan. Kelas pon macam ada, tapi tak de pon sebenonya. Penat hari ni pergi kelas berjalan jer.. Berbekas gak bengang kat hati nih.. hehehhe.. Tapi nasib dapat lepak kat umah. Sedang dok syok layan lagu big bang kat youtube, tibe-tibe tersangkut dengan lyrics lagu Jar of Hearts nih. Macam best jer.. hahahha... Just suke lagu die je. Ni aku selit skit lirik lahu tuh..


No, I can't take one more step towards you
‘Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time


And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time


It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
‘Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apartYou're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?
 


motif???
tetibe nak tuko mood layan lagu inggeris.. hahhahh... Selama ni mood korea dan sinar fm je kan? 

Kenapa Wanita Sering Menagis???

Persoalan ini sering ditanya oleh insan bernama lelaki. Kenapa wanita sering menangis? Murah sangat ke air mata wanita? Sikit-sikit nak menagis? Tengok macam lelaki, susah nak menagis. Dan soalan itu sehingga hari ini tidak pernah habis kepada aku apabila ada saja kawan-kawan lelaki yang bertanya kepada aku "kenapa wanita sering menagis?" Dan aku juga bertanya, kenapa bertanyakan kepada aku? sedang aku juga adalah seorang perempuan yang bakal menjadi seorang wanita? mungkin aku juga akan menagis? dan jawapan yang aku terima, kerana mereka tidak pernah melihat aku menagis. Sungguh salah jawapan mereka!!..hahahh... *Gelak besar lah dengar jawapan tu.. Aku pon normal gak kot!

Aku ingat persoalan itu akan habis disitu, kalau aku cuma menjawab "biasalah wanita.. sensitif..!!". Tetapi sebenarnya jawapan itu tidak cukup untuk buat mereka faham dan mengerti. Jadi aku perlu menjawab dengan lebih jelas.

Fazreen: Weyh, kenapa wanita tu sikit-sikit nak menagis? bende kecik pon nak menagis? tak penat ker?

Aku: Apasal plak ko tetibe tanye soalan cepu gangsa dan macam nak kene cepuk je nih?*muke selamber...

Fazreen: Hehehehe.. Takde la kan.. Aku selalu terjebak dalam situasi wanita menagis ni. Mak cik aku hari tu menagis, mak aku pon nak menagis, even kakak aku yang dah beso panjang tu pon nak menagis. Tak faham aku. Kalau kata perempuan tu sensitif, tak sume sensitifkan? Dapat stock hati keras macam ko ni,tak menagis pon susah kan? hahahah.. Lelaki pon ade gak pe yang sensitif, tapi takde pon menagis...

Aku: Hahahhah... amboi, sempat gak kan ko nak kenekan aku? aku tangan gak kang! Ngek la ko ni... Beria sangat ko nak tahu kan? meyh sini aku bagi clear supaya ko tak wat redundant question lagi kat aku. Nyampah tahu dengo soalan ynag sama.. huhu

Fazreen: Ha, cepatlah bagitahu.. Nak sangat aku mengetahui dan mengenali bab wanita ni...*wat muka poyo..

Aku: Haila.. sabo je la dengan dak ni.. Erm aku adalah terbaca dan dengar cite. So lain kali banyak kan membaca yer... hahhaha..  Ok2, fokus kepada jawapan untuk soalan ko tu.. Sebab kenapa wanita sering menagis? Aku jawab dalam bentuk cerita yang aku baca lah yer. Seorang anak, macam ko lah sering bertanya kepada ibunya "kenapa ibu menagis?" lalu ibu budak tu pon jawab ler  "wanita memang sering menagis" kire ibu die tak jawab secara details la kan? so budak pon pergi la bertanya plak dekat ayah die soalan yang sebijik, seketul sama.. tahu ape abah die jawab???

Fazreen: Ntah???

Aku: Sebijik seketul macam ko komdem wanita la.. "wanita memang suka menagis tanpa alasan, air mata murah.Jadi lelaki jangan mudah menagis"

Fazreen: ooooooooooo........

Aku: Tak payah nak ooooo sangat la, cite aku belum habis.. So budak tu kire tak dapat la jawapan die nak. Sampai le budak tu dah ramaja sebeso sebijik macam ko, die still tak dapat jawapan die. Sehingga la satu malam...

Fazreen: ai ko nak buka cite hantu plak ke aida oi???

Aku: Tengok!! agak suke menyampuk.. Nak dengo ke tak ni??? aish...

Fazreen: Hehehhehe.. nak!nak.. ok sorry..

Aku: Sampai la satu malam, die bermimpi dan bertanya kepada tuhan "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menagis?"dan jawapan itu dijawab oleh Allah.. " Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya , agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun begitu bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kapala bayi yang sedang tidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap dan berulang kali dia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang sudah berputus asa.

Kepada wanita juga, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupon letih, sakit, lelah, tanpa berkeluh kesah.

Fazreen: Erm ye gak kan? lagi??

Aku: Ade lagi, tak habis lagi nih.. bagi aku bernafas jap....huhhu

Fazreen: ok2..

Aku: Ok tang mane tadi?? Wanita itu juga kan, Allah berikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya dalam ape keadaaan dan juga situasi, walaupon seringkali anak-anaknya itu menyakiti dan melukai perasaan dan hatinya. Peraasan itu pula yang memberikan kehangatan kepada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang memberi ketengan saat didakap lembut oleh wanita.

Allah berikan wanita kekuatan untuk membimbing dan menjadi penguat suaminya malalui saat-saat susah dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Alllah juga berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah suami yang tak pernah melukai isterinya. Walaupon seringkali kebijaksanaan  itu akan menguji setiap kesetiaaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri selaras, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Fazreen: lagi? macam tak jawab soalan aku jer?

Aku: ok yang ni last penutup untuk jawab soalan ko tu.. tak nyempat-nyempat... Allah kuatkan batinnya agar untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti olah orang yang disayangi. Wanita makhluk yang kuat. Tetapi jika satu saat dia menagis ketahuilah itu kerana Allah berikan wanita airmata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah khusus Allah berikan kepada wanita agar dapat digunakan tak kira pada masa bile ia diperlukan. Hanya inilah kelemahan wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Fazreen: erm... macam tu, barulah aku tahu.. Kire airmata wanita itu bukan menunjukkan die lemah le kan?

Aku: Yup! Exactly! 10 markah! Wanita itu memang dikatakan makhluk yang lemah, tetapi setiap kali wanita itu mengalirkan airmata itu bukan bermaksud die lemah, tetapi die memberi kekuatan kepada diri sendiri dan orang lain. So, jangan ko nak pikir wanita tu lemah ok!hhuuhuhu..... So aku dah jawab soalan ko kan?* sambil angkat kening double jerk...

Fazreen: hehhe... ye! time kasih yer, perpustakaan bergerak!

Aku: Kuang asam!!




Thursday, September 22, 2011

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah..

Alhamdulillah....
Terima Kasih ALLAH..

Hari ini, di saat ini, ketika ini tak ada perasaan yang dapat aku gambarkan melainkan bersyukur kepada DIA, Sang Pencipta. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang kepada diri ku ini untuk bernafas.  Alhamdulilllah, kernaMu aku bisa mencapai umur aku sekarang. Ya sekarang aku sudah masuk angka 22 tahun.  Sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.. Memberi aku peluang untuk meneruskan hidup sehingga ke saat ini, walau terkadang aku diuji dengan kesihatan yang tidak menetu. InsyaAllah, tidak akan aku sia-siakan rahmatMu.. Kerna hari esok , belum ku tahu tentang ajal mautku.. Tetapi jauh disudut hati, semoga hidayah Allah sentiasa menerangi perjalanan hidupku, supaya aku tidak mensia-siakan Rahmat umur panjang yang telah Dia berikan.. Amin

Tak lengkap juga kan kalau aku tak ucapkan terima kasih dengan my lovely mama. Terima kasih kepada emak yang telah melahirkan saya..hehehhe. Terima kasih juga kepada ayah yang sentiasa mendidik aku sehingga dewasa! Wah..dewasa ke dah ni?? hehhehe.. A Billion thanks kepada mak dan ayah.. Love both of you.. And i never forget to say a billion thanks to  my penjaga yang paling disayangi Mak Dak. Special thanks to Kak nie.. yeah dapat hadiah tengok hongki!! hahahhah....=) my lovely sibling! thanks!


~hadiah hari jadi aku..hahah~


Selain keluarga disisi, aku pon nak berterima kasih kepada sahabat tersayang Nur Shaqira by Mozni, Wan Mar Nur Fatihah yang sentiasa di sisi aku.. sehingga ke saat ini. heheheh.. Love you babe!!.. Teman yang pernah merapati diri ini, terima kasih kerna masih mengingati. dan pada kawan-kawan yang mewarnai kehidupan sehingga hari ini.. And big thanks to "budak rumah juwita dan budak umah kasih serta nexus group for the cake!!" sungguh manis..


~kek dari bebudak umah kasih...thanks kome!!!~


Semoga, di usia 22 tahun ini, Aku lebih menghargai diri. Lebih mendekati DIA... Semoga aku lebih kuat dari hari-hari semalam, dan semoga aku berjaya menghadapi hari-hari yang mendatang!!! Come on Saidatul Aisyah, live your life.. Do appreciate and never give up!!..

Monday, September 19, 2011

Kesabaran manusia itu ada hadnya

Pernah dengar potongan kata-kata, "Sabar itu separuh daripada iman"??..Memang benar, manusia itu sudah dibekalkan dengan kesabaran. Supaya manusia itu sentiasa bersabar dengan apa yang dilalui. Dan memang benar manusia yang punya iman itu sentiasa kan diuji dengan dugaan sepertinya emas yang akan diuji dengan api. Kerna itu Allah telah bekalkan kapada manusia itu sifat sabar, supaya manusia bisa berfikir dan bersabar dalam setiap tindakan dan cubaan yang harus dilalui.

Namun, kesabaran yang dibekalkan itu juga punya tahap atau hadnya. Sering diri memujuk hati supaya bersabar. Sering tangan mengurut dada supaya bersabar. Sering mulut mengucap kalimah Allah supaya dapat bersabar. Bersabar dan terus bersabar. Sering memujuk diri, "Biarlah orang buat kita, jangan kita buat dia"... Ayat yang agak klise bukan? untuk memujuk diri sendiri. Semua orang pon akan sentiasa berbuat begitu untuk bersabarkan? akui saje lah!!..

Tetapi sehingga mane sabar itu boleh ditahan kalau diri sendiri, keluarga sendiri dicaci, dimaki dan difitnah? sehingga mana mampu ku tahan kalau maruah keluarga ku diletak di telapak kakinya? sehingga mana mampu kutahan jika keluarga ku diperkotak katikkan? Sampai bila???? Tiada siapa mampu menjawab. Kata yang lebih tua, "bersabarlah, sedikit masa lagi semuanya akan selesai, berikan sedikit masa". Tapi hati muda ku, hati orang-orang yang dipersendakan maruahnya tidak terpikir untuk menunggu sedikit masa lagi, kerna sudah terlalu banyak masa yang aku dan yang lain berikan. 2 tahun, itu bukan satu jangka masa yang terlalu pendek untuk mengumpul sebuah kesabaran. Sudah terlalu lama sebenarnya .

Sabar itu mungkin sudah tipis, sabar itu mungkin juga akan habis... Semoga Allah memelihara keluargaku..
Ingatlah, sabar manusia itu ada hadnya. Seperti menakung air didalam baldi, kalau sudah terlebih airnya, air didalam takungan akan melimpah keluar.*ok, ayat sendiri~~~

Tuesday, September 13, 2011

Bertemu makhluk biru, I SMURFS you!

12 september, tarikh ni bermula sesi kuliah sem baru bagi semua pelajar Universiti. Termasuk aku jugak, yang sepatutnya pergi ke kelas pada hari pertama kuliah!! Tapi, aku tak tergolong dalam pelajar yang bersiap-siap untuk pergi ke kuliah. Kenapa?? Disebabkan aku rasa keadaan diri aku macam belum ok untuk ke kuliah, so aku putuskan untuk ponteng je kuliah hari isnin. heheh. Bunyi macam jahat je kan? Tapi taklah jahat sangat, sebab itu kira normal dah tu. Tak beretika, tapi tak melanggar undang-undang kan?


~THE SMURFS~

So apa plan untuk aku isi? Takkan nak duduk umah walaupon perut rase macam sangat tak selesa? Jadinya, seperti yang dijanji dan dirancangkan untuk menonton filem THE SMURFS bersama dengan Kak nie , Kak ruby dan Kak shiqah pada semalamnya masa berkunjung ke open house rumah kak shiqah dan kak ruby, so kami pon teruskan je plan tu...huhuhu.. Kire memang ponteng yang terisi la untuk hari pertama mula kuliah. Gile nakal. So kalau patutnya awal pagi dah aku bersiap untuk ke kelas, tapi dalam kol 9 pagi baru bangun dan bersiap untuk ke Mid Valley.


~tiket untuk jumpa MR SMURFS~

Sampai je dekat Mid Valley dalam kol 10 macam tu, so dah alang-alang sampai awal dari masa yang dijanjikan, Kak nie decide settlekan semua bil dulu, sementara menunggu Kak Ruby dan Kak Shiqah sampai. Sementara tunggu, lepak dulu kak Oasis, sarapan pagi la konon, tapi sayangnya Nasi Lemak tak berapa nak sedap la. Lepas makan, terus gerak tengok tiket untuk bertemu MR SMUFRS.heheh.. Time ni dah excited dah. Kemudian sempat gak borong sepasang kasut kat VINCCI.


~sepasang kasut yang sempat dirembat!!~


~sementara membeli pop corn: Kak nie, Kak Ruby, dan Kak Shiqah~

Dalam pukul 1:15petang kami masuk untuk berjumpa incik SMURFS, tapi sebelum masuk tu, dan la kami berbaris untuk membeli popcorn,nugget. air coke,milo dan yang paling penting dapat percuma bekas air SMURFS. everything bout SMURFS. huhuuhuhu.. senyum sampai ke pipi =)

Serious cerite THE SMURFS ni sangat la Best!! huhu.. Tak jemu la kalau tengok. Gelak sesaje dengan lawak bersahaja dari Smurfs yang Clumsy dan Kucing Gagarmel yang lebih bijak dari tuannya. *boleh ke macam tu?? huhuhu*  Lepak kat Mid Valley jalan punya jalan cuci mata, perut mula lapar, so pergi la makan dekat The Gardens. Kak nie order makanan jepun. Karai Bento *dalam hati aku, alah orang karai je buat makanan ni kot..ekeekke*, Kak Ruby,order makanan Korea, dan aku order makanan Thailand. Semua pakat order makanan luar negara ni..huhuhuu..


~food garden!!! Kenyang!!~

Lepas makan, hari pon dah lewat. Ye lah tak sedo, asyik punye bersembang pasal plan nak bagpack ke Korea. Tak sedo macam dah lama snagt je keluar..hhuhuhhu.. Semangat tu yag penting!!

Tuesday, September 6, 2011

Salam Merdeka Raya!!

Wah sudah lama aku tak buat regangan jari jemari....huhu. Ini semua gara-gara kekangan teknologi yang tak dapat dielakkan. Ye lah, susah mau online 24 jam macam dulu lagi.. So kalau tengok post aku kali ini tajuk macam gempak gile.. Walaipon dah agak terlambat, aku tetap nak ucapkan Selamat Merdeka Raya!!..


Merdeka Raya!, kali pertama terjadi apabila berpeluang sambut merdeka dan raya sekali.. Memang best la kan??? heheh.. Alhamdulillah, aku masih berpeluang menyambut hari merdeka dan juga Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini!.. Itu je pon nak cakap..=)