Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, September 13, 2011

Bertemu makhluk biru, I SMURFS you!

12 september, tarikh ni bermula sesi kuliah sem baru bagi semua pelajar Universiti. Termasuk aku jugak, yang sepatutnya pergi ke kelas pada hari pertama kuliah!! Tapi, aku tak tergolong dalam pelajar yang bersiap-siap untuk pergi ke kuliah. Kenapa?? Disebabkan aku rasa keadaan diri aku macam belum ok untuk ke kuliah, so aku putuskan untuk ponteng je kuliah hari isnin. heheh. Bunyi macam jahat je kan? Tapi taklah jahat sangat, sebab itu kira normal dah tu. Tak beretika, tapi tak melanggar undang-undang kan?


~THE SMURFS~

So apa plan untuk aku isi? Takkan nak duduk umah walaupon perut rase macam sangat tak selesa? Jadinya, seperti yang dijanji dan dirancangkan untuk menonton filem THE SMURFS bersama dengan Kak nie , Kak ruby dan Kak shiqah pada semalamnya masa berkunjung ke open house rumah kak shiqah dan kak ruby, so kami pon teruskan je plan tu...huhuhu.. Kire memang ponteng yang terisi la untuk hari pertama mula kuliah. Gile nakal. So kalau patutnya awal pagi dah aku bersiap untuk ke kelas, tapi dalam kol 9 pagi baru bangun dan bersiap untuk ke Mid Valley.


~tiket untuk jumpa MR SMURFS~

Sampai je dekat Mid Valley dalam kol 10 macam tu, so dah alang-alang sampai awal dari masa yang dijanjikan, Kak nie decide settlekan semua bil dulu, sementara menunggu Kak Ruby dan Kak Shiqah sampai. Sementara tunggu, lepak dulu kak Oasis, sarapan pagi la konon, tapi sayangnya Nasi Lemak tak berapa nak sedap la. Lepas makan, terus gerak tengok tiket untuk bertemu MR SMUFRS.heheh.. Time ni dah excited dah. Kemudian sempat gak borong sepasang kasut kat VINCCI.


~sepasang kasut yang sempat dirembat!!~


~sementara membeli pop corn: Kak nie, Kak Ruby, dan Kak Shiqah~

Dalam pukul 1:15petang kami masuk untuk berjumpa incik SMURFS, tapi sebelum masuk tu, dan la kami berbaris untuk membeli popcorn,nugget. air coke,milo dan yang paling penting dapat percuma bekas air SMURFS. everything bout SMURFS. huhuuhuhu.. senyum sampai ke pipi =)

Serious cerite THE SMURFS ni sangat la Best!! huhu.. Tak jemu la kalau tengok. Gelak sesaje dengan lawak bersahaja dari Smurfs yang Clumsy dan Kucing Gagarmel yang lebih bijak dari tuannya. *boleh ke macam tu?? huhuhu*  Lepak kat Mid Valley jalan punya jalan cuci mata, perut mula lapar, so pergi la makan dekat The Gardens. Kak nie order makanan jepun. Karai Bento *dalam hati aku, alah orang karai je buat makanan ni kot..ekeekke*, Kak Ruby,order makanan Korea, dan aku order makanan Thailand. Semua pakat order makanan luar negara ni..huhuhuu..


~food garden!!! Kenyang!!~

Lepas makan, hari pon dah lewat. Ye lah tak sedo, asyik punye bersembang pasal plan nak bagpack ke Korea. Tak sedo macam dah lama snagt je keluar..hhuhuhhu.. Semangat tu yag penting!!

No comments:

Post a Comment