Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, September 28, 2011

Kenapa Wanita Sering Menagis???

Persoalan ini sering ditanya oleh insan bernama lelaki. Kenapa wanita sering menangis? Murah sangat ke air mata wanita? Sikit-sikit nak menagis? Tengok macam lelaki, susah nak menagis. Dan soalan itu sehingga hari ini tidak pernah habis kepada aku apabila ada saja kawan-kawan lelaki yang bertanya kepada aku "kenapa wanita sering menagis?" Dan aku juga bertanya, kenapa bertanyakan kepada aku? sedang aku juga adalah seorang perempuan yang bakal menjadi seorang wanita? mungkin aku juga akan menagis? dan jawapan yang aku terima, kerana mereka tidak pernah melihat aku menagis. Sungguh salah jawapan mereka!!..hahahh... *Gelak besar lah dengar jawapan tu.. Aku pon normal gak kot!

Aku ingat persoalan itu akan habis disitu, kalau aku cuma menjawab "biasalah wanita.. sensitif..!!". Tetapi sebenarnya jawapan itu tidak cukup untuk buat mereka faham dan mengerti. Jadi aku perlu menjawab dengan lebih jelas.

Fazreen: Weyh, kenapa wanita tu sikit-sikit nak menagis? bende kecik pon nak menagis? tak penat ker?

Aku: Apasal plak ko tetibe tanye soalan cepu gangsa dan macam nak kene cepuk je nih?*muke selamber...

Fazreen: Hehehehe.. Takde la kan.. Aku selalu terjebak dalam situasi wanita menagis ni. Mak cik aku hari tu menagis, mak aku pon nak menagis, even kakak aku yang dah beso panjang tu pon nak menagis. Tak faham aku. Kalau kata perempuan tu sensitif, tak sume sensitifkan? Dapat stock hati keras macam ko ni,tak menagis pon susah kan? hahahah.. Lelaki pon ade gak pe yang sensitif, tapi takde pon menagis...

Aku: Hahahhah... amboi, sempat gak kan ko nak kenekan aku? aku tangan gak kang! Ngek la ko ni... Beria sangat ko nak tahu kan? meyh sini aku bagi clear supaya ko tak wat redundant question lagi kat aku. Nyampah tahu dengo soalan ynag sama.. huhu

Fazreen: Ha, cepatlah bagitahu.. Nak sangat aku mengetahui dan mengenali bab wanita ni...*wat muka poyo..

Aku: Haila.. sabo je la dengan dak ni.. Erm aku adalah terbaca dan dengar cite. So lain kali banyak kan membaca yer... hahhaha..  Ok2, fokus kepada jawapan untuk soalan ko tu.. Sebab kenapa wanita sering menagis? Aku jawab dalam bentuk cerita yang aku baca lah yer. Seorang anak, macam ko lah sering bertanya kepada ibunya "kenapa ibu menagis?" lalu ibu budak tu pon jawab ler  "wanita memang sering menagis" kire ibu die tak jawab secara details la kan? so budak pon pergi la bertanya plak dekat ayah die soalan yang sebijik, seketul sama.. tahu ape abah die jawab???

Fazreen: Ntah???

Aku: Sebijik seketul macam ko komdem wanita la.. "wanita memang suka menagis tanpa alasan, air mata murah.Jadi lelaki jangan mudah menagis"

Fazreen: ooooooooooo........

Aku: Tak payah nak ooooo sangat la, cite aku belum habis.. So budak tu kire tak dapat la jawapan die nak. Sampai le budak tu dah ramaja sebeso sebijik macam ko, die still tak dapat jawapan die. Sehingga la satu malam...

Fazreen: ai ko nak buka cite hantu plak ke aida oi???

Aku: Tengok!! agak suke menyampuk.. Nak dengo ke tak ni??? aish...

Fazreen: Hehehhehe.. nak!nak.. ok sorry..

Aku: Sampai la satu malam, die bermimpi dan bertanya kepada tuhan "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menagis?"dan jawapan itu dijawab oleh Allah.. " Saat Ku ciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya , agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun begitu bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kapala bayi yang sedang tidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap dan berulang kali dia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang sudah berputus asa.

Kepada wanita juga, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupon letih, sakit, lelah, tanpa berkeluh kesah.

Fazreen: Erm ye gak kan? lagi??

Aku: Ade lagi, tak habis lagi nih.. bagi aku bernafas jap....huhhu

Fazreen: ok2..

Aku: Ok tang mane tadi?? Wanita itu juga kan, Allah berikan perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya dalam ape keadaaan dan juga situasi, walaupon seringkali anak-anaknya itu menyakiti dan melukai perasaan dan hatinya. Peraasan itu pula yang memberikan kehangatan kepada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang memberi ketengan saat didakap lembut oleh wanita.

Allah berikan wanita kekuatan untuk membimbing dan menjadi penguat suaminya malalui saat-saat susah dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Alllah juga berikan kepada wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah suami yang tak pernah melukai isterinya. Walaupon seringkali kebijaksanaan  itu akan menguji setiap kesetiaaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri selaras, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Fazreen: lagi? macam tak jawab soalan aku jer?

Aku: ok yang ni last penutup untuk jawab soalan ko tu.. tak nyempat-nyempat... Allah kuatkan batinnya agar untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti olah orang yang disayangi. Wanita makhluk yang kuat. Tetapi jika satu saat dia menagis ketahuilah itu kerana Allah berikan wanita airmata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah khusus Allah berikan kepada wanita agar dapat digunakan tak kira pada masa bile ia diperlukan. Hanya inilah kelemahan wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Fazreen: erm... macam tu, barulah aku tahu.. Kire airmata wanita itu bukan menunjukkan die lemah le kan?

Aku: Yup! Exactly! 10 markah! Wanita itu memang dikatakan makhluk yang lemah, tetapi setiap kali wanita itu mengalirkan airmata itu bukan bermaksud die lemah, tetapi die memberi kekuatan kepada diri sendiri dan orang lain. So, jangan ko nak pikir wanita tu lemah ok!hhuuhuhu..... So aku dah jawab soalan ko kan?* sambil angkat kening double jerk...

Fazreen: hehhe... ye! time kasih yer, perpustakaan bergerak!

Aku: Kuang asam!!




No comments:

Post a Comment