Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, March 31, 2012

Site Visit and Earth Hours 2012

 Assalamualaikum, Dear blog!

Untuk kali keduanya, aku dan 12 orang Nexus mencemar kaki lagi ke Zoo Negara. Tapi ni bukan untuk santai-santai berjalan melihat binatang, tapi ade misi yang perlu diselesaikan. Makanya hari ni aku dengan selamba tak prepare ape, hanya berbekalkan soalan yang timbul dari kepala untuk tugas aku sebagai PD, itu je lah yang aku bahaskan dengan pihak Zoo. Tabik untuk all Nexus yang terlibat untuk meeting dengan pihak Zoo hari ni. Semuanya agresif dan berjaya merungkai segala masalah yang sebelum ni tak terjawab. (pergh! dah macam CSI le pulak!)


~Orang kuat Nexus!~

Tak mudah jugak rupanya nak adakan event yang orang tak pernah buat. Pihak zoo pon belum bagi kata putus tentang kelainan yang kami cuba buat. Mungkin terpikir ia agak mustahil untuk dilakukan, tapi perkara tu sebenarnya logik pada akal. Wah! apakah event yang Nexus nak buat ni? Bunyi macam gempak! memang lah gempak kalo programnye macam setengah mati nak pikirkan. Tapi itulah cabaran yang kene semua Nexus ambil. Hope event yang kami usulkan, boleh dilaksanakan. InsyaAllah. 

Selesai site visit dan meeting, Nexus kene berkejar balik ke kampus. Sebab kitaorang juga meletakkan Earth Hours sebagai salah satu acara dalam final proposal kami. So do support Earth Hours! Memandangkan untuk Earth Hours,kitaorang perlu sediakan video,dan itu tugas marketing.Kire dah settle lah. Jadi,aku bercadang nak terus balik kampung petang tadi gak, sebab parents aku tak sihat. So aku berangan nak sambut Earth Hours atas bas la, kan atas bas dah gelap kalo perjalanannya malam?(kire support habis la ni :)..) 

Tapi benarlah, "aku hanya merancang,tapi Allah yang menentukan." Sampai je Klang sentral dalam pukul 6 lebih, tiket kol 7 untuk hari ni untuk ke IPOH tibe-tibe takde. Cuma pukul 10 malam nanti baru ade, takkan aku nak tunggu 3 jam?*walaupon bagi aku itu perkara biasa*. Mak aku pon macam tak izinkan aku balik,walaupon aku punya kuat nak balik sebab parents aku. Makanya aku terpaksa ikhlas untuk balik semula ke Puncak Alam! Berjalan ditemani bulan! (nasib Allah kurniakan bulan, takdelah cuak jalan sendirian menapak ke rumah.huhhuh) Akhirnya Earth Hours aku di dalam rumah luas yang gelap seorang diri. Housemate aku semua selamat sampai ke kampung masing-masing. *jeles!* Kire Earth Hours la jugak tu, ditemani dengan empangan air mata yang cube ditahan. Semua orang yang disayangi, tibe-tibe nak muncul dalam gelap. Kire ade kebaikan gak Earth Hours. hheheheh...




Breathe. Its just a bad day, Not a bad life. *sedapkanhati*
Happy Earth Hours 2012! Selamatkan Bumi kita! 
Save Our Wild Life!!



Wednesday, March 28, 2012

Rezeki, Allah yang beri. Alhamdulillah

Agak terlewat update blog. Hari ni,semua kelas cancel. Aku pulak antara orang yang terakhir tahu. Jadi jangan hairanlah kalau aku je yang beria-ia bersiap nak ke kelas, housemate aku yang lain rileks je lagi berselubunng dalam gebo. Kalau la dari awal aku tahu tak de kelas hari selasa, memang aku sambung lepak kat kampung sampai hari selasa. Selalu macam ni! sabor je lah ye.

Memandangkan kelas hari ni batal, dan disebab kan dah TERbangun awal, Eceh! terbangun yer. Takkan lah nak sambung tido balik kan? Perkara terbaik adalah menerima ajakan housemate untuk breakfast (kemain cakap omputih) kat luo. Dah lama tak breakfast same-same. Gabungan roti canai dan nasi lemak. Pergh! memang terbaik lah. Umpama menambah kalori tanpa segan dan silu. Kegemukan bukan lagi satu isu bagi aku. Napeentah, makanan adalah medium paling best bagi aku buat mase sekarang dari segala segi gembira ada terluka. 

Itu cerita makan pagi, disebabkan dah makan pagi makanya tiada lagi istilah makan tengahari! kan ke bajet namanye tu? hehehe.. begitulah hidup student, catu makan kalo nak make sure sampai final exam duit still ade. 
Kononye begitu kan, tapi perut dah terbiase dimanja, masuk petang dah berbunyi macam-macam lagi. So, danie dan nas dah buat plan ajak mencuba dan makan steamboat kat Kuang! Pergh kalo boleh malas beno aku nak jejak jalan ke sungai buloh tu. Ok! pejam mata jelah. 

Sampai kat steamboat, aku orang paling blur sekali. Al maklum la aku ni memilih sikit bab makan, nasib steamboat tu kuahnya TOMYAM! (memang feberet aku tuh!selamat!) kalau tak mahu aku minum air je. kawan-kawan aku sebok ambil ayam,udang,daging, sotong bagai. Aku, mahu 5 minit aku dok angkat tutup penutup bekas tu. hahahha..*memang rugi beso kalo bawak aku ni makan kat tempat ala-ala amik sendiri berapa banyak nak!*

Sejam lebih jugak la kami memasak, memakan dan sembang-sembang masa depan. Meh kasi tengok bukti sikit! (nak kasi kome terliur sebenarnya..eheh..:p )


~chef juwita!!~


~tunggu masak,perut bunyi-bunyi~


~makan,makan,makan~


~separuh je lagi!~


~tengok! 1st time pinggan saya licin.Alhamdulillah~


~ tom,tom,Yam!:) ~


~sampai penat makan! betapa banyak rezeki Allah bagi~

Alhamdulillah, hari ni rezeki kami cukup banyak. Rezeki Allah beri, kami habiskan sebaiknya, tiada yang tertinggal, sebab kami semua tak mahu melakukan pembaziran. Kalau satu masa dulu aku ni, seorang yang tidak pernah lari dari terjebak dengan pembaziran, Alhamdulillah sekarang cuba membaiki diri. Orang kata, pengalaman mendewasakan manusia. heheh... Moga rezeki kami tidak pernah putus. Terima kasih Allah dengan rezekiMu..


Friday, March 23, 2012

Seteguh Delisa

Assalamualaikum Cinta!

CInta? siapakah cinta? Inilah akibat atau lebih sedap didengar bile mudah menyerap apa yang ditonton. Macam bese aku dah pon terserap apa yang aku tonton, tapi aku serap yang baik-baik je. Bak kata kawan aku, nak ambik, ambik yang elok-elok je. Yang jahat jangan. Pesanan untuk orang lain dan diri sendiri juga ye.

Disebabkan stress dengan sem ni yang banyak sangat masalah dari segi pembelajaran, kursus dan dicukup rasakan dengan masalah peribadi, so buat aku nak explore something yang boleh aku ambil dan mungkin boleh jadi penenang seketika? So, aku explore movie. Konon nak tengok movie lah. Cari punya cari, aku jumpe video  cerita "Hafalan Shalat Delisa". Cerita ni cerita Indonesia, padahal aku kalau diikutkan bukan lah layan sanga slot dari Indonesia, tapi entah macam mana tajuk cerita tu buat aku nak tahu jalan ceritanya yang penuh.

1 jam 40 minit 18 saat , atau mungkin lebih aku luangkan masa untuk ngadap cerita ni. Dan aku rasa cerita ni sangat menarik, dan mesej yang diberi kepada penonton..sampai!!. Kalau ikut dari fahaman apa yang aku dapat dari  cerita ni, banyak juga. Dari cerita ni,aku tahu bagaimana penting untuk membentuk seorang anak yag dari  kecil untuk solat, sebab satu hari nanti anak-anak ini yang akan mendoakan ibu dan bapanya. Dari cerita ini juga, ajar penonton tentang keikhlasan dalam beramal dalam ibadat atau apa sahaja perkerjaan kerana Allah dan keikhlasan dalam menyayangi insan lain kerana Allah, serta ikhlas untuk melepaskan sesuatu atau insan lain.

Watak utama cerita ni, memang buat aku tabik! Memang teguh dan kental lah hati seorang yang bernama Delisa. Hilang kesemua orang yang disayangi termasuk sebelah kaki, tapi masih boleh teguh berdiri untuk hari esok. Aku sendiri atau orang lain pon belum tentu boleh hadap perkara camtu. Kalau boleh aku pon nak jadi macam Delisa, seteguh delisa. Yelah, aku ni luaran je nampak gagah, dalam tak lah sekuat mana. Sebolehnya mahu dalaman sekuat dan seteguh hati delisa, supaya aku tak rasa apa yang aku rasa sekrang. *moga-moga, sedang menjadi kuat untuk diri sendiri! chayok Aida..hehe*

Jadi, moralnya berbuatlah sesuatu kerana ALLAH, ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku atau dilakukan, dan Cintailah insan lain kerana ALLAH. Ok! mulai hari ni dah semangat nak hadap sem 5 ni dengan hati yang ikhlas. Moga semuanya berjalan lancar. =)

Friday, March 9, 2012

Welcome Senior!

Assalamualaikum..

Seminggu tu aku rasa macam kejap je berlalu. Rasa macam baru semalam aku balik dari Perak, dan sekarang aku seorang diri dekat sini. Housemate sume terbang balik kampung sendiri. Untunglah kampung dekat. Aku pon ade berniat nak balik, tapi family aku tak bagi, sebab semua sebok minggu ni. Nasiblah kan.. apasal lah aku rajin balik Puncak awal sangat? Padan la muka. Pakai lah title lone ranger ye. Ok, sunyi.. Sedih!

Kejap je kan masa berlalu, tahu-tahu dah seminggu melalui minggu pertama untuk sem baru. Sem 5 dah sekarang! Bak kata teman sekelas, "tak percaya dah jadi senior sekarang!!". So, kire dah boleh lah konon nak simpan niat buat perkara nakal. Senior kan? Konon nak pontenglah kelas awal-awal sem ni, sebab hari pertama je kelas dah banyak batal. Tapi harapan je lah, masuk hari selasa banyak pulak kelas yang ada. Pulak tu, sampai ke hari jumaat ada kelas.

Sem ni dimulakan dengan agak kelam kabut dan serabut. Sebab jadi serabut, majoriti bebudak kelas aku menghadapi masalah untuk register course. Bukan tak ada guideline yang diberi, tapi confuse subjek apa lagi yang perlu diambil untuk cukupkan jam kredit. Sedangkan, kalau dikira, sudah cukup kredit minor, cuma tak cukup untuk jam kredit sem ni. Dah sem 5 pon still kene hadap masalah ni, tapi hope ada jawapan untuk masalah ni. *bantu le aku yang dah macam hilang arah ni.. huhuhh*

Sem ni jugak, awal tak awal dah kene brainstorming untuk FINAL Event. Memang terbaiklah! So merasalah untuk kesekian atau untuk keberapa kalinya lagi belajar dalam tekanan. Hope the best for this Final Event, before industrial training next sem. *hehe, belum habis sem 5 dah berangan praktikal..*
Ok cukuplah, summary untuk seminggu.

Saturday, March 3, 2012

It's March again

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan Mac Diam tak diam dah 3 hari melangkau bulan Mac ni, dan dalam 3 hari tu jugalah macam-macam perkara yang aku isi untuk saat-saat akhir aku di kampung. Pergh! akhirnya dengan jayanya aku habiskan cuti aku dekat kampung sepenuhnya. Terbaiklah!

Pada bulan mac jugak, akhirnya aku berkesempatan jumpa dengan kawan baik aku, si Rosidah dan juga kawan zaman kanak-kanak aku. Setelah ditunda-tunda. Al maklum la masing-masing sudah punya kerjaya. Harapnya Shidah akan berjaya dengan temuduga dia. Ada benar, kata kak Fidah. Sudah sampai masa untuk kita jaga dan ikut kata hati kita. Aku harap ada kejayaan untuk Shidah.

Dalam pada itu juga aku sempat berkongsi cerita dengan kawan zaman kecil. Masing-masing bercakap tentang perubahan diri masing-masing. Tapi aku tidak terkejut dengan penampilan dia yang sudah berhijab. Kerna semua perubahan yang kita lakukan mesti punya sebab dan atas dorongan dan kesedaran sendiri. Aku tumpang gembira, begitu juga dia menyedari perubahan aku yang berbeza dari sebelumnya. "Aku dah gantung cap" itu je yang mampu dijawab tentang perubahan aku. huhuhu.. *sungguh kami merindui persahabatan zaman kanak-kanak. Walaupon hanya 2 jam je yang ade, cukup untuk aku dan dia mengungkap nostalgia zaman kanak-kanak. hehehhe..

Bulan ni juga, aku rasa belum cukup terlambat untuk aku ucapkan Happy Birthday untuk adik aku. Walaupon semalam sudah berlalu. Sedar tak sedar dah besar adik aku. Sudah boleh bekerja. Dia sudah boleh hulur duit untuk emak, sedang aku masih disini. Benarlah, umur dan masa mendewasakan kita. Harapnya adik aku jadi yang terbaik! Aku percaya kalau dia mahu, dia boleh pergi lebih jauh. Semoga penambahan satu angka lagi pada umurnya, membuka matanya tentang kehidupan.

Hari ini, hari terakhir aku dibumi diraja. Esok nak gerak! *gaya macam belajar oversea pule kan! Tak salah kalau pasang angan-angan.Mana tahu aku jejak juga nanti. ok! stop aida!*. Melangkah kaki aku keluar dari rumah, aku tahu apa yang sedang aku pikul, dan apa yang bakal aku tinggalkan!. So, mari bersedia untuk masa depan! hehehe..