Assalamualaikum Cinta!
CInta? siapakah cinta? Inilah akibat atau lebih sedap didengar bile mudah menyerap apa yang ditonton. Macam bese aku dah pon terserap apa yang aku tonton, tapi aku serap yang baik-baik je. Bak kata kawan aku, nak ambik, ambik yang elok-elok je. Yang jahat jangan. Pesanan untuk orang lain dan diri sendiri juga ye.
Disebabkan stress dengan sem ni yang banyak sangat masalah dari segi pembelajaran, kursus dan dicukup rasakan dengan masalah peribadi, so buat aku nak explore something yang boleh aku ambil dan mungkin boleh jadi penenang seketika? So, aku explore movie. Konon nak tengok movie lah. Cari punya cari, aku jumpe video cerita "Hafalan Shalat Delisa". Cerita ni cerita Indonesia, padahal aku kalau diikutkan bukan lah layan sanga slot dari Indonesia, tapi entah macam mana tajuk cerita tu buat aku nak tahu jalan ceritanya yang penuh.
1 jam 40 minit 18 saat , atau mungkin lebih aku luangkan masa untuk ngadap cerita ni. Dan aku rasa cerita ni sangat menarik, dan mesej yang diberi kepada penonton..sampai!!. Kalau ikut dari fahaman apa yang aku dapat dari cerita ni, banyak juga. Dari cerita ni,aku tahu bagaimana penting untuk membentuk seorang anak yag dari kecil untuk solat, sebab satu hari nanti anak-anak ini yang akan mendoakan ibu dan bapanya. Dari cerita ini juga, ajar penonton tentang keikhlasan dalam beramal dalam ibadat atau apa sahaja perkerjaan kerana Allah dan keikhlasan dalam menyayangi insan lain kerana Allah, serta ikhlas untuk melepaskan sesuatu atau insan lain.
Watak utama cerita ni, memang buat aku tabik! Memang teguh dan kental lah hati seorang yang bernama Delisa. Hilang kesemua orang yang disayangi termasuk sebelah kaki, tapi masih boleh teguh berdiri untuk hari esok. Aku sendiri atau orang lain pon belum tentu boleh hadap perkara camtu. Kalau boleh aku pon nak jadi macam Delisa, seteguh delisa. Yelah, aku ni luaran je nampak gagah, dalam tak lah sekuat mana. Sebolehnya mahu dalaman sekuat dan seteguh hati delisa, supaya aku tak rasa apa yang aku rasa sekrang. *moga-moga, sedang menjadi kuat untuk diri sendiri! chayok Aida..hehe*
Jadi, moralnya berbuatlah sesuatu kerana ALLAH, ikhlaslah dalam setiap apa yang berlaku atau dilakukan, dan Cintailah insan lain kerana ALLAH. Ok! mulai hari ni dah semangat nak hadap sem 5 ni dengan hati yang ikhlas. Moga semuanya berjalan lancar. =)
No comments:
Post a Comment