Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, March 9, 2012

Welcome Senior!

Assalamualaikum..

Seminggu tu aku rasa macam kejap je berlalu. Rasa macam baru semalam aku balik dari Perak, dan sekarang aku seorang diri dekat sini. Housemate sume terbang balik kampung sendiri. Untunglah kampung dekat. Aku pon ade berniat nak balik, tapi family aku tak bagi, sebab semua sebok minggu ni. Nasiblah kan.. apasal lah aku rajin balik Puncak awal sangat? Padan la muka. Pakai lah title lone ranger ye. Ok, sunyi.. Sedih!

Kejap je kan masa berlalu, tahu-tahu dah seminggu melalui minggu pertama untuk sem baru. Sem 5 dah sekarang! Bak kata teman sekelas, "tak percaya dah jadi senior sekarang!!". So, kire dah boleh lah konon nak simpan niat buat perkara nakal. Senior kan? Konon nak pontenglah kelas awal-awal sem ni, sebab hari pertama je kelas dah banyak batal. Tapi harapan je lah, masuk hari selasa banyak pulak kelas yang ada. Pulak tu, sampai ke hari jumaat ada kelas.

Sem ni dimulakan dengan agak kelam kabut dan serabut. Sebab jadi serabut, majoriti bebudak kelas aku menghadapi masalah untuk register course. Bukan tak ada guideline yang diberi, tapi confuse subjek apa lagi yang perlu diambil untuk cukupkan jam kredit. Sedangkan, kalau dikira, sudah cukup kredit minor, cuma tak cukup untuk jam kredit sem ni. Dah sem 5 pon still kene hadap masalah ni, tapi hope ada jawapan untuk masalah ni. *bantu le aku yang dah macam hilang arah ni.. huhuhh*

Sem ni jugak, awal tak awal dah kene brainstorming untuk FINAL Event. Memang terbaiklah! So merasalah untuk kesekian atau untuk keberapa kalinya lagi belajar dalam tekanan. Hope the best for this Final Event, before industrial training next sem. *hehe, belum habis sem 5 dah berangan praktikal..*
Ok cukuplah, summary untuk seminggu.

No comments:

Post a Comment