Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, March 3, 2012

It's March again

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk bulan Mac Diam tak diam dah 3 hari melangkau bulan Mac ni, dan dalam 3 hari tu jugalah macam-macam perkara yang aku isi untuk saat-saat akhir aku di kampung. Pergh! akhirnya dengan jayanya aku habiskan cuti aku dekat kampung sepenuhnya. Terbaiklah!

Pada bulan mac jugak, akhirnya aku berkesempatan jumpa dengan kawan baik aku, si Rosidah dan juga kawan zaman kanak-kanak aku. Setelah ditunda-tunda. Al maklum la masing-masing sudah punya kerjaya. Harapnya Shidah akan berjaya dengan temuduga dia. Ada benar, kata kak Fidah. Sudah sampai masa untuk kita jaga dan ikut kata hati kita. Aku harap ada kejayaan untuk Shidah.

Dalam pada itu juga aku sempat berkongsi cerita dengan kawan zaman kecil. Masing-masing bercakap tentang perubahan diri masing-masing. Tapi aku tidak terkejut dengan penampilan dia yang sudah berhijab. Kerna semua perubahan yang kita lakukan mesti punya sebab dan atas dorongan dan kesedaran sendiri. Aku tumpang gembira, begitu juga dia menyedari perubahan aku yang berbeza dari sebelumnya. "Aku dah gantung cap" itu je yang mampu dijawab tentang perubahan aku. huhuhu.. *sungguh kami merindui persahabatan zaman kanak-kanak. Walaupon hanya 2 jam je yang ade, cukup untuk aku dan dia mengungkap nostalgia zaman kanak-kanak. hehehhe..

Bulan ni juga, aku rasa belum cukup terlambat untuk aku ucapkan Happy Birthday untuk adik aku. Walaupon semalam sudah berlalu. Sedar tak sedar dah besar adik aku. Sudah boleh bekerja. Dia sudah boleh hulur duit untuk emak, sedang aku masih disini. Benarlah, umur dan masa mendewasakan kita. Harapnya adik aku jadi yang terbaik! Aku percaya kalau dia mahu, dia boleh pergi lebih jauh. Semoga penambahan satu angka lagi pada umurnya, membuka matanya tentang kehidupan.

Hari ini, hari terakhir aku dibumi diraja. Esok nak gerak! *gaya macam belajar oversea pule kan! Tak salah kalau pasang angan-angan.Mana tahu aku jejak juga nanti. ok! stop aida!*. Melangkah kaki aku keluar dari rumah, aku tahu apa yang sedang aku pikul, dan apa yang bakal aku tinggalkan!. So, mari bersedia untuk masa depan! hehehe.. 

No comments:

Post a Comment