Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, March 28, 2012

Rezeki, Allah yang beri. Alhamdulillah

Agak terlewat update blog. Hari ni,semua kelas cancel. Aku pulak antara orang yang terakhir tahu. Jadi jangan hairanlah kalau aku je yang beria-ia bersiap nak ke kelas, housemate aku yang lain rileks je lagi berselubunng dalam gebo. Kalau la dari awal aku tahu tak de kelas hari selasa, memang aku sambung lepak kat kampung sampai hari selasa. Selalu macam ni! sabor je lah ye.

Memandangkan kelas hari ni batal, dan disebab kan dah TERbangun awal, Eceh! terbangun yer. Takkan lah nak sambung tido balik kan? Perkara terbaik adalah menerima ajakan housemate untuk breakfast (kemain cakap omputih) kat luo. Dah lama tak breakfast same-same. Gabungan roti canai dan nasi lemak. Pergh! memang terbaik lah. Umpama menambah kalori tanpa segan dan silu. Kegemukan bukan lagi satu isu bagi aku. Napeentah, makanan adalah medium paling best bagi aku buat mase sekarang dari segala segi gembira ada terluka. 

Itu cerita makan pagi, disebabkan dah makan pagi makanya tiada lagi istilah makan tengahari! kan ke bajet namanye tu? hehehe.. begitulah hidup student, catu makan kalo nak make sure sampai final exam duit still ade. 
Kononye begitu kan, tapi perut dah terbiase dimanja, masuk petang dah berbunyi macam-macam lagi. So, danie dan nas dah buat plan ajak mencuba dan makan steamboat kat Kuang! Pergh kalo boleh malas beno aku nak jejak jalan ke sungai buloh tu. Ok! pejam mata jelah. 

Sampai kat steamboat, aku orang paling blur sekali. Al maklum la aku ni memilih sikit bab makan, nasib steamboat tu kuahnya TOMYAM! (memang feberet aku tuh!selamat!) kalau tak mahu aku minum air je. kawan-kawan aku sebok ambil ayam,udang,daging, sotong bagai. Aku, mahu 5 minit aku dok angkat tutup penutup bekas tu. hahahha..*memang rugi beso kalo bawak aku ni makan kat tempat ala-ala amik sendiri berapa banyak nak!*

Sejam lebih jugak la kami memasak, memakan dan sembang-sembang masa depan. Meh kasi tengok bukti sikit! (nak kasi kome terliur sebenarnya..eheh..:p )


~chef juwita!!~


~tunggu masak,perut bunyi-bunyi~


~makan,makan,makan~


~separuh je lagi!~


~tengok! 1st time pinggan saya licin.Alhamdulillah~


~ tom,tom,Yam!:) ~


~sampai penat makan! betapa banyak rezeki Allah bagi~

Alhamdulillah, hari ni rezeki kami cukup banyak. Rezeki Allah beri, kami habiskan sebaiknya, tiada yang tertinggal, sebab kami semua tak mahu melakukan pembaziran. Kalau satu masa dulu aku ni, seorang yang tidak pernah lari dari terjebak dengan pembaziran, Alhamdulillah sekarang cuba membaiki diri. Orang kata, pengalaman mendewasakan manusia. heheh... Moga rezeki kami tidak pernah putus. Terima kasih Allah dengan rezekiMu..


No comments:

Post a Comment