Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, August 29, 2012

Reunion F6 Batch 07-08.

Raya tahun ni mungkin berbeza dari tahun sebelumnya, sebab tahun ni aku dan Azlan cuba adakan reunion untuk tingkatan 6 batch 2007-2008 Smk Clifford. Walaupon perancangan dibuat cuma dalam masa sebulan, disebabkan oleh kekangan masa yang ada. Sepatutnya untuk melaksanakan sesuatu majlis yang memerlukan komitmen ramai orang, memerlukan masa yang lama untuk merancang. Tetapi mungkin idea Reunion ini terhasil secara spontan(last minit), jadi majlis ini umpama cubaan pertama.




Bukanlah kejayaan dan "gah" yang diimpikan untuk reunion ini. Cuma reunion kali ini bertujuan untuk mengumpulkan semula pelajar tingkatan 6 batch 2007-2008 sebanyak mana yang boleh. Mungkin perancangan ini terlalu mengejut, jadi terlalu ramai yang tidak memberi respon, atau mungkin kelemahan dari segi promosi tentang majlis tersebut. Yang tahu belum tentu berminat untuk join. Yang tidak tahu, mungkin terus tidak tahu.  

Alhamdulillah, sepanjang sebulan perancangan, hanya 15 orang yang berminat. Walaupon pada mulanya respon kurang memberangsangkan. Mungkin 15 itu lebih baik dari tiada langsung respon. aku berterima kasih kepada partner yang sentiasa membantu. tersangat menghargai dengan sokongan dan respon yang diberikan oleh mereka yang betul-betul memberi komitmen sebelum,semasa dan selepas majlis. Walaupon terlalu banyak kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya.

 ~majalah sekolah yang penuh memori~

 ~antara yang hadir~

 ~orang kuat~

~menu yang tersedia~

Mungkin semakin kita dewasa, banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Atau mungkin semakin dewasa, semakin kita tidak terbiasa dengan dunia kita pada masa yang lalu. Masing-masing sudah punya kehidupan dan haluan yang berbeza. Jadi terlalu sukar untuk mengumpulakan kesemua dalam masa yang terlalu singkat. Lebih-lebih lagi bagi majoriti yang masih belajar.So need to prepare early for next reunion.
Bak kata Ara, "perlu ada tabung awal-awal, supaya senang!"

 ~amir dah bawak bakal orang rumah~
 ~orang kuat~
~mereka dah punya kerjaya tetap~

Apa yang paling menarik bila buat reunion ni adalah, semasa sesi bercerita tentang satu sama lain. masing-masing berkongsi kisah sendiri dan kawan-kawan yang lain walaupon kawan-kawan tidak dapat menyertai reunion ini. Lebih kurang bergossiplah, tetapi bukan bergossip yang bukan-bukan. Jangan fikir lain! Sekurang-kurangya bila join reunion ni, dapat tahu berita dan perkembangan tentang sahabat, kawan yang dah lama tidak berjumpa. Kan kebaikan tu? Taklah ketinggalan zaman kan? huhuhu.. Setakat apa yang dah didengar, ada kawan yang sudah punya anak dan berumahtangga, ada juga yang sudah berjaya menamatkan degree, ada juga yang sudah punya kerjaya tetap, yang mahu berkahwin, dan ada sudah bergelar pelakon. *dejavu di Kinabalu lagi!*. hebat bekas-bekas pelajar clifford ni!

Walaubagaimanapon, aku sebagai salah seorang penganjur, memohon maaf andai ada antara semua kawan-kawan tingkatan 6 yang berkecil hati tentang kelemahan dari segi sebaran maklumat mengenai reunion. Mungkin tidak semua mengetahui info mengenai reunion menerusi penganjur sendiri. Sejujurnya, maklumat reunion hanya diberitahu melalui laman sosial fb dan sebaran sms berantai. So, aku faham kalau ada kawan-kawan yang enggan turut serta kerna tidak dapat sms daripada pihak penganjur sendiri. Mohon maaf.

Semoga, jika ada reunion atau apa sahaja majlis yang bakal melibatkan kawan-kawan tingkatan 6 yang dianjurkan oleh sesiapa pon, diharap semua dapat join pada masa akan datang. Baru bondig!. InsyaAllah.


:tidak salah terus menjaga dan memelihara tali silaturahim yang sudah ada. :)
kepingan gamabr terlalu banyak, upload cuma yang dipilih oleh jemari. huhuh..

Tuesday, August 28, 2012

Raya tak lengkap tanpa MEREKA

Ini bukan pantun, sajak, prosa traditional mahupon seloka. Apatah lagi syair pujangga. heheh. Ini cuma kata-kata yang menggambarkan siapa mereka dalam hidup saya. *just saying katenye*


Bagi aku MEREKA... 
sudah dewasa
sudah berbeza
tidak ditempat yang sama
ada kehidupan mereka
dan aku punya haluan berbeza

Kini MEREKA sudah punya kerjaya
aku pula sedang berusaha.
MEREKA sudah punya teman istimewa
Tinggal aku yang "lone ranger"
Ehem! dah boleh baca
Siapa dulu yang berumahtangga.

Walau terlalu payah untuk berjumpa
Setiap tahun MEREKA sentiasa ada!
Biarpon hanya waktu Syawal menjelma
Alhamdulillah MEREKA tak lupa
itu tanda MEREKA setia

Terima kasih sahabat setia
Raya tak lengkap tanpa MEREKA
moga terpelihara hubungan kita
sampai waktu menjemput kita

 ~tambah meriah bila jeni join!~

~gaya tak nak kalah~

 ~ghotok~

~peace yo!~

~aierus izman: YB wanna be~

 ~ruzainie: ex partner aku~

~naim: paling muda.~

Hopefully, our friendship will be forever. 
Actually, sebenarnye aku dah jauh hati bile kome datang lambat rumah aku walaupon aku dah ajak kan. Ingat dah lupa. Dah la frust dengan kawan sekolah dulu, nasib kome muncul saat akhir. Kalau tak majuk setahun. hahahahah...
aku dah tahu majuk sekarang. :P

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Lahir Adik

Alhamdulillah, tahun ni masih diberi kesempatan untuk meraikan ramadhan dan juga raya aidilfitri bersama dengan keluarga besar. Masih dipanjangkan umur. Masih diberi peluang untuk bermaaf-maafan dengan orang-orang tersayang, walaupon sedia tahu untuk bermaafan bukan perlu tunggu hari raya sahaja. Raya tahun ni, alhamdulillah masih ada kelapangan untuk berkumpul dengan keluarga besar, bila hampir semua pulang ke rumah tok. Dari awal pagi sehingga kemalam tidak putus kunjungan dari sanak- saudara. Ya! suasana ini hanya dapat dirasai apabila hari raya menjelma. Kalau ambil gambar, beribu snap.So upload mane yang mampu je lah.


~hero-hero hj Alang~




~siblings~


~suku keluarga besar~


~part paling best~

Tahun ni juga, tarikh raya jatuh sama dengan tarikh lahir adik! So, adik aku paling meriah sebab setiap rumah pon nak sambut hari lahir dia. Macam masa aku beraya 2 tahun yang lalu. Tarikh lahir sama dengan tarikh hari raya.

~sweet 15~

Tapi tahun ni, mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau tahun sebelum-sebelum ni , konvoi raya ke rumah kawan macam aktiviti wajib masa raya, tapi takde tahun ni. So kurang meriahlah disitu. Why? Sebabnya, takde sape nak plan untuk tahun ni. Lagipon, masa berubah. Ramai kawan-kawan yang cuti raya sekejap je. So, agak susah nak plan konvoi raya. Maybe next 5 year? hahah.. Walaupon takde konvoi raya, hope ramai yang join untuk Reunion f6 nanti. Masa ni lah nak kumpul balik, harap semua berkumpul dengan melupakan apa-apa sahaja perkara yang lepas. Datang sebagai kawan-kawan yang pernah dikenali satu masa dahulu. Barulah namanya Reunion kan? Baru kite kenal siapa kawan-kawan kita. Makanya jom reunion!

Monday, August 13, 2012

Rabun Warna is not Blind Colour?

"Orang sering mempersoalkan kenapa saya tidak mampu melihat seperti mereka. Bagaimana harus saya jawab sesuatu yang telah Allah berikan kepada saya dan tidak pada mereka sejak saya diciptakan olehNya."
~Ananymous~

"Itu warna ape?" 
"Baju yang orang tu pakai warna apa?" 
"Kalau kamu tahu, apa warna langsir tu?"

Soalan-soalan diatas, atau mungkin lebih banyak soalan lain lagi sering diajukan kepada seseorang yang rabun warna mahupun buta warna. Soalan ini kadang-kadang umpama satu ujian kepada si rabun warna, dan terkadang menjadi bahan gurauan untuk mereka. Kalau si rabun warna berjaya menjawab dengan tepat tanpa ragu, mereka akan dipuji dan diuji berkali kali lagi dengan soalan yang lain sehingga jawapan itu salah. Tetapi kalau 3 soalan yang ditanya, dijawab dengan salah berturut-turut, mereka akan ditertawa dan dipersoal dengan soalan:

"teruk betul, takkan la tak kenal warna apa tu?" 
"macam mana sebenarnye warna yang kamu nampak?"

Apa sebenarnya rabun warna itu? Seseorang yang rabun warna itu, bukanlah bermaksud mereka tidak mengenal langsung warna ataupon pandangan mereka hanya dapat melihat warna hitam dan putih!. Itu sesekali tidak benar. Kebanyakan orang berfikir, orang yang mempunyai masalah rabun warna adalah orang yang lnagsung tidak mengenal warna dan hanya tahu warna hitam dan putih. Dan terlalu ramai juga yang mentertawakan insan-insan yang mengalami masalah rabun warna ini.

Rabun warna ialah diamana seseorang yang hanya mempunyai pandangan warna yang berbeza dari orang normal. Orang sering menyangka rabun warna membuatkan penghidapnya nampak hitam dan putih sahaja dan itu adalah salah. Maka, tidak hairan lah kalau ramai orang yang mentertawakan individu yang gagal mengenal warna, kerana pada fikiran mereka individu yang rabun warna hanya mengenal warna hitan dan putih sahaja.

Ya, rabun warna bukanlah sejenis penyakit yang boleh diubati, mahupon dijangkiti. Tiada ubat yang mampu merawat masalah rabun warna ini. Rabun warna juga mempunyai kategori tersendiri. kategori rabun warna terbahagi kepada tiga, dimana rabun warna mungkin berbeza mengikut persepsi warnanya. Rabun warna terjadi apabila sel kon pada retina mengalami kecacatan genetik. Disebabkan itu, ia menyebabkan sesetengah individu berbeza tahap penglihatannya. Ada orang yang tidak kenal apa-apa warna langsung. Ada yang kenal warna merah dan hijau, dan ada yang tidak mengenal warna biru dan kuning. *so, kamu kategori yang mana?*

~apa yang anda lihat~

Jangan terlalu gembira mentertawakan orang yang mengalami masalah rabun warna, kerana biarpun penyakit ini tidak berjangkit, tetapi ia adalah kejadian semula jadi dan boleh diwarisi (macam lagu nasyid dah ). Mungkin pada masa kini,kamu mentertawakan orang lain, tanpa berfikir yang kamu mungkin akan berkongsi genetik rabun warna pada kromosom dengan orang yang mempunyai masalah ini, lalu bakal mempunyai pembawa genetik rabun warna. Genetik rabun warna ada pada kromosom X, jadi jangan terlalu pelik jika lelaki lebih banyak mempunyai masalah ini. Hidup ini tidaklah terlalu kejam dan terlalu adil. Tetapi jangan terlalu takut dengan pembawa genetik ini, ia tidak memudaratkan pon. Kadang-kadang kekurangan itu sebenarnya kelebihan yang boleh dikongsi. Allah jadikan setiap manusia berbeza, untuk kita menlengkapi setiap kekurangan.

Jangan terlalu takut atau risau jika mempunyai insan-insan yang menghadapi masalah ini. Kerna rabun warna bukan satu masalah yang merumitkan, kerana mereka mampu menjalani kehidupan seperti orang lain. Malah mungkin ada yang lebih berjaya dari orang normal. Mungkin cuma akan mempunyai masalah untuk mengambil lesen memandu dan memiliki bidang yang memerlukan warna dalam kerjaya seperti juruterbang,polis dan sebagainya.

Si rabun warna hanyalah rabun warna. Masih diberi peluang untuk melihat warna-warna dalam kehidupan seharian. Sedangkan ada insan lain yang mungkin hilang nikmat melihat. So, jangan terasa terlalu lemah dengan kekurangan diri. Syukur dengan apa yang Allah beri.:)

Oh lupe! selain dari pembawakan genetik rabun warna pada kromosom, rabun warna juga boleh terjadi jika mempunyai masalah urat saraf. But no worries! ia masalh terpencil, jarang-jarang terjadi. :)





Tuesday, August 7, 2012

Puasa Zaman Kanak-Kanak.

Masih ingat ketika kecil, sering kali disuruh untuk menghantar makanan seperti kuih dan kuah ke rumah jiran tetangga. Bertukar-tukar makanan untuk berbuka puasa dengan jiran. Masa tu, selalu rasa macam waktu permainan diganggu. Disuruh menghantar makanan yang ditutup dengan surat khabar ataupon ditutup dengan pinggan ke rumah jiran. Tapi bila sudah saban hari disuruh menghantar makanan, sudah terbiasa pula. Sampai satu tahap sudah bersiap sedia untuk menghantar makanan dan akan sentiasa bertanya "Hari ni nak hantar makanan?" kepada mak cik.

Tapi tu semua kenangan zaman kanak-kanak. Zaman yang telah bertahun sudah berlalu. Hari ni, keadaan telah berubah. Terlalu susah rasanya untuk melihat atau merasai keadaan seperti itu. Budak-budak zaman sekarang rasanya susah atau jarang untuk dapat merasai peluang seperti itu. Peluang untuk merasai menghantar makanan ke rumah jiran, dan kemudian pulang dengan mangkuk berlainan yang diberi oleh jiran. Alhamdulillah. Rezeki.

Tak tahu lah samada cuma aku sahaja yang merasai amalan itu semakin berkurang atau orang lain juga merasai seperti itu. Mungkin semangat kejiranan di kawasan perumahan dengan kampung berbeza. Sebab itu, keadaan itu atau situasi itu jarang-jarang sekali dilihat. Even, sekarang pon, aku hanya merasai suasana itu apabila aku berada dikampung. Sebenarnya berkongsi makanan untuk berbuka puasa itu banyak kebaikan dan sangat digalakkan seperti dalam sebuah hadis panjang Rasulullah yang diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan ynag mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin. Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya di ampun."

Banyak keberkatan dan kebaikan memberi makanan kepada orang semasa bulan puasa. Semoga amalan ini sentiasa dikekalkan. Tapi sekarang ni,semakin banyak pemberian bubur lambuk. kira itu sesuatu kebaikan juga, sama seperti bertukar makanan dengan jiran . Alhamdulillah rezeki.
Sharing is Caring! :)