Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, August 13, 2012

Rabun Warna is not Blind Colour?

"Orang sering mempersoalkan kenapa saya tidak mampu melihat seperti mereka. Bagaimana harus saya jawab sesuatu yang telah Allah berikan kepada saya dan tidak pada mereka sejak saya diciptakan olehNya."
~Ananymous~

"Itu warna ape?" 
"Baju yang orang tu pakai warna apa?" 
"Kalau kamu tahu, apa warna langsir tu?"

Soalan-soalan diatas, atau mungkin lebih banyak soalan lain lagi sering diajukan kepada seseorang yang rabun warna mahupun buta warna. Soalan ini kadang-kadang umpama satu ujian kepada si rabun warna, dan terkadang menjadi bahan gurauan untuk mereka. Kalau si rabun warna berjaya menjawab dengan tepat tanpa ragu, mereka akan dipuji dan diuji berkali kali lagi dengan soalan yang lain sehingga jawapan itu salah. Tetapi kalau 3 soalan yang ditanya, dijawab dengan salah berturut-turut, mereka akan ditertawa dan dipersoal dengan soalan:

"teruk betul, takkan la tak kenal warna apa tu?" 
"macam mana sebenarnye warna yang kamu nampak?"

Apa sebenarnya rabun warna itu? Seseorang yang rabun warna itu, bukanlah bermaksud mereka tidak mengenal langsung warna ataupon pandangan mereka hanya dapat melihat warna hitam dan putih!. Itu sesekali tidak benar. Kebanyakan orang berfikir, orang yang mempunyai masalah rabun warna adalah orang yang lnagsung tidak mengenal warna dan hanya tahu warna hitam dan putih. Dan terlalu ramai juga yang mentertawakan insan-insan yang mengalami masalah rabun warna ini.

Rabun warna ialah diamana seseorang yang hanya mempunyai pandangan warna yang berbeza dari orang normal. Orang sering menyangka rabun warna membuatkan penghidapnya nampak hitam dan putih sahaja dan itu adalah salah. Maka, tidak hairan lah kalau ramai orang yang mentertawakan individu yang gagal mengenal warna, kerana pada fikiran mereka individu yang rabun warna hanya mengenal warna hitan dan putih sahaja.

Ya, rabun warna bukanlah sejenis penyakit yang boleh diubati, mahupon dijangkiti. Tiada ubat yang mampu merawat masalah rabun warna ini. Rabun warna juga mempunyai kategori tersendiri. kategori rabun warna terbahagi kepada tiga, dimana rabun warna mungkin berbeza mengikut persepsi warnanya. Rabun warna terjadi apabila sel kon pada retina mengalami kecacatan genetik. Disebabkan itu, ia menyebabkan sesetengah individu berbeza tahap penglihatannya. Ada orang yang tidak kenal apa-apa warna langsung. Ada yang kenal warna merah dan hijau, dan ada yang tidak mengenal warna biru dan kuning. *so, kamu kategori yang mana?*

~apa yang anda lihat~

Jangan terlalu gembira mentertawakan orang yang mengalami masalah rabun warna, kerana biarpun penyakit ini tidak berjangkit, tetapi ia adalah kejadian semula jadi dan boleh diwarisi (macam lagu nasyid dah ). Mungkin pada masa kini,kamu mentertawakan orang lain, tanpa berfikir yang kamu mungkin akan berkongsi genetik rabun warna pada kromosom dengan orang yang mempunyai masalah ini, lalu bakal mempunyai pembawa genetik rabun warna. Genetik rabun warna ada pada kromosom X, jadi jangan terlalu pelik jika lelaki lebih banyak mempunyai masalah ini. Hidup ini tidaklah terlalu kejam dan terlalu adil. Tetapi jangan terlalu takut dengan pembawa genetik ini, ia tidak memudaratkan pon. Kadang-kadang kekurangan itu sebenarnya kelebihan yang boleh dikongsi. Allah jadikan setiap manusia berbeza, untuk kita menlengkapi setiap kekurangan.

Jangan terlalu takut atau risau jika mempunyai insan-insan yang menghadapi masalah ini. Kerna rabun warna bukan satu masalah yang merumitkan, kerana mereka mampu menjalani kehidupan seperti orang lain. Malah mungkin ada yang lebih berjaya dari orang normal. Mungkin cuma akan mempunyai masalah untuk mengambil lesen memandu dan memiliki bidang yang memerlukan warna dalam kerjaya seperti juruterbang,polis dan sebagainya.

Si rabun warna hanyalah rabun warna. Masih diberi peluang untuk melihat warna-warna dalam kehidupan seharian. Sedangkan ada insan lain yang mungkin hilang nikmat melihat. So, jangan terasa terlalu lemah dengan kekurangan diri. Syukur dengan apa yang Allah beri.:)

Oh lupe! selain dari pembawakan genetik rabun warna pada kromosom, rabun warna juga boleh terjadi jika mempunyai masalah urat saraf. But no worries! ia masalh terpencil, jarang-jarang terjadi. :)





No comments:

Post a Comment