Masih ingat ketika kecil, sering kali disuruh untuk menghantar makanan seperti kuih dan kuah ke rumah jiran tetangga. Bertukar-tukar makanan untuk berbuka puasa dengan jiran. Masa tu, selalu rasa macam waktu permainan diganggu. Disuruh menghantar makanan yang ditutup dengan surat khabar ataupon ditutup dengan pinggan ke rumah jiran. Tapi bila sudah saban hari disuruh menghantar makanan, sudah terbiasa pula. Sampai satu tahap sudah bersiap sedia untuk menghantar makanan dan akan sentiasa bertanya "Hari ni nak hantar makanan?" kepada mak cik.
Tapi tu semua kenangan zaman kanak-kanak. Zaman yang telah bertahun sudah berlalu. Hari ni, keadaan telah berubah. Terlalu susah rasanya untuk melihat atau merasai keadaan seperti itu. Budak-budak zaman sekarang rasanya susah atau jarang untuk dapat merasai peluang seperti itu. Peluang untuk merasai menghantar makanan ke rumah jiran, dan kemudian pulang dengan mangkuk berlainan yang diberi oleh jiran. Alhamdulillah. Rezeki.
Tak tahu lah samada cuma aku sahaja yang merasai amalan itu semakin berkurang atau orang lain juga merasai seperti itu. Mungkin semangat kejiranan di kawasan perumahan dengan kampung berbeza. Sebab itu, keadaan itu atau situasi itu jarang-jarang sekali dilihat. Even, sekarang pon, aku hanya merasai suasana itu apabila aku berada dikampung. Sebenarnya berkongsi makanan untuk berbuka puasa itu banyak kebaikan dan sangat digalakkan seperti dalam sebuah hadis panjang Rasulullah yang diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi:
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan ynag mulia lagi diberkati kerana Ramadhan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadhan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin. Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya di ampun."
Banyak keberkatan dan kebaikan memberi makanan kepada orang semasa bulan puasa. Semoga amalan ini sentiasa dikekalkan. Tapi sekarang ni,semakin banyak pemberian bubur lambuk. kira itu sesuatu kebaikan juga, sama seperti bertukar makanan dengan jiran . Alhamdulillah rezeki.
Sharing is Caring! :)
No comments:
Post a Comment