Bukanlah kejayaan dan "gah" yang diimpikan untuk reunion ini. Cuma reunion kali ini bertujuan untuk mengumpulkan semula pelajar tingkatan 6 batch 2007-2008 sebanyak mana yang boleh. Mungkin perancangan ini terlalu mengejut, jadi terlalu ramai yang tidak memberi respon, atau mungkin kelemahan dari segi promosi tentang majlis tersebut. Yang tahu belum tentu berminat untuk join. Yang tidak tahu, mungkin terus tidak tahu.
Alhamdulillah, sepanjang sebulan perancangan, hanya 15 orang yang berminat. Walaupon pada mulanya respon kurang memberangsangkan. Mungkin 15 itu lebih baik dari tiada langsung respon. aku berterima kasih kepada partner yang sentiasa membantu. tersangat menghargai dengan sokongan dan respon yang diberikan oleh mereka yang betul-betul memberi komitmen sebelum,semasa dan selepas majlis. Walaupon terlalu banyak kekurangan dari segi kewangan dan sebagainya.
~majalah sekolah yang penuh memori~
~antara yang hadir~
~orang kuat~
~menu yang tersedia~
Mungkin semakin kita dewasa, banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Atau mungkin semakin dewasa, semakin kita tidak terbiasa dengan dunia kita pada masa yang lalu. Masing-masing sudah punya kehidupan dan haluan yang berbeza. Jadi terlalu sukar untuk mengumpulakan kesemua dalam masa yang terlalu singkat. Lebih-lebih lagi bagi majoriti yang masih belajar.So need to prepare early for next reunion.
Bak kata Ara, "perlu ada tabung awal-awal, supaya senang!"
Bak kata Ara, "perlu ada tabung awal-awal, supaya senang!"
~amir dah bawak bakal orang rumah~
~orang kuat~
~mereka dah punya kerjaya tetap~
Apa yang paling menarik bila buat reunion ni adalah, semasa sesi bercerita tentang satu sama lain. masing-masing berkongsi kisah sendiri dan kawan-kawan yang lain walaupon kawan-kawan tidak dapat menyertai reunion ini. Lebih kurang bergossiplah, tetapi bukan bergossip yang bukan-bukan. Jangan fikir lain! Sekurang-kurangya bila join reunion ni, dapat tahu berita dan perkembangan tentang sahabat, kawan yang dah lama tidak berjumpa. Kan kebaikan tu? Taklah ketinggalan zaman kan? huhuhu.. Setakat apa yang dah didengar, ada kawan yang sudah punya anak dan berumahtangga, ada juga yang sudah berjaya menamatkan degree, ada juga yang sudah punya kerjaya tetap, yang mahu berkahwin, dan ada sudah bergelar pelakon. *dejavu di Kinabalu lagi!*. hebat bekas-bekas pelajar clifford ni!
Walaubagaimanapon, aku sebagai salah seorang penganjur, memohon maaf andai ada antara semua kawan-kawan tingkatan 6 yang berkecil hati tentang kelemahan dari segi sebaran maklumat mengenai reunion. Mungkin tidak semua mengetahui info mengenai reunion menerusi penganjur sendiri. Sejujurnya, maklumat reunion hanya diberitahu melalui laman sosial fb dan sebaran sms berantai. So, aku faham kalau ada kawan-kawan yang enggan turut serta kerna tidak dapat sms daripada pihak penganjur sendiri. Mohon maaf.
Semoga, jika ada reunion atau apa sahaja majlis yang bakal melibatkan kawan-kawan tingkatan 6 yang dianjurkan oleh sesiapa pon, diharap semua dapat join pada masa akan datang. Baru bondig!. InsyaAllah.
:tidak salah terus menjaga dan memelihara tali silaturahim yang sudah ada. :)
kepingan gamabr terlalu banyak, upload cuma yang dipilih oleh jemari. huhuh..
Semoga, jika ada reunion atau apa sahaja majlis yang bakal melibatkan kawan-kawan tingkatan 6 yang dianjurkan oleh sesiapa pon, diharap semua dapat join pada masa akan datang. Baru bondig!. InsyaAllah.
:tidak salah terus menjaga dan memelihara tali silaturahim yang sudah ada. :)
kepingan gamabr terlalu banyak, upload cuma yang dipilih oleh jemari. huhuh..
No comments:
Post a Comment