Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, February 28, 2011

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia

~Lagu ni bagi aku amat penting dan sangat memberi kesan pada aku. Aku tertanya adakah anak melayu lain tahu akan kewujudan lagu ini? Sedari umur aku masih 6 tahun aku dipedengarkan dengan lagu ini. Tentulah bagi aku lagu ini amat bermakna. Kata Emak, aku kena tahu lagu ini.. jangan lupa lagu ini. Aku kena memahami bait lirik lagu itu. Kerna disitu sentiasa mengingatkan aku tentang bangsa dan tanah air aku.. ~

gagasan 1 Malaysia...

Lame dah aku tak wat regangan jari jemari runcing aku ni ha.. huhuhuh.., Aku terlalu banyak keje yang perlu aku siapkan . Tugas aku sebagai seorang pelajar, seorang anak dan juga seorang rakyat Malaysia.. Wah ape kene mengenenye kan? huhhu... Minggu ni hidup aku penuh dengan unsur patriotik,(sebenarnye dah dekat 3 minggu aku ade semangat macam ni, ntah la.. SEMANGAT KOT!!!) Kebetulan nak dijadikan cerita, aku mendapat tugasan untuk assignment CTU iaitu tajuknye memang sangat patriotik la kan. Gagasan 1 Malaysia. Apelagi aku yang memang pantang dapat isu pase patriotik ni semangat tersangat la search ape itu 1 Malaysia kat google.

Hampir seharian aku mencari maklumat, aku hampir memahami ape itu Gagasan 1 MALAYSIA yang menjadi kesinambungan perjuangan yang diteruskan oleh Perdana Menteri daripada Mantan Perdana Menteri yang dahulu.. Aku punya semangat la nak memahami 1 Malaysia ni sampai la tahap aku sambil cari bahan sambil aku nyanyi lagu 1 Malaysia... (terbaik punya semangat kan???huhh.. tahu tak lagunye macam mane?)



(sambil bace layan la lagu 1 malaysia ni.... semangat sikit kan??? hahahha)

Lebih menjadi semangat aku nak wat perkara ni selepas aku menghadiri 1 majlis di UITM induk. Majlis wacana Cintakan Bangsa , Agama dan Negara. Ceramah ini disampaikan oleh Dato VC sendiri. Memang sangat memberi input berguna untuk aku . Aku merasa aku lebih sedar bahawa aku perlu ada rasa cinta itu.
Aku perlu rasa itu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara aku.

Walaupon kawan-kawan aku kata aku ni terlalu over dalam bercakap mengenai bangsa, sehingga berunsurkan politik. Aku sedikit pon tak kisah. Sebab aku tahu dimana tahap aku. Kalau ikutkan  pon aku dah layak untuk bercakap soal politik.huuhhuh.... Terkadang aku merasa sedih mengenang anak bangsa aku yang semakin lalai dengan kemewahan dan kesenangan yang mereka dapat di bumi bertuah ini... Tanpa sedar kalau terus terleka, lupa untuk mempertahankan hak di tanah air sendiri. aku cukup suka dengan 1 Ayat yang pernah aku baca " MELAYU LEKA HILANG KUASA". Ye, aku percaya dengan ayat ini, kalau generasi sekarang terus leka dengan semua ini tanpa sedar tanggungjawab untuk mempertahankan kuasa, aku percaya kita sendiri akan menyesalinye nanti..

Gagasan 1 Malaysia aku rasa sangat memainkan peranan penting supaya semua rakyat Malaysia dapat bersatu dalam negara ini. Kerna seboleh-bolehnye kita tidak mahu sejarah yang lalu berulang. Kerna bukanlah mudah untuk membina sebuah negara jika negara itu runtuh.. UNTUK MEMBINA SEBUAH NEGARA MEMERLUKAN SERIBU TAHUN, TETAPI UNTUK MERUNTUHKAN SEBUAH NEGARA HANYA MEMERLUKAN HANYA 1 MINIT SAHAJA.

 









Tuesday, February 22, 2011

i like this words!!

sometimes we have to aware that those love us really concern about us..
~A.S~

rakan 3 hari telah pergi

Hari ini aku agak lewat online facebook,sebab balik kelas terus rehat-rehat dan tertidur. Dalam jam sembilan malam baru aku sempat online facebook aku. Tak sempat 5 minit aku online, ruangan chat aku disapa oleh seorang teman lama, Engku Farah Ellena. Dia terus memberi tahu kepada aku tentang pemergian saudara lelakinya, Fazreen Jamal. Aku sangat terkejut mendengar berita tersebut. Macam tak percaya. Baru 3 bulan yang lalu aku mendengar khabar bahawa dia dimasukkan ke hospital. Walaupun sebelum ni, Farah sering memberi tahu aku tentang perkembangan kesihatan Fazreen kepada aku. Kata Farah, Fazreen tak kan lama lagi. Kanser yang dia alami dah tahap ketiga masa dapat dikesan dari doktor. Aku terdiam, terpina dengan cerita yang aku dapat. 

Farah menyatakan kekesalannya kerna tak sempat berjumpa dengan Fazreen di saat akhir dia. Farah kesal kerna tak dapat berjumpa walaupun Fazreen nak sangat jumpe dengan dia. Kata Farah, die tak dapat jumpe Fazreen sebab tak boleh cuti kerna dia masih dalam praktikal. Aku tahu Farah amat terkilan, tapi sedaya upaya aku menenangkan dia. Bukan salah die, tetapi waktu tidak mengizinkan dia untuk bertemu Fazreen. Sebak juga bila Farah kata, "Raya tahun ni, Fazreen tak de lah raya dengan aku dah". Tapi bagi aku, aku hanya mampu memujuk Farah supaya jangan terlalu bersedih, dan redha lah dengan pemergiannya... Jangan lah diratapi, biarlah dia tenang disana. Sentiasa doakan dia.

Dalam sembang yang penuh sayu itu aku terkenang kembali saat kecil kami.(taklah kecil sangat, time tu aku dah form1 pon). Aku terkenang masa aku berkawan dengan Farah dan dengan Arwah Fazreen dalam masa 3 Hari. Begitu singkat masa perkenalan kami. Masa tu aku tomboy. Lepak dekat rumah Farah dari pagi sampai la ke petang. Bertunggu tangga kat rumah Farah. Makan kat sane. Siap plan nak berjogging lagi. Masa tu aku, Farah, Fazreen, Khuzaimah dan Ilah..Masih aku ingat Mak Fazreen bertanya soalan pada aku di depan farah dan Fazreen.."kamu ni lelaki ke perempuan?". Aku yang terkedu hanya mampu tersengih. Farah terus menjawab bagi wakil aku. "Die perempuan la mak cik". Mak fazreen terus tersenyum dan berkata "Owh perempuan ingat leleaki tadi"..Tapi saat tu aku pon hanya mampu tersenyum, ape nak dihairankan.. Kalau sape tengok care aku berpakaian pada waktu itu pon akan kata aku lelaki.. Dengan Cap yang aku pakai, dan dengan rambut yang memang pendek..

Indah semua itu jika dikenang, namun hari ini aku tahu bahawa rakan aku untuk 3 hari itu telah tiada untuk selama-lamanya. Aku harap Arwah Fazreen akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dah moga rohnya dirahmati Allah..amin.. Al-fatihah..

Tuesday, February 15, 2011

berselawat jom...



erm selalu bace je kan... pe kate kalau kali ni, kite nyanyi same-same lagu selawat nabi ni?buat kerje dua dalam satu.. membaca dan juga berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

salam Maulidur Rasul

Hari ini tanggal 15 februari bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432 merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... 
Bagi orang islam, kita semua mengetahui pada tarikh ini lah berlakunya peristiwa  bersejarah dalam sejarah Islam  dan sirah nabi iaitu sempena kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Aku rasa aku masih mengingati kisah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang pernah cikgu dan emakku cerita kan dahulu.. Sehingga hari ini masih kekal di ingatan. Terima kasih emak dan cikgu yang tidak pernah jemu menceritakan kisah bersejarah ini kepada ku...
Hari ini aku boleh bercerita kepada anak-anak sedara ku yang masih kecil tentang peristiwa bersejarah ini.. Biar mereka mengetahuinya.. Mereka wajib mengetahuinya ...

Aku mahu pastikan bahawa sejarah ini akan menjadi bualan dan penceritaan sehingga akhir zaman. Kerna Baginda adalah tokoh terhebat. Menjadi contoh terbaik bagi seluruh ummatnya..


salam MAULIDUR RASUL 1432h

Saturday, February 12, 2011

bait terindah..

its
the
best
feelings
in
the
world
when
u
say
u
luv
me
or
smile
at
me
and
called
me
sayang
because
it
was
the
wondeful
moments
i
ever
had
in
my
life....
then
not
anymore
everything
seems
not
rights...
broken
and
fall
into
the
pieces....
the
end
is
the
beginning....
at least
all
the
sweet
and
lovely
memories
will
remain
forever
in
me.
you've
done
it
beautifully..
nice...
tqvm
for everything..
(",)


tak semua yang indah itu akan berakhir dengan pengakhiran yang baik...
kadang kala, 1 pertemuan itu pengakhirannya adalah perpisahan
tetapi tidak bermakna perpisahan itu sesuatu yang paling teruk...
memang sangat sakit bila ianya terjadi... tetapi sekurang-kurangnya ia pernah ade disisi kamu...
sampai sekarang ayat diatas sentiasa dalam ingatan.. terima kasih kepada sang pujangga..
sekurang-kurangnya kamu mengingatkan aku bahawa aku pernah memilikinyasebagai kenangan terbaik aku!!(ikut mood bulan feb..huhhhu,..jiwang tetibe...huhuhhuhu..tak kisah la ape orang nak kate, aku pon nak gak ade perasaan...huhhuhu)

Friday, February 11, 2011

bulan feb yang penuh bulan.

Hari ni aku dapat melihat bulan separuh... Smart!
Semalam aku dapat lihat bulan sabit.. Cantik!
Hari Ahad yang lepas aku dapat lihat bulan yang sangat indah dilengkapkan lagi dengan sebutir Bintang. sempurna ciptaanNYA
Seminggu yang lalu aku dapat lihat bulan dibalik awan... cun!
Berminggu-minggu yang lalu aku dapat lihat bulan mengambang penuh....sungguh menakjubkan!

Aku percaya bukan aku seorang yang bisa melihat dan menghargai ciptaan indah dariNya...
Aku percaya setiap manusia di dunia ini bisa menatap keindahan itu...
Walaupun bukan berada di tempat yang sama.. kita tetap melihat bulan yang satu itu!

Terlalu INDAH ciptaanMU YA Allah.....

Wednesday, February 9, 2011

my BFF wedding





Semakin nak dekat dengan pernikahan dan perkahwinan dayah, aku boleh dilanda demam. Macam aku pulak yang nak kahwin. Padahal kawan aku yang nak kahwin.huhuhuh.. Ape kenenye aku pon tak tahu. Mungkin sebab kerisauan menggalas tugas sebagai "pengapit" kot. Mahu tak nye, firts time kot aku nak wat keje ni..
huhuhu.

nur hidayah dalam persalinan pengantin

Beberapa hari sebelum majlis nikah Dayah, aku dapat tahu yang "pengapit" sebenar untuk majlis persandingan Dayah tu berkemampuan je untuk jadi pengapit Dayah. Aku ade ase nak tarik diri dari jadi pengapit Dayah last minit, tapi bile aku fikir balik macam tak elok je. Jadi aku teruskan je lah dengan rancangan asal. Lagipon baju dah ade, shawl pon Shidah da sponsorkan untuk aku. haahahha.. Semangat nih.

Menjelang hari pernikahan Dayah, aku siap la..  Beria gak la kakak aku ni mengadun aku. Maklum la aku ni mane reti bab nak melaram sangat ni. Dah siap-siap, menunggu pulak BFF aku si Azlan datang ambil aku kat rumah. Dah janji pergi same-same sebab die nak tangkap gambo Dayah. Sebuah lagi kereta BFF aku Qiera, Din, Wan Mar dah pon gerak dulu ke rumah Dayah. Aku sampai sekali dengan rombongan pengantin lelaki. Cepat-cepat la masuk dalam. Terkejut tengok dayah yang makin cantik, paling terkejut Din ade dalam bilik pengantin perempuan sebok bergambar dengan pengantin. Ogy pon ade,bersama-sama dengan anaknya. sekitar kol 4 Dayah sah bergelar isteri kepada Wan.

hidayah menerima wang hantaran berbentuk sekuntum bunga dari wan


ciuman dari suami untuk membatalkan air sembahyang
hidayah sebelum diijabkabulkan

Esoknye akan berlangsung majlis persandingan disebelah pihak perempuan.Akhirnya Dayah sudah menjadi isteri orang. Macam tak percaya tapi, itulah hakikatnya. Hari ni lebih meriah dari hari pernikahan. Lebih ramai kawan-kawan yang hadirkan diri untuk majlis pernikahan Dayah. Macam biasa aku lah paling takut. Nak galas tugas beso nih. huhuhu. Segan sebenonye. Buat perkara yang aku tak pernah buat nih. Akhirnya aku berjaya gak la hilangkan ase malu tuh.. CREDIT gak pada kawan-kawan yang datang. Shakira. Rafiuddin, Wan Mar, Azlan Azfar, Syazrul, Rosidah, Nadia, Ainun, Pinky, Fatini, Kamarul,Hanif Firdaus,(CLIFFORDIAN) dan geng- geng budak sekolah TUN PERAK. Perkara yang paling tak kan dilupakan bila sesi bergambor dengan pasangan pengantin selepas habis kenduri! memeng terbaik! CREDIT to Hidayah dan suaminya Wan yang tak jemu melayan kami, walaupon tahu dame punye lah penat, tetapi tetap mengulir senyuman yang paling manis...



aku dan hidayah

qiera dan din nak merasa gak  duduk atas pelamin... tak lepas peluang

jalan rapat-rapat... 

sesi bergambar penuh drama :)
azfar cube mengorat dayah di hadapan suaminya


pose! smile.. say cheese!
:)

aktiviti sampingan! kami BFF! love U alls