Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, February 22, 2011

rakan 3 hari telah pergi

Hari ini aku agak lewat online facebook,sebab balik kelas terus rehat-rehat dan tertidur. Dalam jam sembilan malam baru aku sempat online facebook aku. Tak sempat 5 minit aku online, ruangan chat aku disapa oleh seorang teman lama, Engku Farah Ellena. Dia terus memberi tahu kepada aku tentang pemergian saudara lelakinya, Fazreen Jamal. Aku sangat terkejut mendengar berita tersebut. Macam tak percaya. Baru 3 bulan yang lalu aku mendengar khabar bahawa dia dimasukkan ke hospital. Walaupun sebelum ni, Farah sering memberi tahu aku tentang perkembangan kesihatan Fazreen kepada aku. Kata Farah, Fazreen tak kan lama lagi. Kanser yang dia alami dah tahap ketiga masa dapat dikesan dari doktor. Aku terdiam, terpina dengan cerita yang aku dapat. 

Farah menyatakan kekesalannya kerna tak sempat berjumpa dengan Fazreen di saat akhir dia. Farah kesal kerna tak dapat berjumpa walaupun Fazreen nak sangat jumpe dengan dia. Kata Farah, die tak dapat jumpe Fazreen sebab tak boleh cuti kerna dia masih dalam praktikal. Aku tahu Farah amat terkilan, tapi sedaya upaya aku menenangkan dia. Bukan salah die, tetapi waktu tidak mengizinkan dia untuk bertemu Fazreen. Sebak juga bila Farah kata, "Raya tahun ni, Fazreen tak de lah raya dengan aku dah". Tapi bagi aku, aku hanya mampu memujuk Farah supaya jangan terlalu bersedih, dan redha lah dengan pemergiannya... Jangan lah diratapi, biarlah dia tenang disana. Sentiasa doakan dia.

Dalam sembang yang penuh sayu itu aku terkenang kembali saat kecil kami.(taklah kecil sangat, time tu aku dah form1 pon). Aku terkenang masa aku berkawan dengan Farah dan dengan Arwah Fazreen dalam masa 3 Hari. Begitu singkat masa perkenalan kami. Masa tu aku tomboy. Lepak dekat rumah Farah dari pagi sampai la ke petang. Bertunggu tangga kat rumah Farah. Makan kat sane. Siap plan nak berjogging lagi. Masa tu aku, Farah, Fazreen, Khuzaimah dan Ilah..Masih aku ingat Mak Fazreen bertanya soalan pada aku di depan farah dan Fazreen.."kamu ni lelaki ke perempuan?". Aku yang terkedu hanya mampu tersengih. Farah terus menjawab bagi wakil aku. "Die perempuan la mak cik". Mak fazreen terus tersenyum dan berkata "Owh perempuan ingat leleaki tadi"..Tapi saat tu aku pon hanya mampu tersenyum, ape nak dihairankan.. Kalau sape tengok care aku berpakaian pada waktu itu pon akan kata aku lelaki.. Dengan Cap yang aku pakai, dan dengan rambut yang memang pendek..

Indah semua itu jika dikenang, namun hari ini aku tahu bahawa rakan aku untuk 3 hari itu telah tiada untuk selama-lamanya. Aku harap Arwah Fazreen akan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman dah moga rohnya dirahmati Allah..amin.. Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment