Lame dah aku tak wat regangan jari jemari runcing aku ni ha.. huhuhuh.., Aku terlalu banyak keje yang perlu aku siapkan . Tugas aku sebagai seorang pelajar, seorang anak dan juga seorang rakyat Malaysia.. Wah ape kene mengenenye kan? huhhu... Minggu ni hidup aku penuh dengan unsur patriotik,(sebenarnye dah dekat 3 minggu aku ade semangat macam ni, ntah la.. SEMANGAT KOT!!!) Kebetulan nak dijadikan cerita, aku mendapat tugasan untuk assignment CTU iaitu tajuknye memang sangat patriotik la kan. Gagasan 1 Malaysia. Apelagi aku yang memang pantang dapat isu pase patriotik ni semangat tersangat la search ape itu 1 Malaysia kat google.
Hampir seharian aku mencari maklumat, aku hampir memahami ape itu Gagasan 1 MALAYSIA yang menjadi kesinambungan perjuangan yang diteruskan oleh Perdana Menteri daripada Mantan Perdana Menteri yang dahulu.. Aku punya semangat la nak memahami 1 Malaysia ni sampai la tahap aku sambil cari bahan sambil aku nyanyi lagu 1 Malaysia... (terbaik punya semangat kan???huhh.. tahu tak lagunye macam mane?)
(sambil bace layan la lagu 1 malaysia ni.... semangat sikit kan??? hahahha)
Lebih menjadi semangat aku nak wat perkara ni selepas aku menghadiri 1 majlis di UITM induk. Majlis wacana Cintakan Bangsa , Agama dan Negara. Ceramah ini disampaikan oleh Dato VC sendiri. Memang sangat memberi input berguna untuk aku . Aku merasa aku lebih sedar bahawa aku perlu ada rasa cinta itu.
Aku perlu rasa itu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara aku.
Walaupon kawan-kawan aku kata aku ni terlalu over dalam bercakap mengenai bangsa, sehingga berunsurkan politik. Aku sedikit pon tak kisah. Sebab aku tahu dimana tahap aku. Kalau ikutkan pon aku dah layak untuk bercakap soal politik.huuhhuh.... Terkadang aku merasa sedih mengenang anak bangsa aku yang semakin lalai dengan kemewahan dan kesenangan yang mereka dapat di bumi bertuah ini... Tanpa sedar kalau terus terleka, lupa untuk mempertahankan hak di tanah air sendiri. aku cukup suka dengan 1 Ayat yang pernah aku baca " MELAYU LEKA HILANG KUASA". Ye, aku percaya dengan ayat ini, kalau generasi sekarang terus leka dengan semua ini tanpa sedar tanggungjawab untuk mempertahankan kuasa, aku percaya kita sendiri akan menyesalinye nanti..
Gagasan 1 Malaysia aku rasa sangat memainkan peranan penting supaya semua rakyat Malaysia dapat bersatu dalam negara ini. Kerna seboleh-bolehnye kita tidak mahu sejarah yang lalu berulang. Kerna bukanlah mudah untuk membina sebuah negara jika negara itu runtuh.. UNTUK MEMBINA SEBUAH NEGARA MEMERLUKAN SERIBU TAHUN, TETAPI UNTUK MERUNTUHKAN SEBUAH NEGARA HANYA MEMERLUKAN HANYA 1 MINIT SAHAJA.
No comments:
Post a Comment